Vrommm!!!
"Op! Op!" Kerana terlalu laju, Farhan tidak sempat nak menekan break. Nasib tak terlanggar pokok pisang di hadapannya.
"Nasib tak langgar pokok pisang orang. Ish kau ni lah." Kata Rafiq seraya mengetuk kepala Farhan perlahan.
"Aduh! Sakitlah bodoh." Marah Farhan sambil mengusap kembali kepalanya.
Rafiq turun dari motosikal itu sambil ketawa kecil dan mula berjalan meninggalkan Farhan di belakang.
"Tunggulah aku setan." Jerit Farhan dari jauh sambil mengunci motosikalnya.
"Hah! Hah! Setan betul yang tunggu kau malam ni aku tak tahu. Aku blah dulu hahaha!" Selesai sahaja Rafiq berkata, terus dia berlari meninggalkan Farhan dengan laju. Dari jauh tak henti kedengaran dia ketawa berdekah-dekah.
"Yish! Nak ajak aku balik awal lah tu. Dasar penakut!" Kata Farhan sambil turut menuju ke arah Rafiq yang sudah duduk di sebuah pangkin siap dengan bumbung sekali.
Cuaca malam ini sangat berangin jadi sah-sahlah nyamuk tak ada. Jimat, tak payah pasang ubat nyamuk dah. Sejuk dan nyaman.
"Rafiq nak mengadu sikit boleh tak?" Kata Farhan sambil mula duduk bersila di atas pangkin sama macam Rafiq.
Air minuman Coca-cola sudah dibuka oleh Rafiq lalu dia meneguk sekali.
"Hmm, ceritalah." Ucap Rafiq setelah air coca cola itu selamat masuk ke dalam perutnya.
Farhan turut membuka air minuman Coca-cola nya dan meneguk sekali sebelum memulakan ceritanya.
"Haih..." Farhan hanya mampu mengeluh. Terbatal niatnya untuk bercerita.
Suasana sepi sejenak.
"Kenapa diam?" Tanya Rafiq sambil menjeling ke arah Farhan di sebelahnya. Posisi tangannya sudah bertukar menongkat ke belakang.
"Aku... Haih, aku entahlah nak mulakan cerita aku ni macam mana." Mata Farhan termenung jauh seraya terpandang sekumpulan kelip-kelip dalam kegelapan malam.
"Kalau aku jadi kelip-kelip kan best. Tak payah fikir masalah. Kerja aku terbang je setiap malam." Kata Farhan lantas tersenyum sendiri.
"Kau tahu mana kelip-kelip tu tak ada masalah?" Rafiq pula mencelah sambil ketawa kecil.
Senyuman indah Farhan tadi terus mati. Kini matanya tepat menjeling ke arah Rafiq yang tengah buat muka macam minta penampar tu.
"Bongoklah!" Marah Farhan seraya tangannya laju hendak mengetuk kepala Rafiq dengan menggunakan botol air Coca-cola yang berada di tangannya.
Tak sempat Farhan nak mengetuk kepala Rafiq, Rafiq lebih pantas menepis. Dia dah tahu perangai Farhan ini macam mana. Kalau marah suka guna barang.
"Haha, alah aku gurau jelah."
Farhan hanya mendecitkan lidahnya seraya memandang kembali ke arah kelip-kelip yang berada di atas pokok.
"Ceritalah dekat aku kalau aku tak dapat selesaikan sekurangnya beban kau dah ringan sikit sebab kau dah lepaskan dekat aku." Kata Rafiq yang sudah terbaring di atas pangkin kayu. Kedua belah tangannya diletakkan di belakang kepala. Matanya tepat memandang ke arah langit yang dipenuhi taburan bintang bercahaya di segenap angkasa raya.
Terlalu indah suasana kampung ini jika mahu di ungkapkan dengan kata-kata. Jauh dari binggit kota. Udaranya yang nyaman dan menyegarkan. Ahh.. tenang.
"Ayah tiri aku tu, dia tu baik je cuma.."
"Cuma kau tu yang tak dapat terima. Kan? Hah!" Potong Rafiq sambil tersenyum sinis.

ANDA SEDANG MEMBACA
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Romantizm(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...