"Farhan, bangun cepat dah nak imsak dah ni. Cepatlah bangun nanti kang lapar pula dekat sekolah." Laung ibu Farhan dari luar kamar sambil tangan ibu Farhan laju mengetuk pintu.
"Hm! Kejap." Balas Farhan walaupun matanya masih terpejam.
"Cepat, haih, hari pertama puasa pun lambat betul nak bangun. Macam manalah lagi sebulan." Ibunya berleter di luar kamar lagi tanpa henti.
"Yalah bu, kejap. Bangunlah ni." Balas Farhan sambil menggosok-gosok rambutnya.
Selepas beberapa saat dia turun dari katil dan terus menuju ke dalam bilik air yang berada di dalam kamar tidurnya itu untuk membasuh muka.
Usai sahaja dia membasuh muka, terus dia keluar dari kamar tidur dan menuju ke dapur untuk bersahur.
Dari jauh lagi mata Farhan sudah ternampak kelibat ayah tirinya tengah tersenyum ke arahnya. Farhan hanya mampu tersenyum nipis ke arah ayah tirinya.
"Farhan cepat makan." Arah ibunya sambil sudah mencedok nasi untuk anak tunggalnya.
"Okay." Balas Farhan biasa-biasa sahaja.
Pinggan yang di penuhi nasi itu sudah bertukar tangan. Farhan mencedok ayam masak merah dan sedikit ulam-ulaman untuknya. Air pula dia mengambil segelas besar air kopi suam.
"Eh, nak pergi mana tu?" Tanya ibu Farhan setelah melihat anaknya mula berlalu pergi bersama makanannya.
"Nak makan dekat depan sambil tengok TV." Balas Farhan ringkas.
"Makanlah dekat sini. Takkan ibu nak makan dengan ayah dua orang je dekat sini. Marilah kita makan sama-sama." Kata ibunya dengan wajah mula mencuka.
"Takpelah ibu. Farhan makan dekat depan je." Balas Farhan sambil menghadiahkan senyuman hambar. Selepas habis kata-katanya terus dia berlalu pergi.
"Haih." Ibu Farhan mengeluh.
"Biarlah Rosmah. Dia tak biasa lagi tu." Kata ayah tiri Farhan kepada ibunya.
"Baiklah Abang Najib. Maaf ya, Farhan perangai dia memang macam tu sejak dua menjak ni."
Najib mengangguk faham.
•••
Selesai sahaja Farhan bersahur, terus dia masuk ke dalam biliknya dan duduk di meja belajarnya. Jauh dia termenung di ruangan itu sambil menongkat dagunya.
Alunan ayat suci Al-Quran jelas berkumandang di dalam kamar itu. Selalunya, Farhan akan membuka lagu Bahasa Inggeris kerana bila dia dengar lagu Inggeris otaknya cepat dapat idea untuk membuat karangan tetapi sekarang bulan puasa, maka lebih baiklah dengar alunan ayat suci Al-Quran. Orang kata, bulan puasa ini pahala lebih berlipat kali ganda.
Tenang sahaja hati Farhan ketika ini sementara menunggu subuh. Cuaca yang sejuk dan nyaman. Bunyi cengkerik jelas kedengaran dari luar rumah.
"Oh, terlupa pulak." Tiba-tiba sahaja Farhan teringat akan sesuatu.
Terus telefon pintar jenama Lenovo nya di ambil lalu dia mendail satu nombor.
Selesai sahaja nama itu didail terus Farhan tekapkan telefon itu pada telinganya.
Tit..
Panggilan tidak dijawab.
"Aik, pelik. Rafiq ni tak bangun sahur ke apa?"
Farhan mendail lagi nombor itu buat kali kedua.
"Tit!" Panggilan dimatikan.
"Aik, kenapa Rafiq tak angkat? Kenapa dia tolak panggilan aku? Habis hari ini dia pergi sekolah dengan siapa hari ini?" Kata Farhan berfikir sendiri.
'Ah, dia mengantuk kot? Nantilah aku pergi rumah dia macam biasa. Haihlah Rafiq, hari pertama puasa pun dah tak sahur ke? Haha.' Farhan berkata sendiri dalam hatinya.
Sementara menunggu azan subuh, dia menyiapkan sedikit lagi kerja sekolahnya yang masih belum siap semalam.
Selepas sahaja 20 minit berlalu, azan subuh pun berkumandang menandakan masuknya waktu subuh. Tanpa membuang masa lagi, dia terus menunaikan solat subuh secepat mungkin sebelum berangkat ke sekolah.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Non-Fiction(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...