Sudah 3 hari Farhan tidak menegur Rafiq.
Bukannya dia benci tetapi, dia ingin memberi ruang untuk Rafiq hidup bebas tanpa ada perasit melakat macam dia lakukan kepada Rafiq sebelum ini.
Ya, Farhan menganggap dirinya seperti PARASIT ! Pergi mana sahaja mesti nak berdua walaupun berada di kelas berasingan. Yalah, kawan baik katakan...
Farhan berlari pantas menuju ke arah perjabat. Hari ini hujan sangat lebat. Terpaksa jugaklah dia datang ke sekolah dengan baju hujan. Kasutnya 100% basah. Nasib baik dia bawa selipar tadi. Boleh jugaklah dia sekolah berselipar hari ni. Hehe...
"Adoyaii... Kehadiran kelas tak tanda lagi kat pejabat. Jam dah pukul 10 pagi, sepatutnya jam 8 pagi dah kena hantar. Haish, dahla kelas aku jauh bukan main lagi dengan pejabat. Tingkat paling atas pulak tu. Nasib-nasib." Kelasnya paling atas sekali dan paling hujung.
Sebelah kelasnya ialah kelas budak tingkatan empat dan kelas nombor tiga barulah kelas Rafiq. Semasa lintas di sebelah kelas Rafiq dia langsung tidak menoleh ke arah kelas itu, tak sempat nak buat apa sebab kelam kabut dibuatnya kehadiran lupa ditanda.
Lagipun, bukan dia memegang jawatan kelas, ketua kelas tak datang hari ini alasan hujan kononya akan di beri. Jangan kata ketua kelas, penolong ketua kelas pun sama 2x5 tak datang! Jadi, dialah wakil pada pagi itu.
"Fuhhhhh!!! Sampai jugak kat pejabat ni. Jauh bebenor." Kata Farhan seorang diri.
Farhan melangkah masuk ke dalam pejabat. Pejabat itu sunyi sepi, hanya angin pendingin hawa sahaja yang dapat dirasakan oleh Farhan ketika ini.
Tanpa membuang masa lagi, dia terus menyelak buku kehadiran kelas sambil menyanyi kecil seorang diri di situ.
Baru sahaja dia ingin menyelak buku kehadiran kelas yang berwarna kuning itu, dia nampak Dania masuk dengan wajah yang masam mencuka untuk berjumpa dengan guru disiplin!
Dia duduk dahulu di atas sofa sementara namanya dipanggil oleh guru disiplin dan pengetua.
Farhan yang berada di sebelahnya memandang sekilas ke arah Dania sambil tengannya masih lagi memegang buku kehadiran kelas berwarna kuning itu.
Farhan tengok baju Dania dari atas sampai bawah. Tudungnya dah rabak sebelah, lencana sekolah pun hilang entah ke mana. Kasutnya yang asal berwarna putih bertukar menjadi warna hitam sebelah kerana terkena lumpur. Bajunya juga kotor dah macam tak basuh dari hari pertama masuk sekolah. Sedeyh!!!
'Terjatuh longkang kot? Haha.' Getus Farhan dalam hati sambil cuba menahan ketawa.
Tiba-tiba seorang cikgu perempuan berjalan di sebelah Farhan, lalu Farhan memanggil cikgu tersebut. Cikgu itu memang rapat dengannya dah macam kawan dan cikgu itu pun ramah orangnya.
"Cikgu, cikgu... Tu kenapa tu?" Tanya Farhan separuh bisik. Takut Dania yang berada beberapa langkah dengannya itu terdengar pula nanti.
"Gaduh rebut jantan..." Kata Cikgu Norlia dengan loghat utaranya.
"Hah? Jantan? Siapa?" Tanya Farhan dengan wajah yang berkerut. Takkan Rafiq?
"Laaa... Gatai dok rebut budak tingkat empat. Dok gaduh depan kantin sekolah tadi."
Terlopong mulut Farhan mendengarnya.
'Biar betul? Dania ni rebut budak lelaki tingkatan empat?! Bukan dia dengan Rafiq ke? Eh, apa yang dah jadi ni? Dasar perempuan murahan. Tak padan dengan umur 17 tahun, maruah dah hilang entah ke mana. Dengan budak tingkat empat pon layan.' Kata Farhan dalam hati.
"Laa... Biaq betoi cikgu?" Farhan pun terus cakap dalam loghat utara.
"Laaa... Sungguhlah. Dok gaduh macam kucing nak mengawan tu. Budak-budak laani lah... Gasak sungguh!" Kata Cikgu Norlia itu lagi sambil memegang buku mata pelajaran sejarah tingkatan lima.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Документальная проза(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...