Hari Raya Aidilfitri telah pun lama selesai. Kini, tiba masanya untuk semua murid tingkatan lima di seluruh Malaysia sibuk menyiapkan persiapan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Malaysia atau mudah dikenali sebagai SPM. Tidak kurang sibuknya juga sekolah mereka sama seperti sekolah-sekolah yang lain.
Masing-masing sibuk menyusun meja dan mengambil kad calon dari cikgu yang ditugaskan untuk menguruskan mereka. Hari hanya berbaki lagi tiga hari.
Sufi, Farhan dan Rafiq berjalan keluar dari pusat sumber sekolah bersama-sama setelah penat mengulang kaji bersama-sama kawan-kawannya yang lain.
"Err.. Farhan." Tiba-tiba suara Rafiq memecahkan kesunyian setelah lama mendiamkan diri.
"Ya, ada apa?" Balas Farhan pantas.
Sufi di sebelah hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur. Wajahnya juga kelihatan sangat letih kurang rehat kerana sibuk mengulangkaji pelajaran.
"Mulai sekarang, kau jangan ambil aku dah ya?" Pesan Rafiq perlahan takut-takut Farhan akan mengamuk.
Kaki Farhan terhenti melangkah. Wajah Rafiq ditenung sepi. Jelas kedengaran Farhan mendengus kasar seperti seekor kerbau hitam.
"Rafiq, kau jangan buat perangai lagi. Aku dah penat kau tahu tak?" Ucap Farhan dengan suara mula bergetar-getar. Tak sanggup lagi dia nak bermusuhan dengan Rafiq secara tidak rela.
"Eh, eh. Bukan. Kau jangan salah faham. Dengar dulu apa yang aku nak cakapkan ni." Balas Rafiq dengan cepat. Bulat sahaja matanya memandang Farhan. Sebelum keadaan bertukar menjadi lebih keruh lebih baik dia terangkan sekarang juga.
Farhan setia menanti jawapan dari mulut Rafiq. Dia sedaya upaya tidak mahu marah dan cuba menahan rasa marah itu dari meletus keluar.
"Bukan macam tu, kau kawan aku. Mana boleh aku tak sayang kau alah. Haha." Tambah Rafiq lagi dengan nada bergurau.
"Habis tu?" Balas Farhan dengan dingin.
Mereka bertiga berdiri tepat di tengah-tengah kaki lima sekolah. Kawasan itu sunyi sepi kerana kebanyakkan orang sudah pulang ke rumah. Pelajar sesi petang pula semuanya berada di dalam kelas sedang belajar.
"Kan subjek kau dengan aku tak sama. Kau aliran lain, aku aliran lain. Jadi, aku taknak susahkan kau. Faham?" Terang Rafiq dengan senyuman.
"Ya ke? Habis subjek asas tu apa? Sama je kan semua kelas? Hari terakhir pun. Haa, kau tengok jadual ni. Sastera last sekali! Asal tak boleh pula?" Terang Farhan sambil menunjukkan jadual peperiksaan berwarna putih itu tepat pada Rafiq. Habis renyuk kertas itu ditunjal-tunjal oleh Farhan.
"Alah, kau ni. Takpe, Sufi satu kelas dengan aku. Aku pergi dengan dia. Untuk dua minggu je okay, please. Lepas je habis SPM, kita enjoy ramai-ramai tengok wayang, main bowling. Nak?" Ucap Rafiq cuba untuk memberikan semangat balik kepada Farhan yang sudah jatuh itu.
Farhan mengeluh.
"Hmm, yalah. Lagipun, aku jawab exam dekat dalam kelas je, kau dekat dalam dewan."
Sufi yang dari tadi diam terus seperti orang bisu itu menjeling wajah Rafiq sekilas. Dia rasa seperti tiada hak untuk masuk campur dalam hal ini. Biarlah kali ini Farhan dan Rafiq selesaikan sendiri.
"Okay, setuju! Lepas SPM, kita berkepit dua puluh empat jam tau! Cewah!" Kata Rafiq cuba untuk bercanda.
Farhan ketawa sahaja dengar apa yang keluar dari mulut Rafiq sebentar tadi.
"Eh, korang! Tunggu sini kejap. Aku tertinggal botol air aku dalam pusat sumber. Tunggu sini kejap jangan pergi mana-mana tau!" Pesan Farhan seraya berlari laju masuk ke dalam pusat sumber kembali.
Kini, bayangan Farhan hilang. Hanya tinggal Sufi dan Rafiq. Sufi memandang sahaja muka Rafiq dengan pandangan kosong.
"Asal kau tengok aku macam tu?" Kata Rafiq setelah melihat Sufi seolah-olah tidak berpuas hati dengannya.
"Kau tipu dia lagikan?" Itu sahaja yang keluar dari mulut Sufi tetapi penuh dengan makna yang mendalam.
Rafiq mengeluh seraya memejamkan matanya seketika. Dadanya yang sakit selama cuba ditahan selagi mampu. Perlahan-lahan dia mengusap dadanya.
"Aku terpaksa Sufi. Aku terpaksa tipu dia. Aku tak ada pilihan lain. Aku tak nak tengok dia sedih. Aku tak nak mood dia hilang disebabkan oleh aku. Lagi-lagi nak SPM ni. Aku taknak masa depan dia rosak sebab aku yang hidup dah tak lama ni. Aku tak nak dia sedih, sebab tu aku terpaksa jauhkan diri aku dengan dia Sufi. Aku sayang dia macam adik aku sendiri! Sekarang kau faham tak, kenapa aku tak boleh nak jujur dengan dia?!" Kata Rafiq dengan panjang lebar. Matanya juga mula berkaca-kaca.
"Maaf Rafiq, aku tak ada maksud nak sakitkan hati kau atau sesiapa. Takpe aku faham, tapi suatu hari nanti dia akan tahu juga walaupun bukan dari mulut aku sendiri. Rahsia kau ni hanya aku dengan kau je yang tahu. Aku jenis boleh simpan rahsia tapi aku harap sangat kau dapat bagitahu dekat dia walaupun bukan sekarang. Sebab tak ada sorang kawan pun yang boleh gantikan tempat kau, termasuklah aku Rafiq." Balas Sufi sambil mengusap belakang Rafiq.
Rafiq menyeka air matanya yang mula bergenang di daerah mata. Dia tidak mahu menangis kerana hal ini. Dia harus kuat dan tetap tersenyum walau macam sekali pun. Wajah sedihnya itu tidak boleh ditunjukkan pada Farhan. Jangan sesekali, jangan!
"Lagi satu, exam SPM nanti aku tak ada tau. Aku tak boleh datang aku ada hal. Kau tolong cover aku nanti ya, kalau dia ada tanyalah." Ucap Rafiq dengan wajah berharap.
Sufi tersentak.
"Weh Rafiq! SPM kot? Kenapa kau tak datang!" Balas Sufi dengan muka tercenggang.
"Aku kena pergi hospital tapi jangan risau, hari terakhir sebelum peperiksaan Sastera aku balik kejap. Aku dah bagitahu dekat cikgu benda ni, kalau aku dah tak ada nanti kau tolong jaga dia Sufi, aku merayu. Tolong jagakan dia."
Pantas Sufi menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak. Sumpah! Dia tak mampu!
"Maaf Rafiq, aku tak boleh. Sumpah aku tak boleh walaupun ini permintaan terakhir kau. Aku tak boleh gantikan tempat kau apakan lagi jadi diri kau. Kau adalah kau. Aku adalah aku. Aku Sufi dan kau Rafiq! Tak sama."
Rafiq tersenyum tawar seraya tertunduk ke bawah.
"Takpe, aku faham sebab tu aku dah cuba untuk biarkan dia hidup sendiri selama ni. Aku harap dia boleh hidup masa aku dah tak ada nanti." Wajah Rafiq bertukar sayu 100%.
"In Shaa Allah boleh." Balas Sufi walaupun tidak berapa pasti.
"Sufi, bila aku dah mati nanti. Pesan dekat kawan-kawan kita yang aku minta halal makan minum selama ni. Maafkan aku kalau aku banyak dosa dengan korang semua."
"Baik Rafiq, kau tak pernah pun menyusahkan kami. Kami bahagia kau hadir dalam hidup kami walaupun tak lama. Kami sayang kau Rafiq." Balas Sufi seraya cub menahan tanggis.
Rafiq tersenyum sambil memandang wajah Sufi.
Dari jauh mereka sudah lihat Farhan datang ke arah mereka berdua sambil memegang botol air lutsinar berwarna hijau muda. Mereka berdua kembali tersenyum berlakon seolah-olah tidak ada apa yang telah berlaku.

ANDA SEDANG MEMBACA
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Romantizm(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...