Farhan mencampakkan beg sekolahnya di atas meja. Tubuhnya yang kecil molek itu pulak dicampakkan ke atas sofa empuk. Dia mengerang kesedapan.
"Ermm. Selesanya." Ucap Farhan sambil memejamkan matanya.
Penat seharian dia hari ini di sekolah. Macam-macam dia buat di sekolah hari ini. Ke sana ke sini kakinya naik turun bangunan. Biasalah awal-awal bulan nak masuk ke pertengahan bulan di sekolah memang agak sibuk nak uruskan macam-macam.
Matanya mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding. Sudah tepat 2 petang. Dia mendecit kerana malas nak bangun mandi. Rasa seperti nak tidur sekejap. Perlahan-lahan matanya terpejam.
"Farhan!" Jerit satu suara dari luar rumah.
Terus mata Farhan terbuka luas.
"Jangan nak tidur. Pergi mandi! Solat Zohor."
"Ya, Ibu." Kata Farhan sambil tersenyum seorang diri. Baru sahaja dia mahu menerjah ke alam mimpi seketika tetapi digangu pula oleh ibunya. Dia terus bangun dari sofa dan membuka baju sekolahnya. Kain tuala dicapai lantas terus masuk ke dalam bilik air.
****
Farhan mengigit hujung batang pen sambil melihat buku-buku latihannya untuk disemak sama ada kesalahan ejaan atau pun tidak. Setelah dia berasa berpuas hati, lantas dia menutup buku latihannya sebentar tadi.
"Fuhh...."
Di menghembus nafas lega.
Jam yang tergantung di dinding kamarnya di renung seketika.
Sudah menunjukkan jam 5.46 petang.
Kerja sekolahnya juga sudah disiapkan, rasa macam nak melawat Rafiq pula kat sekolah yang sekarang ini tengah ada latihan bola sepak.
Dia pun menghidupkan enjin motosikal skuternya itu. Dia berlalu pergi meninggalkan kawasan rumahnya itu.
Sesampainya dia di kawasan sekolah. Farhan terus membawa motornya ke belakang sekolah. Dia malas berjalan kaki, jauh sangat.
"Ahh! Redah ajelah. Kisah pulak aku. Paling kuat cikgu-cikgu dengan budak petang usyar pelik. Hahaha!"
Dengan muka selamba, muka tiada perasaannya dia terus meredah kawasan larangan sekolah untuk pelajar bawa masuk motosikal.
Pelajar hanya dibenarkan memakir motosikal mereka di kawasan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk memakirkan motosikal mereka.
Semua pelajar-pelajar petang yang lalu di situ melihat dia tanpa berkelip.Pelajar petang yang nakal mem'boo' nya dari atas.
"Booooo!!!"
Farhan hanya membuat lambang 'peace' ke arah mereka. ?mukanya masih lagi selamba tiada langsung perasaan takut.
Hehehe... Otai form 5 katakan. Semuanya beranilah. Lepas ini, tak ada dah nak buat macam ini.
Sampai sahaja dia di belakang kawasan sekolah, dia sudah nampak Rafiq berlari-lari mengejar bola. Kecil sahaja nampak dari hujung padang.
Farhan terus memakirkan motosikal skuternya itu di tempat pakir kenderaan untuk guru-guru dan juga pekerja kerani.Uish, berani gila dia ni!
Dia berlari-lari anak menuju ke arah astaka yang berada di tepi padang. Di situ ramai budak-budak lelaki yang datang untuk melihat latihan bola sepak.
Farhan terus bertenggek disebelah rakan-rakannya yang lain sambil borak-borak kosong.
Tepat jam 6.30 petang, budak-budak bola sepak terus bersurai. Begitu jugalah budak-budak yang berada di astaka sebentar tadi.
Ada yang sudah pulang dan ada juga yang menukar pakaian untuk bermain di padang itu sekadar mengisi waktu petang mereka.
Dari jauh Farhan sudah nampak kelibat Rafiq berlari-lari anak dengan peluh membasahi tubuhnya seperti orang selepas mandi tetapi tidak dilap.
Rafiq yang berbaju bola berwarna merah hati dan seluar pendek berwarna hitam di dalamnya dia memakai seluar tight berwarna hitam tersenyum sambil melambai-lambai ke arah Farhan.
Farhan mengeluarkan sesuatu dari beg sandang berwarna hitam berlogo Adidas nya lalu, dicampakkan barang itu ke arah Rafiq.
Rafiq pantas menyambut. Sekotak air milo dihadiahkan kepadanya.
"Wahhhhh... Baiknya kau. Meh nak kiss sikit meh meh..." Rafiq terus datang dekat ke arah Farhan lalu memeluknya. Dibuat-buat pula seperti ingin mencium pipi Farhan.
"Eee... Bodohlah kau. Geli kot. Ergh!" Farhan menolak badan Rafiq. Habis kesan peluh melekat pada tubuhnya.
"Eee... Busuknya." Sambung Farhan lagi.
Rafiq ketawa."Sorry ahh... Aku melawak aje pun. Tu pon tak boleh. Btw, thanks bagi nih. Tahu aje aku dahaga."
"Haih, siapalah yang main bola tak terasa dahaga."
Rafiq terus menyedut tanpa henti.
Mereka berdua duduk di atas astaka sambil mata mereka melihat orang bermain bola.
"Jadi ke nanti nak study group bagai?" Tanya Farhan memecahkan kesunyian.
Rafiq masih lagi menyedut air milo di dalam kotak itu, lalu dia berhenti seketika.
"Sekejaplah. Esok aku tanya. Tak sabar-sabar kau ni pun."
"Bukannya apa... Kalau tak jadi cakaplah siap-siap."
Mereka berdua terdiam kembali.
"Rafiq, bilanya nak habis bola ni? Lagi empat bulan kita nak trial lepas itu, dalam sebulan lebih lepas tu dah SPM kot..." Tanya Farhan sambil memandang ke arah Rafiq.
Rafiq mengangguk.
"Lebih kurang dua tiga minggu lagi final dah. Lah, kau tak tahu ke? Apalah... Ulat buku sangat kau ni. Hal-hal aktiviti luar yang sekolah buat kau kena ambil tahu juga."
"Lah, sekolah kita dapat pergi final ke? Hahaha... Sumpah weh aku tak tahu."
Rafiq membuat muka bosan.
"Hmp, nak tahu apanya. Kau asyik dengan buku, buku, buku..."
"Jadi... Lepas ni kau bolehlah kan study dengan aman?"
Rafiq mengangguk.
"Hmm, betul-betul. Tapi, banyak lagi aktiviti sekolah nak buat."
"Hah! Ada lagi? Ish tak payahlah masuk." Farhan mengerut keningnya.
"Banyak... Aktiviti melukis poster, aktiviti pidato, aktiviti tulisan khad dan lain-lain... Hahaha." Rafiq ketawa sekuat hati.
"Hmm... Aktiviti macam tu tak apalah... Tak ambil banyak masa pun. Lagipun, kau tak suka aktiviti macam tu. Ingat aktiviti apalah tadi."
"Hahaha... Gelabah sangat."
Farhan melihat jam di tangannya sudah nak dekat jam tujuh.
"Rafiq, jom lah kita balik? Aku hantar kau."
"Haah, jomlah." Air kotak yang sudah kering itu dicampakkan ke dalam tong sampah sebelahnya.
"Kau parking motor kat mana Farhan. Jauh-jauh aku tak larat nak jalanlah... Penat kot."
Farhan tersenyum sinis.
"Hehehe... Tu nampak tak? Depan tu je."
Mata Rafiq terus terbeliak
"Uish... Berani gila kau. Nampak kat cikgu disiplin mampos kau kena marah."
"Alah... Tak ada apalah jomlah balik. Tadi kata tak larat sangat. Ni dah dekat banyak bunyi pulak. Jangan ingat aku ni nerd sangat semua nak ikut arahan... Hahaha.... "
"Hahaha kira kau ni talam 12 muka lah ye?"
"Erm, bolehlah..."Mereka ketawa bersama-sama... Sebaik sahaja injin motor dihidupkan mereka berdua pun berlalu pergi dari situ.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Документальная проза(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...