33

381 27 2
                                    

Farhan duduk termenung seorang diri di atas katil hospital itu sambil matanya jauh memandang pada satu sudut kosong.

Nampaknya, sudah lebih empat hari Farhan berkampung di sini.

"Haih.." Farhan mengembuskan nafasnya seraya fikirannya melayang jauh. Rasa bosan mula melanda jiwanya.

Sejak dari mula dia tersedar sehinggalah sekarang dia tidak henti-henti berfikir. Bukan fikirkan tentang keadaan Rafiq sahaja, malah dia turut fikirkan juga bagaimana ceritanya di sekolah? Mesti tengah kecoh sekarang ini.

Telefon pula, Farhan tak berani nak pegang. Takut ramai orang yang menanyakan keadaannya sekarang di aplikasi Whats'app. Malas betul Farhan nak layan satu per satu chat yang masuk nanti. Maka, lebih baik dia tak main telefon pintar.

Esok hari terakhir dia berada di sini. Puasa? Memang tak puasalah penuhlah Farhan tahun ini jawabnya. Yalah, nak kena makan ubat ikut masa yang ditetapkan oleh doktor pula.

Sesekali, Farhan rasa macam nak buka pula pembalut di kepalanya ini. Rasa rimas semacam. Nak mandi basuh rambut pun tak boleh. Luka di kepalanya juga nampaknya sudah mula kering. Luka di kepala Farhan agak parah sehinggakan dia kena jahit untuk menutup lubang luka di kepalanya.

Farhan bernyanyi seorang diri di dalam bilik kedap bunyi itu seorang diri demi menghilangkan rasa bosannya.

Sambil dia duduk di birai katil seraya menggoyangkan kakinya, dia menyanyikan lagu Rahsia Pohon Cemara di bahagia korus.

"Akan kuserah cinta abadi
Menyerlah sinar malam sepimu

Agar menjadi penawar lukamu
Warna hatimu

Akan kubawa kau mengembara
Menerokai alam asmara

Mengubu kota
Cinta kita

Genggam erat janjiku
Sematkan di dalam hatimu

Moga cinta makin mekar
Mengharumkan hidupmu"

"Ouch!" Farhan mengaduh sakit apabila tarik di bahagian lirik yang ber-note tinggi. Seolah-olah jahitan lukanya nak terbuka. Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa berpinau-pinau seperti ada bintang tengah melayang di atas kepalanya.

"Wuish sakitnya dia tarik kepala aku. Ahh.." Kata Farhan seraya cuba untuk memejamkan matanya agar rasa pening itu akan hilang.

Setelah beberapa saat, Farhan kembali okay.

Dia membaringkan tubuhnya di atas katil seraya matanya ditalakan ke arah pintu.

Hari pula makin dimakan oleh senja. Jam pula tepat menujukkan pukul 5.30 petang.

"Haish, bosan pulak aku duduk dekat sini. Nak bercakap dengan siapa pun tak tahu. Ada Rafiq kan best? Dia datang melawat aku ke? Datang hantar makanan dekat aku ke? Tak adalah aku bosan terperuk dekat sini sorang-sorang macam orang bodoh." Farhan mengomel seorang diri sambil memuncungkan bibirnya.

Walaupun Rafiq telah menyakitkan dia, tetapi dia masih tidak melupakan Rafiq sebagai 'kawan baik' nya. Malah, sentiasa menyebut nama Rafiq sebab Rafiq sahajalah yang dapat memahami dia yang jenis panas baran ini.

Tak semestinya kerana satu kesalahan, Farhan harus melupakan segala kebaikan yang Rafiq pernah buat kepadanya.

Jangan kata Rafiq, kalau orang lain yang lakukan perkara yang sama perkara pertama yang Farhan akan buat adalah memaafkan orang itu. Ya, dia memang jenis panas baran tetapi hatinya baik.

"Eh, siapa tu?" Kata Farhan kepada dirinya sendiri.

Tiba-tiba sahaja dia nampak samar-samar bayangan seorang remaja lelaki sebayanya dari luar pintu yang ditengahnya berkaca pudar itu.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now