1

2.7K 59 0
                                    

Farhan termenung seorang diri. Deruan ombak di hadapannya ditenung lama lantas, dia tersenyum tawar. Rambutnya yang berwarna hitam gelap itu dipukul kuat oleh angin pantai.

Jelas terpancar senyuman kesedihan yang melekat di bibir manisnya itu apabila terkenangkan kisah lima tahun yang lalu, dia masih ingat ketika itu dia ingin menduduki peperiksaan SPM.

Kini, semuanya terimbas kembali...

2015

"Beb, SPM dah nak dekat ni jomlah kita study sama-sama." Rafiq menepuk kuat belakang badan Farhan yang membuatkannya terkejut.

"Ish, terkejutlah aku. Kau ni tetiba je." Langkahnya terhenti. Balas Farhan dengan wajah yang agak tidak puas hati.

"Haha, sorry sorry... " balas Rafiq dengan selamba sambil ketawa menampakkan giginya yang cantik itu.

"Ermm, kau cakap apa tadi? Aku mengelamun sekejap tadi. Hee..." Kini giliran Farhan pula ketawa busuk sambil menggosok-gosok kepalanya. Titik-titikkan peluh kecil mula membasahi dahinya.

Mereka berdua jalan kembali menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Semua pelajar jalan mengikut geng masing-masing. Rafiq menghela nafas panjang sambil buat muka bosan.

"Aku ajak kau study sama-sama. Jomlah please... Please... " Kata Rafiq dengan yang merayu.

"Hah? Nak study sama-sama?" Kini, giliran Farhan pula untuk ketawa terbahak-bahak.

"Hey, Kenapa ketawa ni? Aku seriuslah."

"Hahaha... Taklah... Kenapa kau tetiba je jadi rajin ni? Kalau tak, kaulah orang pertama yang keluar pintu pagar. Kalau pak cik guard tak bukak pintu kau jugaklah orang pertama yang panjat pagar sekolah. Betul tak? Haha..." Farhan masih lagi ketawa kuat.

"Eleh, nak perli aku ke?" Rafiq memuncungkan bibirnya.

Farhan merenung lama wajah sahabat baiknya ini yang sudah tarik muncung sebagai tanda merajuk. Jelas kelihatan peluh meleleh di dahinya kerana dia kacukan melayu-british jadi kulitnya sangat cerah.

"Yalah, yalah... Tak payah nak merajuk sangatlah. Hodoh kau tau tak hodoh? Dah macam longkang je aku tengok."

"Hodoh kau kata? Dekat sekolah ni siapa ada kacukan mat saleh selain aku? Hah! Hah! Siapa?" Kata Rafiq dengan nada riak.

"Oh! Jadi nak berlagaklah ni?" Kata Farhan dihujungnya ada sedikit bunyi sinis.

"Bukan nak berlagak tapi kenyataan." Kata Rafiq bersahaja. Buku teks yang dipegang olehnya diangkat tinggi lantas menutup kepalanya untuk melindungi wajahnya dari terkena panas yang makin membahang.

Farhan membuat muka bosan. Langsung tidak kisah kawannya itu ada kacukan apa sekali pun. Lagipun warna kulit mereka lebih kurang sama warna sahaja.

Farhan pula menyorok di celah ketiak Rafiq untuk melindungi dirinya dari terkena panas juga. Nasib lah Rafiq ini lebih tinggi daripadanya. Tinggi Rafiq 180cm, Farhan pula 163cm sahaja.

"Eh, eh. Apa ni?" Kata Rafiq setelah melihat Farhan merapatkan tubuh dengannya.

"Aku panaslah. Nak berlindung kejap je." Balas Farhan dengan muka tidak bersalah.

"Tadi kau kata aku macam longkang kan? So kiranya bau aku pun macam longkanglah kan? Ni tak malu ke dekat dengan longkang?" Kata Rafiq menyindir kembali.

"Ketiak kau bau longkang pun longkanglah janji aku tak hitam." Balas Farhan bersahaja langsung tidak terkesan dengan sindiran Rafiq itu.

"Farhan. Woi, jomlah." Paksa Rafiq lagi.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now