21

414 34 0
                                    

Sudah dua minggu masa berlalu.

Kini kecoh, heboh satu sekolah yang Rafiq dan Dania sebagai pasangan kekasih di sekolah itu. Baru dirasmikan seminggu lepas.

Farhan sendiri tidak tahu perkara ini sedangkan dia dan Rafiq bersahabat baik.

Dia baru tahu perkara ini pagi tadi semasa dia berjalan ke pejabat untuk mengambil buku latihan yang sudah disemak oleh Cikgu Haizum. Riuh cikgu-cikgu yang berada di dalam bilik guru gosipkan tentang Rafiq dan Dania.

Terkejut jugaklah Farhan dibuatnya. Macam mana dia boleh tidak tahu? Cikgu-cikgu pula yang tahu dahulu daripadanya.

Patutlah semakin lama dia rasa Rafiq semakin jauh dari dirinya. Sekarang pun Rafiq sudah jarang pergi ke sekolah bersamanya. Sudah kurang lepak bersama-sama.

Di kantin pun tidak nampak, di tandas, apa lagi di dalam pusat sumber lagilah tak nampak!

Farhan duduk seorang diri di atas kerusi panjang di tepi kaki lima semasa waktu rehat. Rasa kosong pula kerana sudah lama dia tidak bercakap dengan Rafiq.

Selalunya segala masalah dia akan ceritakan kepada Rafiq, kerana Rafiq seorang pendengar yang bagus.
Tiba-tiba dia terlihat kelibat Rafiq disebelahnya Dania sedang mesra jalan berdua.

Farhan terus menuju ke arah Rafiq dengan niat ingin menyapa. Sebaik sahaja Farhan dekat dengan Rafiq, dia terus menyapa.

"Wei, Rafiq. Tunggulah kejap."

Rafiq hanya memandang sekilas ke arah Farhan, lantas dia terus sambung berbual dengan Dania dan mereka berdua berlalu pergi.

Hal ini membuatkan Farhan terkedu. Rafiq layannya seperti orang asing yang tidak dikenali.

Farhan hanya memandang ke arah mereka berdua yang semakin hilang dari pandangannya.

"Hampeh betul. Buat tak nampak aje aku tadi. Rafiq kenapa kau boleh jadi macam ni? Sampai aku pun kau buat bodoh? Apa yang Dania dah buat kat kau sampai jadi macam ni? Haih..." Kata Farhan seorang diri dengan wajahnya bertukar menjadi suram.

Sangat sedih di waktu ini.

Rafiq, kawan baiknya buat macam itu? Siapa yang tidak sakit hati lihat kawan baik sendiri buat sedemikian?

~~~~~•~~~~~

Semasa waktu pulang, Farhan mencari kelibat Rafiq. Tercari-cari dia merata-rata tempat dibuatnya.

Tidak lama selepas itu, dia nampak juga kelibat Rafiq sedang berjalan keluar dari sekolah. Di sebelahnya mestilah ada Dania kan... Haih... Penyibuk betullah perempuan ni!

Farhan berlari pantas ke arah Rafiq untuk mendapatkannya. Sudah lama dia tidak bercakap dengan Rafiq. Rindu pula rasanya.

Farhan memegang beg sekolah satu talinya itu dengan kuat, takut ada pula barang yang berterabur. Tak pasal kena kutip balik.

"Rafiq woi! Woi! Tunggu ahh!" Jerit Farhan dengan suara garaunya.

Rafiq hanya menoleh ke arah Farhan sekilas lalu, dia memandang kembali ke arah Dania sambil gelak ketawa.

"Haih, buat bodoh lagi budak ni." Kata Farhan perlahan.
Termengah-mengah Farhan dibuatnya sambil berdiri di sebelah Rafiq. Kini, mereka berjalan bertiga.

Farhan lihat sahaja mereka berdua berborak dua orang tanpa mempedulikan mereka berdua.

'Haih, Rafiq ni sedar ke tak aku ada sebelah dia ni...' Kata Farhan dalam hati.

"Rafiq, jomlah balik dengan aku. Lama kita tak balik sama-sama kot."

"Yaya, apa apa ajelah." Balas Rafiq acuh tak acuh. Dia kembali bergelak ketawa dengan Dania. Sambil sayang-sayang bagai.

Geram pulak rasa! Mulalah sekarang ni, nak naik balik perangai panas barannya!

"Wei Bodoh! Aku cakap kau buat tak dengar je kenapa woi!" Jerit Farhan sekuat hati. Tangannya memegang lengan Rafiq lalu direntap kuat supaya Rafiq memandang ke arahnya.

Serta merta Rafiq memandang ke arahnya.

Semua mata di situ memandang ke arah Farhan. Nasib orang dah tak ramai sangat.

"Woi kau ni kenapa sial!?" Kini, giliran Rafiq pula naik hantu.

Farhan jadi sedikit gugup, tetapi dia hapuskan perasaan itu, ini sudah kali kedua Rafiq naik angin tapi kali ini lebih teruk.

"Semenjak kau asyik berkepit dengan dia. Kenapa kau dah berubah! Berubah sangat! Kau dah lupa aku! Kau dah tak macam dulu!" Farhan mengetap giginya sekuat hati.

"Suka hati akulah! Kau tu sibuk sangat kenapa. Aku sayang dia! Ingat kau tu siapa?! Aku tak perlukan kau pun. Blah ahh! Jangan nak jumpak, tegur aku dah lepas ni. Pergi mampuslah kau tu!" Rafiq menolak bahu Farhan sekuat hati. Hampir terjatuh dibuatnya.

Dania ketawa perlahan sambil menutup mulutnya melihat Farhan diperbodohkan dan di hina.

Mata Farhan menjadi merah lantas dia mengangguk. Matanya memandang ke bawah.

"Baik! Aku blah! Harap kau bahagia dia! Bye!" Sebaik sahaja Farhan menghabiskan kata-katanya, dia terus berlalu pergi sambil mulutnya memaki hamun. Selaga kata-kata hinaan yang ada di dunia ini disebutnya.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now