Hari ini mulanya hari yang disebut sebagai hari isnin..
Hari ini ayah tiri Farhan yang hantar dia ke sekolah kerana masih berasa kurang yakin hendak melepaskan Farhan bawa motosikal seorang diri.
Takut terjadi apa-apa pula pada Farhan di tengah jalan nanti.
Semua mata merenung wajah Farhan lagi-lagi di bahagian kepalanya yang ditampalkan kapas petak putih untuk menutup kesan jahitan tersebut.
Farhan hanya mampu tertunduk ke bawah sahaja sambil berjalan menuju ke kelasnya sepantas mungkin. Terasa malu dan tak selesa apabila semua mata memerhatikannya seperti itu.
Cikgu-cikgu juga memerhatikan dia dari jauh sekilas pandang sahaja ke arahnya.
Yalah, satu sekolah dah tahu tentang peristiwa seminggu lepas sampai polis dan ambulans datang ke sekolah mereka.
Habis semuanya menjadi kecoh pada hari itu! Semua menyangkakan Farhan sudah mati.
"Assalamualaikum." Sapa Farhan seraya kakinya melangkah masuk ke dalam kelasnya.
"Farhan!!" Sorak kawannya dengan nada gembira. Semua orang di dalam kelas itu serbu datang ke arah Farhan. Ada yang siap datang peluk lagi.
"Farhan hidup lagi kau rupanya. Ingatkan dah mati." Kata Fakrullah yang masih memeluk tubuh Farhan dengan erat.
"Amboi mulut kau. Nak aku mati sungguh ke anjing?" Bidas Farhan kembali sambil cuba untuk melepaskan dirinya daripada pelukkan Fakrullah.
"Tah, Fakrul ni. Gila ke apa cakap macam tu." Sokong Nora.
"Eh, sorry-sorry. Bestnya aku kau dah datang sekolah. Seminggu kau tak ada sunyi sepi kelas ni tahu tak?" Kata Fakrullah lagi sambil melepaskan pelukkannya.
"Tahu, tak payah cakap pun aku tahu. Kalau aku tak ada dalam kelas ni, kelas jadi sunyi sepi kan?" Balas Farhan seraya memperbetulkan tali lehernya yang sudah senget.
"Yalah. Harini aku belanja kau nasi lemak okay." Kata Fakrullah dengan hati senang. Entah kenapa hari ini dia pula yang suka lebih sampai orang lain tak sempat sapa dia lagi.
"Eh, nasi lemak je? Minum-minum takde?" Kata Farhan lagi seraya mula melangkah pergi ke tempat duduknya untuk meletak beg sekolah.
"Minum tu, nanti aku pergi kooperasi beli air. Hari ni kau duduk je dalam kelas okay." Kata Fakrullah lagi.
Farhan tersenyum pelik serta keningnya dikerutkan. Farhan tak henti-henti merenung wajah Fakrullah.
"Asal kau baik sangat ni setan?" Balas Farhan dengan mulut jahatnya.
"Tak ada apa pun. Rindu." Balas Fakrullah seraya mengekori Farhan dari sisi.
"Eleh, sebenarnya kau nak tiru karangan BM aku kan? Haha, cakap jelah." Balas Farhan sambil tersenyum sinis.
Fakrullah tersenyum seperti kerang busuk. Memang betul apa yang dikatakan oleh Farhan tadi.
Fakrullah nak tiru karangan Farhan sahaja sebab Farhan ni pandai buat karangan dan selalu dapat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Karangan BM itu cikgu bagi tempoh selama tiga minggu untuk disiapkan kerana mereka harus siapkan sepuluh karangan yang berbeza-beza. Farhan sebelum puasa lagi dah siap karangan tersebut.
Budak-budak kelasnya selalu buat kerja sekolah di saat akhir. Jadi, Farhan dah faham dengan perangai kawan dia ni lagi-lagi budak nama Fakrullah ini.
"Hehe, boleh ke?" Tanya Fakrullah sambil menari-nari di hadapan Farhan.
"Hm, ambik jelah tapi jangan tiru sebijik-sebijik. Kau kalau buat karangan ayat macam budak pandai rasa macam tak kena pulak dengan muka kau ni. Nak buat karangan tu biar bodoh-bodoh sikit." Kata Farhan seraya tangannya sudah menyuakan buku latihan berwarna merah jambu itu kepada Fakrullah.
"Baik bos! Janji tetap janji nanti aku belanja nasi lemak tiga bungkus okay." Kata Fakrullah seraya sudah mengambil buku latihan itu dari tangan Farhan.
Selepas beberapa saat, budak berkulit hitam manis itu berlalu pergi ke tempat duduknya.
"Yish, apalah Fakrul ni boleh pulak nak tiru-tiru. SPM nak dekat pun perangai sama lagi." Kata Husna sambil matanya tajam ditalakan ke arah Fakrullah.
"Alah, biarlah dia." Balas Farhan yang sudah dikerumuni oleh kawan-kawannya untuk ditanyakan khabarnya sekarang ini dan apa yang dah terjadi.
Seperti biasa, Farhan akan cakap dia yang jatuh sendiri. Takkan dia nak buruk-burukkan kawan baiknya sendiri pula? Biarlah dia yang nampak cuai dalam kejadian ini asalakan bukan nama Rafiq yang naik.
Selepas beberapa minit barulah Farhan tersedar akan sesuatu perkara.
"Eh! Sekarang bulan puasa. Mana ada jual nasi lemak pagi-pagi macam ni!" Terus mata Farhan terbeliak luas setelah otaknya dapat mencerna perkara tadi.
"Eh, yalah sekarang bulan puasa. Mana ada jual nasi lemak." Sampuk Kamil yang duduk disebelahnya.
"FAKRULLAH!!!" Laung satu kelas itu menyebut nama budak itu sekuat hati.
"Hehehe.." Fakrullah hanya mampu ketawa macam kerang busuk setelah namanya disebut dengan kuat.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Non-Fiction(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...