27

551 37 3
                                        

Farhan membuka matanya perlahan-lahan. Berbola matanya memusing ke kiri dan ke kanan. Tempat ini tidak asing baginya tapi, ini bukan tempat terakhir yang dia datang seingatnya.

"Eh, ni bilik aku ni. Tapi macam mana..."

"Eh, dah sedar." Kata Rafiq yang duduk di sebelahnya.

"Macam mana aku boleh ada kat sini. Bukan aku tadi ada..."

"Aku yang bawak kau balik. Apalah. Boleh pulak pengsan dekat sekolah. Cemas semua orang tadi. Hahahaha.." Ketawa Rafiq perlahan.

Farhan memandang ke arah Rafiq. Masih lagi memakai baju bola.

"Kau tak tukar lagi ke baju tu?" Tanya Farhan.

"Tak... Dari petang sampai lah malam aku duk sini je jaga kau."

Farhan memandang ke luar tingkap.

"Yalah dah malam."

"Malam ni kau tidur sini ajelah. Nak tak? Teman aku?"

"Ibu kau pun tadi suruh tidur sini."

"Haah. Bolehlah. Tu pakai aje baju aku. Tapi kecik sikitlah kau kan tinggi. Hehe..."

Rafiq mengangguk. Air kosong disebelahnya diambil lalu diberikan kepada Farhan.

Farhan menggelengkan kepala.

"Ish tak naklah."

"Minum... Kau tu demam. Kena minum banyak air. Minum sikit je." Rafiq memaksa.

Farhan minum air kosong itu perlahan-lahan. Sakit tekaknya semasa air turun ke kerongkongnya tapi cuba ditahan.

"Nah, makan bubur ni, mak kau suruh kau makan."

"Bubur? Tak naklah aku. Tu makanan baby. Aku tak suka."

"Eh, eh? Banyak bunyi pulak kau ni? Nak aku suap ke?"
Rafiq sudah mengambil bubur nasi itu. Satu sudu penuh nasi bubur disuakan di bibir Farhan.

"Eee.. Lagilah aku tak nak. Hahaha.."

"Haaa tahu pun. Kalau tak nak, kau makan sendiri." Rafiq letakkan kembali nasi bubur itu di atas meja.

"Hai.. Baiknya kau Rafiq. Kalau kau tak ada tadi entah lah apa dah jadi kat aku tadi. Mati dah agaknya. Hahaha..."

"Kau ni kan, mintak sangat nak mati. Mati betul baru tahu." Kata Rafiq dengan serius.

"Yalah. Yalah. Aku gurau je."

"Dah pergilah mandi dulu. Dari tadi tak mandi. Gila kau ni. Hahahaha. Patut la tadi masa pengsan bau masam-masam. Ketiak kau rupanya hahaha..." Kata Farhan sambil menghemburkan ketawa.

"Haish... Ketiak masam inilah yang tolong kau tadi okay. Aku pergi mandi dulu ya."

"Haah. Guna bilik air dalam bilik aku ni pon boleh."

"Sementara aku mandi, kau makan dulu tau."
Pesan Rafiq

Rafiq bangkit dari duduk bersila di atas lantai.

"Kau makan dah ke belum?" Tanya Farhan.

"Dah.. Mak kau ajak makan sekali."

Farhan menganggukkan kepalanya. Mata Farhan terpandang ke arah kaki Rafiq.

"Eh. Weh. Kaki kau okey ke ni? Macam teruk je. Bengkak kot."

Rafiq memandang ke arah kakinya yang bengkak itu lantas dia tersenyum ke arah Farhan.

"Alah, sikit aje. Aku kan abang sado! Haha..."

"Ish aku serius ni. Kalau sakit nanti sapu minyak gamat tu. Atas meja tu ada sebotol sapu nanti."

"Hokey bos!" Kata Rafiq dijujunnya ketawa.

Rafiq terus pergi ke bilik air untuk membersihkan badannya. Farhan pula kembali baring sambil mememjamkan mata. Nasiblah ada Rafiq tadi kalau tak entahlah jadi apa.

~~~~~•~~~~~

Farhan dan Rafiq termenung ke luar jendela. Masing-masing memegang secawan kopi panas untuk memanaskan diri sendiri.

"Sebulan lagi dah nak puasa kan?" Tiba-tiba Rafiq bersuara memecahkan kesunyian.

Farhan menoleh memandang wajah Rafiq beberapa saat. Jelas kelihatan hidung Rafiq yang mancung itu sudah kemerah-merahan.

"Yup, dah nak puasa lepastu Raya. Tak lama lagi kita dah nak SPM. Lepastu.."

"Lepastu.. Kita bawa haluan masing-masing." Rafiq mencelah dengan senyuman.

Farhan hanya mampu menggigit bawah bibirnya. Tiba-tiba sahaja nafasnya terasa sesak. Panas badannya juga sudah berkurangan setelah menelan dua biji panadol.

"Aku tak sedialah Rafiq nak tinggalkan sekolah. Aku nak selamanya jadi 17 tahun." Kata Farhan dengan mata mula berkaca.

"Kenapa?" Tanya Rafiq dengan dahi berkerut.

"Aku tak nak hilang kawan yang paling baik yang pernah aku ada." Kata Farhan sambil menitiskan air mata. Semakin hari, Farhan makin sensetif.

"Aish, dahlah. Jangan fikir benda tu. Walaupun nanti lepas SPM In Shaa Allah, kita akan tetap berkawan macam biasa. Kau doakan je yang baik-baik."

"Aku takut nanti kau dah tak ada untuk aku lagi. Kalau kau balik London lepas SPM macam mana?" Kata Farhan sambil menyeka air matanya.

"In Shaa Allah tak. Aku akan tetap ada dekat sini sampailah hari terakhir aku." Kata Rafiq seraya tersenyum nipis.

"Apa maksud kau hari terakhir?" Anak mata Farhan tepat menikam wajah Rafiq.

"Tak ada apalah." Balas Rafiq seraya kakinya mula menuju ke dapur untuk mencuci cawan yang di minumnya.

Farhan cuba untuk mencerna kata-kata Rafiq sebentar tadi namun dia langsung tak dapat menangkap maknanya. Farhan memejamkan matanya untuk meminta sedikit ketenangan hadir ke dalam dirinya.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang