48

356 23 0
                                    

Vromm..

Kini mereka berdua sudah sampai tepat di halaman rumah Farhan. Jam tepat pukul dua pagi. Tak guna punya Sufi, kata kejap je. Last-last sampai pukul dua pagi baru mereka balik. Farhan pun tak perasan masa berlalu dengan pantas.

"Sufi, thanks sudi bawa aku jalan-jalan malam raya macam ni kalau kau tak ada nampaknya mereput jelah aku dekat rumah ni haa." Ucap Farhan sambil menanggalkan topi keledarnya.

"Alah, takde hal lah. Aku yang patutnya ucap terima kasih dekat kau sebab sudi teman aku malam ni siap pilih dekat aku baju melayu, extra sampin lagi. Esok kalau tak handsome lagi entahlah aku nak kata apa hahaha." Balas Sufi seraya mengalihkan motosikalnya ke arah muka jalan.

"Alah, jangan risau handsome punya. Percayalah cakap aku haa.. Ikut style yang aku ajar tadi betul-betul. Comfirm time kau teguk air sirap ais esok mesti ramai cair tengok kau. Pergh! Bergetah sial kau esok! Haha."

"Alah kau overclaim bukan main lagi eh." Balas Sufi.

Farhan sudah ketawa kuat.

"Dah aku balik dulu. Apa-apa esok call aku kalau kau bosan duduk rumah. Aku balik dulu.." Kata Sufi seraya memasukkan gear.

"Okay, esok bincang lain." Balas Farhan dengan muka makin mengantuk.

"Assalamualaikum." Ucap Sufi buat kali terakhir.

Vroommm...

Laju motosikal Sufi meninggalkan kawasan rumah Farhan dan pulang ke rumahnya sendiri.

"Waalaikumusalam." Balas Farhan perlahan setelah bayangan Sufi hilang dari matanya.

Tiba-tiba Farhan terasa sunyi kembali. Hanya kendengaran bunyi cengkerik di luar ini.

Farhan mengeluh panjang sambil melangkah ke arah pintu rumahnya. Pintu rumah di buka, tidak dikunci. Mungkin sengaja ibunya tak mengunci pintu sebab tahu anaknya tak ada kunci rumah.

"Assalamualaikum." Farhan memberi salam.

Tiada jawapan. Nampaknya ibu dan ayah tirinya sudah nyenyak tidur.

Farhan meletakkan topi keledarnya di atas meja dan terus meluru masuk ke dalam biliknya.

Farhan mengempas tubuhnya di atas katil. Lega tubuhnya dapat baring atas tilam empuk. Matanya di pejamkan seketika.

Tiba-tiba dia terasa segar macam tak boleh tidur pula.

"Aih.." Farhan mengeluh sebentar sambil mengaru-garu kepalanya.

"Eh!" Farhan teringat akan sesuatu.

Farhan teringat yang dia belum lagi solat Isyak! Macam mana dia boleh terlupa pun entahlah.

"Uih, dah pukul dua lebih ni." Katanya seorang diri sambil mengerling ke arah jam yang tergantung pada dinding.

Terus Farhan membuka baju dan seluarnya. Kini, dia hanya berkain tuala menutupi tubuhnya dari paras lutut hingga pusat.

Terus dia masuk ke dalam bilik mandi yang berada di sebelah bilik tidurnya dengan segara supaya dapat membersihkan diri sebelum menunaikan solat Isyak walaupun dah sangat lewat.

•••

Usai sahaja Farhan membersihkan diri, terus dia menyarungkan baju dan kain sarung pada tubuhnya. Rambut yang masih basah itu disikat rapi agar tidak menutup dahinya masa solat nanti. Tikar sejadah berwarna biru tua sedia dihamparkan pada lantai.

Tanpa membuang masa lagi, Farhan terus menunaikan solat Isyak dengan penuh tekun dan kusyuknya.

-

Kini, Farhan sudah selesai menunaikan solat Isyak. Tenang sahaja hatinya sekarang ini. Lebih tenang bila solat pada waktu-waktu begini. Tenang sahaja suasana nya. Tak ada bunyi bising mahupun orang datang menganggu.

Farhan menadahkan tangannya lalu dia memohon doa pada Allah S.W.T. Matanya di pejamkan serapat yang boleh. Perasaannya juga mula bertukar sebak tanpa dia tahu apa sebabnya.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, keluargaku dan sahabat-sahabatku Ya Allah. Mudahkanlah segala urusan mereka Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidup Ya Allah walaupun aku dah tak kuat Ya Allah. Kuatkanlah imanku Ya Allah."

Tiba-tiba sahaja wajah Rafiq terlintas di mindanya sesaat.

"Ya Allah, bukalah pintu hati Rafiq Ya Allah. Aku buntu, aku tak tahu nak buat apa lagi Ya Allah. Aku tak tahu kenapa dia berubah Ya Allah macam ni, bukanlah pintu hati dia untuk terima kami semua balik Ya Allah. Jika dia ada masalah, selesaikanlah masalahnya dengan segera Ya Allah. Ampunkanlah dosanya Ya Allah. Berikanlah aku petunjuk Ya Allah. Rapatkanlah kami seperti dahulu lagi Ya Allah. Aku nak sahabat aku balik Ya Allah. Aku rindu dia sangat, Ya Allah.. Aku rindu sangat."

Air mata Farhan tak henti-henti mencurah membasahi pipi apabila memohon doa semahu-mahunya pada Tuhan. Kedua-dua belah tapak tangannya terketar-ketar lalu dia cuba untuk mengengam tangannya sekuat mungkin umpama mengengam doa-doanya agar tidak terjatuh.

Kini, dia hanya mampu berdoa dalam hati. Tidak mampu lagi terluah melalui suaranya.

-

Selesai sahaja dia berdoa, terus kedua belah tapak tangannya di tekapkan pada wajah dengan sangat lama.

Apabila perasaan mula sedikit tenang, dia mengambil pula tasbih yang tergantung pada almarinya.

Dia berzikir semahu-mahunya di atas tikar sejadah selama setengah jam.

Tiba-tiba tubuhnya terasa sangat lemah dan pandangan matanya menjadi kabur. Farhan terhenti daripada berzikir, lalu dia jatuh tersembam di atas tikar sejadah bertemankan sisa air mata dan juga tasbih yang setia berada dalam gengaman tapak tangannya.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now