Farhan sibuk menggoreng hotdog di gerai jualan mereka manakala yang lain sibuk menjual. Ligat tangan Farhan yang putih dan kurus itu menggoreng hotdog tanpa henti.
"Hai abang, nak hotdog tiga ketul." Tegur satu suara menyapa Farhan dari tepi.
Farhan mengangkat wajahnya memandang ke atas untuk melihat siapa yang menyapa dia sebentar tadi. Jelas terpampang wajah Rafiq yang sudah siap membersihkan diri dan pakaiannya juga sudah ditukar kepada baju sukan. Rambutnya juga sudah kembali ke warna asal iaitu warna coklat gelap asli. Kanta lekapnya juga sudah ditangkalkan.
"Cepatnya cuci. Warna rambut pun dah hilang dah. Cuci pakai apa?" Tanya Farhan sambil tangannya ligat mengangkat hotdog yang sudah garing itu masuk ke dalam satu bekas merah.
"Alah tu pomade putih dengan bedak je aku letak tadi." Balas Rafiq sambil tersandar pada tiang.
"Bedak? Untuk apa?" Tanya Farhan dengan dahi berkerut. Semasa Rafiq bersiap tadi dia tak tengok dan terlupa pula nak bertanya.
"Yalah, taknak bagi melekit. Senang sikit aku nak buat rambut macam Jack Frost."
"Hehe, lepas ni semua orang panggil kau Jack Frostlah kan?" Kata Farhan sambil ketawa sinis.
"Alah, takde-nya. Aku still Rafiq and always akan jadi Rafiq." Terang Rafiq sambil merenung tajam ke arah wajah Farhan.
"Nah, ambik ni makan." Farhan menyerahkan hotdog sudah siap dipotong dan di masukkan ke dalam cawan kecil polystrena itu kepada Rafiq.
"Eh, boleh makan ke?" Tanya Rafiq dengan dahi berkerut.
"Mestilah boleh, halalkan? Aku bukannya jual hotdog babi pun." Balas Farhan dengan bibirnya disengetkan ke tepi.
"Ish, bukan.. Maksud aku, inikan untuk berniaga." Kata Rafiq sambil buat muka bosan.
"Alah, duit kita jugak makan je." Balas Farhan dengan muka tidak bersalah.
"Oh, kalau macam tu aku nak air jugak!" Kata Rafiq sambil sudah tersenyum sampai ke telinga.
"Haish, macam-macam. Nak air apa?" Soal Farhan. Dah macam berniaga betul-betul pula gayanya.
"Pepsi of course!"
Terus Farhan mencedok ketul ais dan mengambil sebotol air Pepsi lantas botol itu digoncang laju. Setelah selesai digonyang terus air itu menembak deras masuk ke dalam cawan itu tanpa tertumpah walau sedikit pun.
"Wow, pro-nya." Puji Rafiq.
"Hm, nah. Ada nak lari minum air macam ni." Kata Farhan sambil menyerahkan air itu kepada Rafiq. Air itu sudah bertukar tangan.
"Kalau orang hebat, minumlah air apa pu tetap hebat." Balas Rafiq dengan nada riak.
"Eleh." Balas Farhan ringkas.
"Nanti tengoklah aku lari." Kata Rafiq sambil menyuapkan hotdog itu ke dalam mulutnya.
"Ya, nanti aku pergilah tengok. Kan aku ada masuk acara juga. Ni pun aku dah siap dah kerja aku. Setakat nak tengok apa yang patut je."
"Okay aku masuk padang dulu. Caww.."
"Caw.."
~~~~~•~~~~~
Farhan duduk di tepi sambil menyaksikan acara lumba lari itu seorang diri walaupun di tepi-tepi itu tetap ada murid-murid lain tetapi itu bukan kawannya jadi dia tak akan menegur mereka.
Tangannya juga tidak henti merakam apa sahaja acara yang ada Rafiq. Kini mereka dia ranking ke-2 dan rumah aman rangkin pertama. Damai di rangkin ke-3 dan Sentosa berada di kedudukan terakhir sekali.
"Rafiq! pandang sini! Woi!" Jerkah Farhan dari jauh.
Rafiq menoleh memandang ke arah Farhan sambil tersenyum lantas dia memandang ke arah hadapan kembali.
"Kegarisan, sedia, mula!"
Pom!
Semua orang bersorak untuk rumah sukan masing-masing. Sebaik sahaja sampai ke garisan penamat nampaknya, Rafiq dapat tempat ke-2.
"Hmm, not bad." Kata Farhan perlahan.
"Baiklah, acara terakhir akan dijalankan sebentar lagi iaitu acara lari berganti-ganti. Bagi yang mengambil acara tersebut sila bersiap sedia."
"Alamak acara aku." Kata Farhan mula terasa tidak sedap hati. Seolah-olah dalam perutnya ada rama-rama tengah berterbangan.
Dia terus bangkit dari tempat itu dan semua barangnya di simpan ke dalam beg sekolahnya. Dia mencari Izag supaya Izah dapat menjaga barang-barangnya dan telefon Rafiq.
Usai sahaja dia menyerahkan barang-barangnya kepada Izah, terus dia menuju ke tengah padang untuk mencari Rafiq.
"Ho!" Gertak seseorang dari belakang Farhan.
Farhan terperanjat. Dia menoleh untuk melihat siapa, sudah tentunya Rafiq. Farhan hanya mendiamkan diri kerana takut.
"Dahlah, jangan takut aku ada." Rafiq cuba untuk menenangkan Farhan yang wajah sudah bertukar pucat lesi itu.
"Kalau kalah macam mana?" Soal Farhan dengan suara bertukar serak.
"Alah, kalah menang adat pertandingan."
Farhan mengangguk dan mereka berdua menuju ke tengah padang secara perlahan-lahan.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
No Ficción(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...