19

410 28 0
                                    

TING... Bunyi pintu kedai 24 jam 7 Eleven berbunyi menandakan ada orang masuk.

Usai sahaja mereka berdua solat Isyak di surau, terus mereka datang ke sini untuk menunaikan janji Rafiq tengah hari tadi kepada Farhan.

Pagi tadi masa di padang, Rafiq janji katanya nak belanja Farhan ais krim Cornetto. Jadi, janji tetap janji dia harus tunaikan juga.

"Hah, ambiklah ais krim kau." Kata Rafiq sambil meletakkan tangannya sebelah ke dalam poket baju melayu berwarna merah hati yang sedang dikenakan olehnya sekarang ini.

"Serius ke ni?" Farhan tersenyum sinis sambil menyimpan kunci motornya ke dalam poket baju melayunya yang berwarna ungu keladi itu.

"Yalah. Takkan aku nak tipu. Kan dah janji." Kata Rafiq sambil tersenyum.

"Kau pergi duduk dekat kerusi tu. Aku nak pilih dulu. Aku nak pilih mahal-mahal. Muahaha!" Kata Farhan sambil ketawa jahat. Kakinya pula perlahan-lahan meninggalkan Rafiq di belakang.

"Haish, dia ni." Kata Rafiq sambil menggaru-garukan kepalanya lantas dia duduk di atas kerusi yang disediakan.

Rafiq duduk di atas kerusi sambil fikirannya sudah melayang jauh. Memori dia semasa kecil bermain di minda setelah melihat di luar kedai itu ada seorang budak kecil sedang berjalan bersama-sama ibu dan ayahnya. Rafiq tersenyum sendiri.

"Hah, termenung jauh sangat tu. Dah sampai bulan ke belum?" Sergah satu suara dari belakang tubuh Rafiq.

Rafiq tersentak segera dia menoleh ke arah belakang. Dahinya berkerut melihat plastik yang berada di tangan Farhan.

"Eh, kenapa kau yang bayar?" Marah Rafiq.

"Alah, takpe. Aku gurau je. Tak payahlah nak belanja. Nah, aku ada beli air kesukaan kau. Coca-cola. Pepsi tak ada." Kata Farhan sambil tersenyum. Air Coca cola itu dihulurkan kepada Rafiq.

Rafiq tidak menyambutnya. Maka, Farhan menyimpan kembali ke dalam plastik tersebut.

"Tak sekarang ni, kan aku yang kata nak belanja kau. Hah, mana ais krim tu? Kau tak beli ke? Kalau tak beli meh aku nak pergi ambil." Kata Rafiq seraya sudah bangun dari kerusi itu.

"Eh, eh tak payah Rafiq. Semenjak kau kawan dengan aku ni, kau pernah nampak aku makan ais krim ke? Takkan? Haa, so tu tanda dia akan tak suka makan ais krim. Dah jom blah!" Kata Farhan sambil menarik tangan Rafiq keluar dari situ.

"Hish." Rafiq mendengus kasar seraya mengikut Farhan dari belakang.

'Keras kepala betul Farhan ni. Orang nak belanja pun tak nak.' Kata Rafiq dalam hati.

"Rafiq, pegang jap." Arah Farhan sambil mnegulurkan plastik putih itu. Kini, plastik itu sudah bertukar tangan.

"Rafiq, aku rasa macam aku tak nak balik rumah lagilah." Kata Farhan dengan wajah bertukar sedih.

Suasana sepi sejenak.

"Hmm, ada masalah dengan ayah tiri kaulah tu." Kata Rafiq seraya tersenyum tawar.

Farhan hanya mampu terdiam.

"Hmm, nak pergi lepak mana?" Soal Rafiq cuba untuk membuang perasaan canggung.

Farhan berfikir sesaat. Tidak lama selepas itu, dia kembali tersenyum.

"Kita pergi ke bukit belakang sekolah nak tak?" Kata Farhan sambil sudah duduk di atas motosikalnya. Enjin motosikal sudah segera dihidupkan.

"Woi, gila ke nak pergi bukit belakang sekolah malam-malam macam ni. Banyak hantu tahu tak?" Rafiq cuba untuk mengertak Farhan yang penakut hantu itu.

"Ah, lantak dia! Kalau hantu datang aku spray dia dengan ubat nyamuk. Cepatlah naik. Lembablah." Marah Farhan setelah Rafiq membuang banyak masa.

"Hah? U.. ubat nyamuk?" Kata Rafiq lantas dia membuka plastik putih itu untuk lihat isi dalamnya.

Alamak, betullah dia beli ubat nyamuk. Siap dua jenis ubat nyamuk pula tu. Satu jenis sembur dan satu lagi jenis bakar. Bekalan makanan pun dia dah siap beli lagi. Macam betul-betul nak lari rumah gayanya.

"Eh, biar betul Farhan. Kau nak camping atas bukit tu ke apa?" Sindir Rafiq.

Farhan mendecit.

"Hish, nak pergi ke tak nak ni?" Kata Farhan dengan kening sudah bertaut.

"Haish, yelah tapi sekejap je tau. Sebelum pukul dua belas kita caww dari situ." Pesan Rafiq lalu dia duduk di tempat duduk belakang.

"Yalah." Balas Farhan acuh tak acuh.

Vrommm!!!

Deras mereka meninggalkan kawasan itu dan berlalu pergi ke kaki bukit di belakang sekolah mereka dengan hati yang mekar.

"Wow, asal laju sangat ni." Laung Rafiq dari belakang. Jelas terasa angin malam menampar kuat wajahnya.

"Kita merempit malam ni. Yihaaa!"

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now