Pejam celik pejam celik mereka berdua sudah pun menduduki peperiksaan SPM. Esok adalah hari terakhir mereka menduduki peperiksaan tersebut.
"Weh, Farhan." Tiba-tiba Rafiq bersuara setelah lama mendiamkan diri.
"Hmm, apa." Balas Farhan matanya masih lagi fokus ke arah jalan raya. Dia membawa motor skuternya dengan berhati-hati kerana tayar belakang sedikit bergoyang. Mereka baru sahaja pulang dari menunaikan solat Isyak di surau.
"Tak sangkakan, esok dah hari terakhir." Kata Rafiq sambil kedua belah tangannya dikepakkan seperti ingin terbang matanya pula dipejam dengan rapat.
"Hari terakhir! Yes!" Jerit Rafiq secara tiba-tiba.
"Woi, woi. Diamlah! Nanti orang ingat apa pulak." Balas Farhan sebaik sahaja terkejut dengan tingkah laku Rafiq sebentar tadi.
Rafiq ketawa dan kembali duduk seperti biasa.
"Hmm, yalah tu. Mula-mula memanglah best sebab tak sekolah dah. Kau tunggu empat lima bulan lepas tu. Sumpah kau nak patah balik ke masa silam. Masa tu sorrylah, memang dah tak boleh nak patah balik. Kita bukan hidup dekat dalam movie mat saleh nak ada time machine bagai." Kata Farhan dengan panjang lebar. Ada sedikit senyuman tawar melekat di bibirnya kerana dia tidak mahu semua perkara ini berakhir.
Rafiq tersentak dengan apa yang baru keluar dari mulut Farhan tadi. Betul apa yang dikatakan oleh Farhan sebentar tadi, kalaulah mesin masa itu wujud, tentunya dia akan pusingkan kembali masa dan akan betulkan apa yang salah dalam hidupnya selama ini.
"Kau nanti kalau dah nak sambung belajar jauh-jauh, nak balik London ke, tak jauh pun sambung, tingkatan enam sekali pun, tolong jangan lupa aku ya?" Kata Rafiq dengan nadanya bertukar suram.
"In Shaa Allah, sampai aku mati aku takkan lupakan kau Farhan." Ucap Rafiq perlahan. Tiba-tiba hatinya terasa sebak.
"Apa yang kau cakapkan ni, Rafiq. Sampai bab mati bagai. Janganlah cakap macam tu. Aku tak sukalah." Marah Farhan.
Rafiq terdiam. Dia mengalihkan pandangannya ke arah jalan. Angin malam kuat menepuk pipi mereka. Tiba-tiba hati Rafiq berasa sayu.
"Nanti.. Kalau aku dah tak ada untuk jaga kau, kau tolong jaga diri elok-elok ya." Kata Rafiq dengan nada serius. Rafiq mengembuskan nafasnya keluar seraya memejamkan mata. Sungguh berat hatinya ingin mengucapkan ayat-ayat sebentar tadi itu.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Farhan. Riak wajahnya sudah berubah. Dia mula rasa tak sedap hati.
"Taklah, kalau.." Balas Rafiq lambat-lambat.
Farhan hanya mendiamkan diri sambil pandangannya fokus ke arah jalan raya. Rumah Rafiq masih jauh di hadapan.
"Hukk!!! Hukk!! Hukk!!"
"Weh, kau okey ke?!" Tanya Farhan dengan nada cemas.
"Hukk!! Hukk!! Hukk!!" Rafiq terus terbatuk kuat.
"Weh, kau okey ke tak ni? Jangan buat aku risau!" Kata Farhan. Takkan batuk biasa. Teruk sangat bunyinya.
"Hukk! Hukk! O.. Okey. Aku okey. Hukk! Hukk!"
"Kau ni sakit ke? Kalau sakit cakaplah. Tolonglah jangan buat aku risau boleh tak? Aku tengok perangai kau makin hari, makin pelik. Muka kau pun makin pucat. Kenapa ni?"
"Mana ada sakit, aku baik-baik jelah. panndai-pandai je kau ni." Balas Rafiq seraya cuba untuk ketawa.
"Alah, kau je cakap tak ada apa. Macam aku haritu, kata okey-okey. Batuk pun still kata okey. Last-last aku pengsan dekat sekolah buat malu je. Haishh!" Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa dia terpengsan di sekolah.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Документальная проза(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...