12

502 32 0
                                    

Hari Jumaat pun telah tiba.

Seperti di bayangkan, memang meriah hari ini dah macam hari raya sahaja gayanya. Semua orang sibuk buat persiapan untuk rumah sukan masing-masing. Lagi-Lagi budak perarakkan rumah sukan.

Farhan datang dengan sebatang bendera rumah sukan Harmoni iaitu rumah sukan berwarna biru tua lalu dia berdiri di sebelah Rafiq yang memeriksa budak-budak perarakkan. Budak-budak perarakkan semuanya ambil budak tingkatan satu dan dua sahaja kerana mereka masih pendek-pendek dan muka 'suci'.

"Nah Rafiq bendera kau." Farhan sudah menyerahkan bendera berwarna biru tua itu kepada Rafiq.

"Thanks." Balas Rafiq dengan senyuman. Bendera itu dia cuba dikibar-kibarkan sekadar untuk cuba.

"Untunglah tahun ni jadi ketua rumah sukan. Dapat jalan sambil pegang bendera." Usik Farhan sambil menyilangkan tangannya.

"Kau jomlah masuk perarakkan sekali. Kau kan perangai macam budak-budak lagi, bolehlah tu." Usik Rafiq kembali.

"Tak naklah aku." Balas Farhan selamba. Dulu masa tingkatan satu dan dua dia dah masuk. Tahun ni rasa macam malas pulak.

"Haish, mana penolong pengerusi ni Rafiq? Tak nampak pun?" Tanya Hasyim yang sedang sibuk mempersiapkan budak-budak perarakkan.

"Entahlah Hasyim. Nanti datanglah tu. Tengah test baju kot." Kata Rafiq.

"Lamanya." Balas Hasyim kembali.

"Biasalah perempuan." Balas Farhan pula sambil tersenyum.

"Weh korang jangan lupa tau pukul sembilan nanti acara tarik tali." Kata Hasyim lagi sambil mengambil bendera dari tangan Rafiq untuk dihiaskan sedikit supaya kelihatan meriah.

"Haah tahu, kau masuk jugakkan acara ni?" Tanya Rafiq.

"Yalah. Gila tak masuk tahun akhir kot. Hahahaa, tahun depan mana ada dah benda-benda macam ni." Kata Hasyim sambil mengelap batang bendera yang sudah berhabuk itu lalu dia membelit pula renda-renda supaya kelihatan lebih cantik.

"See? Dia pun masuk sebab ni tahun akhir. Kau ni Farhan, sikit-sikit malas." Kata Rafiq sambil mengangkat keningnya tetapi bibirnya masih tercalit sedikit senyuman.

"Yalah-yalah aku masuk." Kata Farhan sambil memusingkan bebola matanya.

Suasana semakin meriah di Dataran Ceria tersebut. Banyak pelajar mempersiapkan rumah sukan masing-masing. Kelab persatuan juga sibuk mempersiapkan perarakkan mereka sendiri. Tambah-tambah lagi Dania, Pengerusi Persatuan Kadet Polis Perempuan Sekolah. Di luar dia memang gedik, tetapi sebaik sahaja dia menyarungkan baju kadet polis terus dia bertukar garang seperti singga!

"Rafiq aku caw dululah sebab nak tengok macam mana bisnes rumah sukan kita pulak. Entah jadi apa dekat budak-budak tu. Bukan boleh di harap, semuanya aku yang kena buat. Benda simple pun tak boleh harap. Hurgh!" Kata Farhan sambil mula melangkah untuk pergi.

"Cubalah ikhlas sikit bila buat kerja tu. Ha, pergilah. Nanti pukul sembilan masuk padang." Kata Rafiq sambil duduk di atas pentas lapang.

Farhan pun terus beredar dari situ.

"Kau dengan Farhan tetap boleh jadi kawan karibkan walaupun dah berlainan kelas?" Tanya Hasyim sambil menyerahkan kembali bendera yang sudah siap dihias itu.

Rafiq tersenyum.

"Yalah, dah terbiasa berkawan dengan dia tapi korang pun kawan baik aku jugalah. Haha." Kata Rafiq sambil ketawa.

"Okay ke bendera tu aku hias? Sorrylah ni je aku mampu buat. Rumah sukan kita tak ada bajet sangat tahun ni."

"Bolehlah. Not bad." Kata Rafiq sambil membelek-belek kayu yang sudah siap dihias itu.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now