"Aish.. mana Rafiq ni? Takkan tak datang. Hari ni kan hari terakhir SPM untuk subjek Sastera, takkan dia tak datang kot? Gilalah dia ni boleh pulak tak datang. Kau tak tahu ke Farhan, dia pergi mana?" Amyra mencari kelibat Rafiq di merata-rata tetapi tidak jumpa.
Buku yang berada di tangan Amyra langsung tidak dibaca olehnya. Dia lebih ingin mencari kelibat Rafiq. Amyra ini mulutnya boleh tahan biadap tetapi dia masih ingat kawan-kawannya.
Farhan hanya terdiam. Dia turut menanti kehadiran Rafiq. Jantungnya mulai berdegup kencang sambil menanti kedatangan Rafiq.
Pagi ini hari hujan boleh tahan deras juga membasahi bumi. Farhan cuba untuk bersangka baik. Mungkin, Rafiq datang lambat sebab hujan. Farhan mula rasa menyesal tidak mengambil Rafiq tadi di rumah kerana dia terlupa sebab sejak akhir-akhir ini dia sudah tidak mengambil Rafiq kerana masing-masing sibuk dengan peperiksaan dan dia juga sudah dipesan oleh Rafiq jangan ambil dia sesama bulan peperiksaan ini.
Ingin sahaja Farhan tanyakan soal Rafiq kepada kawan-kawan sekelas Rafiq tapi takut mengganggu pula mereka nanti mengulangkaji di saat-saat akhir.
KRINGG!!!
"Eh, Farhan. Jom exam dah nak mula!" Kata Amyra dengan nada cemas sebaik sahaja loceng sekolah berbunyi. Kalut dia menyimpan semula buku-buku di dalam beg sekolahnya yang sudah lusuh itu.
"Tapi Raf..." Farhan masih lagi berharap.
"Ah! Nanti dia mesti datanglah tu." Balas Amyra dengan penuh yakin.
Farhan hanya mengangguk dan berlalu pergi bersama-sama murid kelasnya. Farhan dan murid kelasnya menjawab peperiksaan di dalam kelas belakang dewan kerana dewan peperiksaan sudah penuh jadi, yang mana tak muat itu mereka diletakksn di dalam kelas yang berdekatan. Di dalam hatinya tidak henti-henti berdoa supaya Rafiq selamat walaupun di mana jua dia berada.
'Ya Allah, selamatkanlah Rafiq.' Ucap Farhan dalam hati sepintas lalu.
Kini, mereka semua sudah duduk di tempat masing-masing. Kertas soalan juga sudah selamat diedarkan kepada semua calon. Apa yang dikatakan oleh ketua pengawas di hadapannya itu, dia langsung tidak memperdulikan. Semangatnya sudah hilang secara total.
'Ya Allah. Mana Rafiq? Apa yang dah jadi dengan dia?' Farhan masih lagi berkata dalam hati.
Farhan menggeleng-gelengkan kepalanya kerana cuba untuk fokuskan pada soalan, dengan kalimah bismillah Farhan menjawab soalan pertama dengan penuh fokus yang masih tersisa.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Não Ficção(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...