6

653 38 1
                                    

Waktu lagi lima minit mahu menamatkan waktu sekolah untuk hari ini. Farhan terbaring letih di belakang kelas. Terdapat satu tikar diletakkan khas di belakang kelas mereka untuk duduk bersantai-santai.

"Woi! Aku nak balik woi!" Jerit Farhan sekuat hati sambil mengosok-gosok mukanya sudah tidak larat lagi ingin berada di sekolah dia berasa sangat letih hari ini ingin segera pulang mandi dan terus tidur.

"Woi! diamlah!" Jerit salah seorang pelajar perempuan di dalam kelasnya itu ke arah Farhan yang dari tadi asyik bising-bising.

"Suka hati akulah. Sibuk je Amni ni." Balas Farhan sambil mendecitkan mulutnya.

"Kau nak balik apanya? lepas pukul 1.05 petang nanti ada perjumpaan kokurikulum!" Kata Syahidah kepada Farhan.

"Hah?! Seriuslah?" Kata Farhan sambil bingkas terduduk di atas tikar itu dengan rambut serabainya.

"Ya betulah."

"Aku tak tahu pun?"

"Pengumuman mengejut tadi sebab sabtu ni ada apa entah. Lebih kurang program pentinglah kot untuk ahli persatuan sekolah kita." Balas Syahidah kembali.

"Aik, aku tak dengar pun." Farhan masih lagi rasa tidak berpuas hati.

"Adalah. Kau yang pekak kot. Tu semua kawan kau dah pergi. Kau je yang belum lagi apasal?"

Serta-merta biji mata Farhan memandang ke arah kiri dan kanan. Semua budak lelaki di dalam kelasnya. Hilang! Seorang pun tidak ada!

"Shit! Kurang ajar diaorang ni tinggal aku sorang-sorang dekat sini. Sengaja nak prank aku lah tu! Patutlah senyap je." Bebel Farhan seorang diri. Separuh budak perempuan dalam kelasnya ketawa kuat.

"Kau orang yang girls ni tak pergi kenapa?" Tanya Farhan dengan kening berkerut.

"Perjumpaan kami kat kelas ni. Kami kan Persatuan Puteri Islam memang dekat sini." Balas Rashidah sambil meletakkan penyapu di belakang kelas sebaik sahaja dia selesai menyapu sampah.

"Ouh, patutlah korang pun tinggal sikit je kan." Farhan masih lagi membatu disitu.

Kringg!!! Jam sudah tepat pukul 1.05 segera Farhan mengambil beg sekolahnya lalu berambus dari kelas itu sambil memakin hamun budak-budak lelaki kelasnya itu.

"Mampuslah aku. Aku Persatuan Kadet Remaja kat mana eh? Aduh! Mati aku!" Kata Farhan sambil melangkah laju menurun anak tangga satu per satu tanpa arah tuju.

"Salam! Cikgu! Ada perjumpaan persatuankan hari ni?" Kata Farhan dengan nafas semput.

"Haah yalah. Kenapa kamu sorang je lagi kat sini. Pergilah cari kelas kamu." Kata Cikgu Khasmawati sambil memperbetulkan tudungnya.

"Haah tulah pasal tapi saya tak tahu kelas perjumpaan Kadet Remaja Sekolah tu dekat mana."

"Rasanya dekat kelas 2R4 dekat blok hujung sekali tu. Kamu pergi tengok, cikgu rasa dekat situ." Kata Cikgu Khasmawati.

"Terima kasih cikgu. Saya pergi dulu." Farhan meminta diri dengan segera dia berlalu pergi ke blok c, di kelas berhadapan dengan tapak perhimpunan. Farhan mengerling ke arah jam tangannya Sudah jam 1.10min.

'Sempat lagi ni.' Kata Farhan dalam hati.

Akhirnya dia sampai juga di kelas yang ingin di tujunya.

"Fuhh! Matilanak oii macam ni." Farhan bermonolog sendiri menahan rasa semput. Matanya mencari-cari kelibat Rafiq.

"Aik, mana Rafiq?" Kata Farhan masih lagi bermonolog seorang diri.

"Woi. Masuklah tunggu apa tu?" Tegur satu suara sambil mengengam kuat bahunya.

Farhan mengalih memandang ke arah belakang untuk melihat siapa walaupun suara itu tidak asing bagi dia.

"Rafiq?" Kata Farhan dengan dahi berkerut.

"Haah, yalah akulah ni kenapa?" Tanya Rafiq sambil dahinya berkerut juga.

Pantas Farhan menumbuk dada Rafiq.

"Auch!" Rafiq mengurut dadanya sambil merenung tajam ke arah Farhan.

"Kau ni kenapa?" Sambung Rafiq lagi.

"Kenapa kau tak tunggu aku dulu gila?" Kata Farhan dengan rasa tidak puas hati.

"Lah, tunggu apanya. Kau tak tahu ke ada perjumpaan?"

Farhan menggelengkan kepalanya.

Rafiq sudah tersenyum melihat reaksi Farhan yang terpingga-pingga itu.

"Sorrylah, ingat kau tahu. Lagipun kita bukan satu kelaskan? Aku pun baru balik dari kantin je ni. Sorry lah okay. Alololo..."

Farhan menyilangkan tangannya sambil menarik muncung bibirnya. Wajahnya diarahkan ke arah lain. Dia hanya diam menyepi.

"Sorrylah okay? Alaa... Janganlah merajuk." Pujuk Rafiq sambil menggosok-gosok kepala Farhan. Habis serabai rambutnya.

"Hish kau ni. Rosak lah rambut aku gila." Kata Farhan sambil memperbetulkan rambutnya.

Rafiq ketawa.

"Haa... cakap pun. Ingatkan tadi bisu dah."

"Aku yang kena minta maaf sebab aku tumbuk kau tadi. Maaflah kalau kau tak tahan dengan perangai aku ni." Kata Farhan sambil memperbetulkan rambutnya lagi. Matanya pula ditalakan ke bawah lantai.

"Dahlah, aku tak ambik hati pun." Kata Rafiq sambil tersenyum manis.

Farhan hanya mampu mengangguk. Masih berasa malu dengan kejadian tadi. Budak kelasnya juga hilang entah kemana tinggalkan dia seorang diri.

"Dahlah jom kita masuk, dengar apa yang cikgu nak cakap." Kata Rafiq sambil menarik pantas tangan Farhan. Farhan yang hanya tergamam hanya mampu mengikut sahaja rentak Rafiq dari belakang.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now