Sebaik sahaja tiba di tapak pasar malam, terus Farhan memakirkan motosikalnya di dewan yang berdekatan agar motosikal Farhan lebih terjamin keselamatannya.
Tanpa membuang masa lagi, Farhan mulakan langkahnya pergi ke tapak pasar malam seorang diri. Memang meriah malah lebih meriah dari hari bukan bulan puasa.
Yalah, lagi-lagi dah nak raya ni kan?
Memang penuh orang jual baju raya dan kuih raya di saat-saat akhir bulan puasa macam ini.
Sumpah! Jalan semakin sesak dengan orang awam!
Farhan sampaikan terpaksa berhimpit-himpit dengan orang ramai sampai tercabut seliparnya kerana terlalu sesak. Dengan bau badan orang lain lagi, pergh! Tak tahan Farhan di buatnya.
Pembalut di dahinya dijaga dengan rapi takut-takut ada yang tersentuh nanti tak pasal-pasal berdarah dekat situ.
Lagu raya juga jelas kedengaran berkumandang kuat di situ. Patutnya pasang lagu yang lebih ketuhanan walapun sudah hujung-hujung bulan puasa.
'Aduh nak beli apa macam ni, dengan penuh sesak orag ramai.' Getus hati Farhan.
"Farhan!" Satu suara menyapanya dari jauh.
Terus Farhan mencari-cari suara itu. Siapakah yang memanggil namanya? Atau itu cuma perasaannya sahaja? Tapi suara itu tidak asing lagi baginya.
Farhan masih lagi mencari-cari suara itu dalam sesakkan orang ramai. Tidak lama kemudian barulah dia ternampak seseorang yang sangat dia kenali!
Bibirnya sudah mengukirkan senyuman yang sangat manis sambil tangannya di angkatkan pada orang itu.
"Sufi!"
Sufi ketawa ke arah Farhan setelah melihat telatah Farhan sebentar tadi yang kelihatan tercari-cari di manakah suara yang memanggil namanya tadi.
Secepat yang boleh, Farhan cuba untuk menyelit di celah-celahan orang ramai agar cepat sampai ke arah Sufi.
"Hai, Sufi." Sapa Farhan sambil mengulurkan tangannya untuk bersalam.
Sufi membalas salaman Farhan dengan mesra.
"Wau, sekejap je berniaga dah laku habis!" Kata Farhan dengan mulut terlopong luas.
Sufi tersenyum puas kerana hasil jualan ayam gorengnya habis cepat harini. Bolehlah dia rehat-rehat sementara menunggu masa untuk berbuka puasa.
"Haha, itulah. Nak dekat-dekat raya ni kan orang ramai dah mula balik kampung. Sebab itulah kot cepat je habis." Ucap Sufi seraya menanggalkan apronnya.
Mata Farhan memerhatikan sahaja adik perempuan Sufi sedang duduk sambil bermain telefon pintar yang bernama Syahirah berusia 15 tahun itu dari jauh.
"Jalan tengah sesak ni. Kau kalau nak duduk dekat sini, duduklah. Buka puasa sekali dengan aku dekat sini pun boleh je. Kalau kau tak kisahlah.." Pelawa Sufi dengan senyuman.
Farhan terjeda seketika. Tak tahu apa yang nak dia jawabkan kepada Sufi.
"Err.."
"Aku tak paksa pun lah. Haha, kau ni macam masih malu-malu dengan aku lagi. Takyah lah malu-malu dengan aku. Kau buat je aku macam kawan biasa kau." Kata Sufi sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Farhan.
"Aku boleh je. Lagipun aku datang sini bukan nak beli apa-apa pun. Hehe." Balas Farhan sambil menggaru-garu kepalanya.
"Haha, kalau macam tu kau duduk je dekat sini. Waktu pun dah nak buka lagi dua puluh minit." Kata Sufi seraya matanya masih memandang ke arah jam tangannya.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Non-Fiction(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...