15

449 28 1
                                    

"Okay, done!" Ucap Rafiq sambil tersenyum datang ke arah Hasyim dan Farhan.

Cermin panjang di hadapan Rafiq ditenung lama untuk melihat dirinya yang segak, kacak lagi bergaya ketika ini.

"Wow! Holy shit!" Ucap Hasyim dengan nada terkejut. Mulutnya juga terlopong luas. Tubuh Rafiq di hadapannya di tenung lama dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Seakan-akan tidak percaya sama ada ini Rafiq atau Jack Frost yang sebenar.

"Wow, sebijik macam Jack Frost kot! Amazing!" Sambungnya lagi sambil menepuk tangan kerana terlalu teruja.

"Ya ke macam Jack Frost?" Kata Rafiq setelah malu dipuji oleh Hasyim. Dia mengusutkan lagi rambutnya di bahagian hadapan supaya lebih kelihatan seperti rambut Jack Frost.

"A'ah ada lah sikit iras-iras dia tu." Kata Farhan sambil tersenyum ke arah Rafiq.

Rafiq masih teruja lihat rupa sendiri di cermin. Dia mengenakan pakaian sebijik macam Jack Frost! Seluar berwarna coklat gelap yang disentengkan sehingga paras lutut. Baju sweater berwarna biru tua juga padan dikenakan pada tubuhnya persis Jack Frost.

Rambutnya juga di warnakan putih seputih salji seperti Jack Frost. Kanta lekap berwarna biru muda cantik diletakkan pada matanya. Ya samalah! Lagipun Rafiq ni memang anak mat saleh jadi memang iraslah macam Jack Frost. Lainlah yang jenis muka jawa tapi nak pakai jadi macam Jack Frost memang buruklah hasilnya.

Tiba-tiba Izah masuk ke dalam ruangan kecil itu dengan bibir penuh dengan senyuman.

"Hello siap dah ke?" Kata Izah di hujung pintu.

"Dah!" Jawab mereka bertiga serentak.

"Wow... J... Jack Frost?" Kata Izah pula tergamam di tepi pintu.

"Yes. It's me, Jack Frost!" Ucap Rafiq dengan senyuman.

"J...Jack Frost. Oh my god!" Kata Izah terasa nak pengsan sebab dia memang suka character Jack Frost!

"Sama kan?" Kata Rafiq lagi dengan nada sedikit riak.

"A'ah sama, tapi wait..." Kata Izah sambil keluar kembali dari ruangan itu secara mengejut.

Mereka bertiga mengerutkan dahi melihat tiba-tiba sahaja Izah berlalu pergi.

Setelah beberapa saat, Izah datang kembali bersama beg make-up nya.

"Rafiq kau duduk kejap dekat atas kerusi ni. Aku nak solekkan kau sikit. Sikit je." Kata Izah bersama gaun kepuk-kepuknya.

"Solek?" Tanya Rafiq tak faham perkataan 'solek' itu apa.

"Make-up. Makeover?" Terang Farhan sambil duduk di atas kerusi dan menongkat dagunya.

"Ouh, make-up. Tapi sempat lagi ke ni? Sepuluh minit lagi kot." Tanya Rafiq.

"Sempat. Alah, sikit je. Bagi lagi nampak macam Jack Frost!" Kata Izah seraya mengeluarkan bedak berwarna paling cerah yang dia ada.

"Uhm, okay." Rafiq setujukan sahaja.

Dia serahkan sahaja semuanya kepada Izah dan dia hanya perlu duduk dan pejamkan matanya.

Izah sengaja ambil bedak yang warnanya cerah sedikit agar kelihatan pucat seperti Jack Frost. Bibir Rafiq diletakkan sedikit lipbalm supaya kelihatan juicy dan pipi Rafiq di shading gelap sedikit supaya kelihatan lekukkan pipi seperti Jack Frost. Akhir sekali, dia spraykan setting spray ke wajah Rafiq dalam beberapa kali semburan supaya make-up itu kekal lama. Yalah, nanti kena panas, takut cairlah pula nanti.

Lima minit masa berlalu...

"Okay done. Buka mata." Arah Izah sambil mengemaskan kembali barang make-upnya.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now