"Alamak Sufi, nak parking kat mana ni? Penuh gila!" Tergamam Farhan tengok suasa di pusat bandar yang dipenuhi dengan orang ramai itu.
"Nama pun malam raya, memanglah. Lagi-lagi bila orang balik kampung, jadi inilah hasilnya." Terang Sufi.
"Sufi, kau parking jelah dekat depan Hari-Hari tu." Kata Farhan sambil menunjukkan ada satu tempat kosong di bawah pasaraya Hari-Hari yang sudah tutup itu.
"Okay cun!" Terus Sufi masuk ke kawasan itu dengan segera sebelum parkir kosong itu di ambil orang.
"Fuh, dapat gak tempat parking." Kata Farhan sambil turun dari motosikal begitu juga Sufi.
Farhan menyerahkan helmet itu kepada Sufi agar Sufi menyimpan helmetnya. Sufi menyambut dengan segera lalu di simpan di bawah seat motosikal.
Farhan memerhatikan kawasan dikeselilingnya. Sesak. Penuh dengan manusia sama ada berniaga atau pun membeli.
Tiba-tiba Farhan rasa tersentuh dengan kerajinan orang-orang yang berniaga di situ. Sanggup ketepikan hari raya semata-mata untuk mencari rezeki pada malam raya kalau suruh Farhan, sumpah tak sanggup!
Farhan berharap sangat yang mereka para perniaga ini semua dapat beraya bersama-sama keluarga yang tercinta. Farhan pula yang rasa sedih entah kenapa padahal, perniaga itu okay je hahaha.
"Woi, berangan apa tu?" Jerkah Sufi di tepi sambil menepuk kuat bahu Farhan.
Farhan tersentak dan segera menyiku tulang rusuk Sufi. Tak ubah perangai macam Rafiq, Sufi ni suka mengusik orang juga rupanya. Ingatkan serius 24 jam.
"Auch!" Sufi mengaduh seraya mengosok tulang rusuknya yang terasa sakit itu.
"Eh, sorry." Farhan meminta maaf.
Tiba-tiba dia rasa macam tengah menyiku Rafiq tadi dan seolah-olah Rafiq yang menjerkah di tepi telinganya tadi. Yalah, Rafiq sahaja yang suka mengusik dia. Jadi, dia terbawa-bawa.
"Takpe. Dah jom."Arah Sufi seraya meletakkan tangannya pada bahu Farhan. Lalu, mereka berdua terus melintas jalan bersama-sama.
Entah macam mana, mereka boleh jadi serapat macam ini, seolah-olah dah kenal lama padahal mereka berdua ini satu kelas pun tak pernah.
"Nak pergi tapak mana satu ni? Banyak betul pilihan." Farhan bertanya kerana terlalu banyak sangat khemah menjual baju raya.
"Entahlah, aku pun tak sure. Banyakkan? Kita pergi semua kedai lah Farhan. Kita cari paling murah tapi elok."
"A'ah, kan betul jugak. Bajet kau dalam berapa?"
"Bawah seratus!"
"Bawah seratus susah nak dapat sekarang ni. RM95 paling murah tapi tak tahulah kan malam raya, mesti lagi murah punya ni boleh dapat."
"Amboi kau, tak menyesal aku bawa kau malam ni. Semua benda tau kan. Best bawa kau shopping." Puji Sufi.
Farhan tersenyum seketika.
"Haha, taklah.. Aku tiap tahun tengok harga makin naik." Balas Farhan sambil memperbetulkan baju sejuknya. Orang lain semua berbaju T-shirt. Dia sahaja memakai baju sejuk.
"Ouh, ya ke? Jomlah kita cari dulu. Kau takpe ke balik lewat?"
"Boleh je sebab ibu aku tau anak dia ni baik hehe."
"Hahaha bagus-bagus. Aku nak ajak anak dia ni merayau malam raya sampai pukul satu pagi!"
"Serius ah!"
"A'ah, seriuslah ni! Dah jomlah!" Arah Sufi seraya mula berjalan bersama Farhan di sisinya.
•••
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Non-Fiction(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...