32

387 26 0
                                    

Perlahan-lahan Farhan cuba untuk membuka kelopak matanya. Kepalanya masih lagi terasa kebas-kebas. Farhan mengerutkan dahi. Dia tidak tahu sekarang ini dia berada di mana.

Tempat ini langsung dia tidak pernah kunjungi seumur hidupnya lagi. Ruangan putih dan bercahaya itu direnungnya sedalam-dalamnya.

"Aku kat mana ni?" Farhan bertanya seorang diri. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Kosong. Ruangan itu hanya ada dia seorang.

Dia merenung seluruh ruangan itu. Bau ubat jelas dapat dihidu oleh rongga hidungnya. Bajunya juga sudah bertukar lain. Seingat Farhan, tadi dia pakai baju sekolah. Sekarang sudah bertukar menjadi warna hijau tua.

"Aku dekat hospital ke ni?" Farhan bertanya seorang diri lagi. Namun tiada jawapan.

SLINGG!!

Bunyi pintu dibuka dari luar lalu ada beberapa orang polis masuk ke dalam bilik itu. Farhan hanya mampu mengerutkan dahinya memandang ke arah dua orang polis muda itu.

Dua orang polis lelaki itu menghampiri ke arah Farhan dengan senyuman manis agar Farhan tak menjadi takut dan cemas.

Selepas beberapa saat, seorang doktor perempuan india masuk ke dalam ruangan itu dengan senyuman juga. Cermin matanya dibetulkan sedikit kedudukannya.

"Saya dekat hospital ke ni?" Soal Farhan sepantas mungkin.

"Ya, kamu dekat hospital. Kamu kekurangan darah. Keadaan kamu masih belum stabil. Tapi tak apa, kamu takkan ditahan lama di sini."

"Ouh, patutlah tadi saya rasa macam ada dekat sekolah tiba-tiba eh, ada dekat sini."

"Ouh, lupa. Itu kejadian semalam. Kamu dah ada dua hari dekat sini." Balas doktor perempuan itu sambil tangannya laju mencatatkan sesuatu pada sekeping kertas.

Farhan tergamam mendengar kata-kata doktor perempuan yang bernama Kathrine itu. Namun Farhan menyembunyikan rasa terkejutnya agar tidak terlalu kelihatan.

"Err, doktor. Polis ni kenapa ada dekat sini? Saya ada buat salah ke?" Soal Farhan perlahan. Tiba-tiba dia rasa takut. Mana tidaknya, seolah-olah dia telah melakukan satu kesalahan yang sangat besar.

"Polis ni datang sebab nak ambil keterangan dari kamu je. Jangan takutlah. So, macam mana kamu boleh kemalangan di sekolah kelmarin? Ada orang buli kamu ke? Sebab sekarang ini dah jadi kes polis."

"Hah?!" Kali ini Farhan benar-benar tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya. Biar betul sampai jadi kes polis?

"Jadi, adik boleh ceritakan tak dekat abang apa yang dah jadi tadi? Jangan takutlah, abang tak tangkap adik pun. Adik selamat." Soal seorang polis lelaki berusia 24 tahun itu sambil tangannya sudah mula untuk mencatatkan sesuatu pada satu nota kecil.

Farhan sudah menelan liur..

Otaknya yang masih terasa sakit itu ligat memikirkan sesuatu.

Tiga orang itu tempat memandang ke arah Farhan menambahkan lagi rasa gugupnya.

'Aduh, apa aku nak jawab ni? Takkan aku nak cakap benda yang betul? Habislah Rafiq nanti macam ni.' Getus hatinya seorang diri seraya tapak tangannya sudah mula berpeluh.

•••

Farhan tidur bertemankan cahaya yang datang dari TV yang berada di dalam bilik VIP di hospital itu. Ruangan itu cukup besar dan selesa buatnya.

Tandas dan pendingan hawa juga disediakan di dalam ruangan itu.

Farhan membiarkan sahaja TV nipis itu terpasang sekadar menghilangkan rasa sunyi.

Ibunya tadi ada menyatakan hasratnya untuk menemani dia malam ini tapi Farhan menolak dengan cara baik kerana tidak mahu menyusahkan ibunya. Dia dah besar, boleh jaga diri sendiri.

Farhan membaringkan tubuhnya di atas katil hospital itu sambil berbantalkan kedua belah tapak tangannya. Selimut putih pula sudah sedia menutup separuh tubuhnya. Farhan termenung jauh sambil tidur menyiring ke tepi.

Semua benda berlegar-legar di mindanya sekali gus tanpa sebarang jawapan yang jelas. Semua sekali bercampur aduk dalam fikirannya ketika ini.

Petang tadi semasa polis mengambil keterangan daripadanya, dia terpaksa untuk menipu mengatakan bahawa dia terjatuh semasa berjalan dan kepalanya terhentak pada batu. Yalah, takkan dia nak katakan perkara yang sebenar bahawa Rafiq yang telah memukulnya? Dia tak mahu Rafiq susah. Biarlah dia sahaja yang menanggung susah janji bukan Rafiq.

Farhan tak sanggup lagi untuk melihat Rafiq menanggung beban yang lain. Cukuplah beban hidupnya sekarang ini ditanggung oleh Rafiq.

Sampai jadi kes polis kot!

Takkan Farhan nak menambahkan lagi beban masalah Rafiq walaupun dia sendiri tidak pasti apa masalah sebenar Rafiq sehinggakan Rafiq boleh bertindak sedemikian rupa?

Rafiq bukanlah ganas orangnya. Ya, Tidak! Rafiq sangat baik hati dan sopan santun orangnya. Marah? Rafiq bukan seorang yang panas baran sepertinya. Rafiq orangnya jenis sentiasa tersenyum dan tenang walaupun tengah dilanda oleh masalah.

Rafiq juga jenis orang yang akan melindungi Farhan dari apapun perkara yang bahaya. Rafiq takkan menyakiti Farhan tanpa sebab kerana sepanjang persahabatan mereka, Rafiq sekali pun tak pernah pukul Farhan malah menjentik pun tak pernah walaupun Farhan selalu sahaja memukul Rafiq jika Rafiq mengusik dirinya. Mesti ada sesuatu yang buatkan Rafiq jadi seperti itu.

Walau apa pun yang telah terjadi, Farhan langsung tidak terasa marah ataupun berdendam dengan Rafiq. Malah, Farhan sudah memaafkan Rafiq atas apa yang telah berlaku kelmarin.

Farhan langsung tidak dapat merungkai maksud tersurat dan tersirat Rafiq itu. Takkan Rafiq nak menguji dia lagi? Aish, Takkan sampai teruk seperti ini. Sehinggakan Farhan boleh masuk hospital bagai. Rafiq bukan jenis suka gunakan kekerasan kepada sesiapa pun. Lagi-lagi pada Farhan.

"Rafiq, kenapa kau jadi macam ni? Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Rafiq kita kawan, tapi kau sakitkan aku. Kau janji, kau nak jaga aku macam aku ni adik kau sendiri. Tapi.. Kau tipu." Setitis air mata Farhan jatuh dari tubir matanya. Dia terus termenung dan termenung seperti orang hilang akal. Otaknya langsung tidak dapat selesaikan apa yang tersurat dan tersirat sekarang ini. Seolah-olah Rafiq sedang bermain teka-teki dengannya.

Apa yang membuatkan Rafiq berubah secara drastik seperti ini?! Apa?!

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now