7

643 37 3
                                    

Farhan menutup buku teks pendidikan sains lalu di simpan ke dalam rak buku. Dia kembali duduk di atas kerusi belajarnya. Jendela di hadapannya dibiarkan terbuka supaya angin malam yang sejuk masuk ke dalam biliknya itu. Dia termenung jauh sambil menongkatkan dagunya. Fikirannya terbang melayang jauh teringat akan memori petang tadi semasa perjumpaan kokurikulum sekolah...

----

Rafiq melepaskan pegangan erat sebentar tadi. Ada satu sahaja kerusi kosong. Mereka saling berpandangan.

"Ada satu kerusi je ni macam mana?" Kata Farhan sambil menggaru-garukan kepalanya.

"Hmm macam ni, biar je aku duduk." Kata Rafiq bersahaja.

"Habis aku?" Tanya Farhan kembali dengan wajah berkerut.

"Kau duduk kat atas paha aku."

"Apa?" Terlopong mulut Farhan dibuatnya.

Rafiq ketawa terbahak-bahak sambil memandang ke arah muka Farhan yang sudah merah itu.

"Seriuslah?" Tanya Farhan lagi.

"Aku seriuslah ni." Kata Rafiq sambil ketawanya sudah hilang lalu Rafiq duduk di atas kerusi itu. Dia merunung wajah Farhan dari atas sambil menepuk-nepuk pahanya tiga kali.

"Meh duduk meh. Alalala busyuk-busyuk budak kuat sentap ni... Hahaha.." Usik Rafiq.

"Taknak aku!" Kata Farhan sambil menyilangkan tangannya.

"Taknak sudah." Kata Rafiq sambil masih menjeling ke arah Farhan.

Kakinya agak kebas sebenarnya seharian sibuk di sekolah ke sana ke sini. Takkan nak suruh dia berdiri sampai satu jam pulak? Matilah macam ni.

"Okaylah aku duduk kat atas paha kau tapi kau jangan gelak okay?" Kata Farhan sambil sudah memegang bahu Rafiq.

"Yalah, duduk jelah kau ni. Halah." Kata Rafiq sambil menarik tangan Farhan untuk duduk di atas pahanya. Mahu tak mahu dia duduk juga diatas paha Rafiq. Perasaan canggung datang ke dalam hati Farhan. Geli pulak dia rasa tapi okaylah kaki Rafiq ni keras. Kaki olahraga katakan.

"Amboi Putera Farhan. Sedap duduk kat kaki patik ya? Haha..." Usik Rafiq.

"Kan aku kata jangan gelak. Kau ni memang layak pun jadi kusyen. Layak dipijak-pijak!" Balas Farhan.

"Haa, pijaklah janji kau puas." Kata Rafiq sambil tersenyum.

Ting Tong Ting Tong ~

Bunyi pembesar suara sekolah memberi isyarat tiba-tiba keluar suara seorang cikgu lelaki.

"Assalamualaikum, harap maaf tadi ada salah pengumuman. Hari ni bukan perjumpaan kokurikulum tapi perjumpaan rumah sukan!"

LAHHHH!!!! SUARA SEMUA PELAJAR MENGELUH KEDENGARAN SATU SEKOLAH SECARA BERJEMAAH. SEMUA ORANG TIDAK PUAS HATI! PENAT SAHAJA DIBUATNYA.

"Harap maaf. Okay sila ikut rumah sukan masing-masing. Rumah Sentosa di kantin sekolah. Rumah Damai di Surau sekolah. Rumah Aman di dewan ceria. Rumah Harmoni di kelas 1R4. Sekian terima kasih." pengumuman tamat.

"1R4 kelas kita dulu tu kan?" Kata Farhan sambil tersenyum ke arah Rafiq.

"Yelah. Takkan lupa pulak kot?"

"Haih, Rafiq kenapalah kau tukar kelas?" Wajah Farhan berubah suram.

"Maaflah. Aku pun tak bincang dengan kau aku nak pindah kelas lain."

"Kalau kita satu kelas lagi mesti kau duduk kat sebelah aku lagi kan?" Farhan terus bangkit dari duduk di atas paha Rafiq dia kembali mengalas beg sekolahnya.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now