45

399 29 0
                                    

"Okay done!" Ucap Aiman seraya membuka kain hitam yang membaluti tubuh Farhan.

Hampir sahaja Farhan ingin tertidur apabila Aiman mengurut-urut kepalanya tadi dengan sikat dan pisau cukur.

Perlahan-lahan Farhan membuka kelopak matanya.

"Holy.. shit!"

Farhan tergamam memandang wajahnya yang terpantul pada cermin di hadapannya itu.

"Ha! Macam mana hairstyle baru?" Kata Aiman sambil tersenyum di sebelah Farhan.

Farhan masih tergamam.

"Aduh! Comelnya aku!" Puji Farhan pada dirinya sendiri tanpa rasa malu.

"Haha, kan aku dah cakap. Aku akan kekalkan kecomelan kau tu." Kata Aiman sambil memeluk tubuh.

Farhan ini memang dah asal comel. Kulit putih, pipi merah-merah, bibir merah cair dan berkening lebat. Memang comel orangnya tapi bila di buat gaya rambut yang macam ini bertambah comel Farhan dibuatnya!

Gaya rambut tepi nipis dan rapi tetapi di atas panjang menutup dahi. Comel, sangat comel!

Farhan mengusut-ngusutkan lagi rambutnya di bahagian hadapan suka pula dia dengan gaya rambut tutup dahi macam ni sebab dia selalunya cuma potong tepi dan rambut bahagian atas dipotong sedikit nipis. Gaya rambutnya juga hanyalah sikat tepi macam budak nerda.

Baru kali ini Farhan buat gaya ala-ala badboy pula. Badboy yang comel!

"Haih-haih dah, dah! Berapa jam lagi nak tengok muka kau dekat cermin tu." Kata Sufi sambil menepuk bahu Farhan. Rambutnya juga sudah rapi sebab dia potong dulu daripada Farhan. Lagi bertambah gaya abang-abanglah si Sufi ni bila buat rambut hipster macam ini.

Farhan tersentak.

"Aduh, aku tak caya doh! Lain terus muka aku." Kata Farhan yang masih lagi melihat wajahnya pada cermin.

"Dahlah, aduh. Orang lain nak potong rambut pulak ni. Kau jangan buang masa Aiman." Kata Sufi dengan suara garaunya.

"Oh sorry-sorry. Nah duit." Farhan mengulurkan duit RM10 ringgit dari dompetnya.

Aiman menyambut duit itu dan diberikan pula duit RM5 ringgit kepada Farhan sebagai baki.

"Thanks datang lagi." Ucap Aiman.

"Ya, mestilah datang. Aku ingatkan kau dah tutup kedai." Kata Farhan sambil melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu.

"Lah, ya ke? Patut lama tak datang. Habis tu? Kau pergi potong dekat mana?"

"Dekat salon amoi cina."

"What the.." Aiman seakan-akan hilang kata-katanya. Rasa serba-salah pula dia tak war-warkan bahawa dia dah tukar kedai. Patutlah pelanggannya banyak yang hilang.

"Haha, syoklah kena sentuh dengan amoi." Usik Sufi.

"Ah, takdanya. Dah jom pergi Expo cari baju kau." Balas Farhan kepada Sufi.

"Hati-hati malam raya macam ni weh, roadblock bersepah! Sufi, kau jaga Farhan elok-elok dia bukan boleh harap, suka cuai budak ni." Pesan Aiman buat kali terakhir.

"Okay. Jangan risau. Aku jaga budak ni untuk kau Aiman. Hehe." Balas Sufi.

Farhan hanya mampu memusingkan bebola matanya sahaja tanpa rasa ingin balas kata-kata sinis mereka itu. Memang betul pun dia ni agak cuai kalau bab melintas jalan.

"Dah, kami pergi dulu Aiman. Raya jemput datang rumah esok." Pelawa Sufi di hujung muka pintu.

"Roger-roger." Balas Aiman ringkas sambil melayan tetamu seterusnya.

Farhan dan Sufi pun berlalu pergi dari situ dan menuju ke arah motosikal. Sufi menyerahkan helmet kepada Farhan. Farhan menyambut helmet itu lalu disarungkan ke kepalanya. Jam di tangan di renung seketika oleh Farhan. Sudah jam 10 malam.

"Dah jom, kita pergi expo." Ajak Sufi sambil mula mengidupkan enjin motosikalnya.

"Pukul 10 malam buka lagi ke expo tu?" Tanya Farhan sambil mula duduk di belakang Sufi.

"Kalau kau nak tahu dia orang tak balik kau tahu tak?" Balas sufi seraya memasukkan gear.

"Seriuslah tak balik?" Farhan terkejut.

"Yalah, kalau kau pergi pukul lima pagi pun dia orang masih ada lagi."

"Wow. Habis tak balik rayalah?"

"Hmm, entahlah." Balas Sufi ringkas kerana dia pun tak tahu sama ada peniaga itu balik beraya atau tidak.

Lantas, Sufi dan Farhan mula meninggalkan tempat itu secepat mungkin untuk menuju ke pusat bandar untuk mencari kelengkapan raya esok hari.

Entah kenapa jiwa Farhan yang kosong terasa sudah di isi dengan sesuatu yang dia belum pernah rasa sebelum ini. Satu pengalaman yang baru tambah seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan lamanya.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now