25

449 28 0
                                    

Hari ini , hari perlawanan bola sepak...

Tapi... Macam mana Farhan nak pergi tengok? Dia masih demam lagi! Semalam hari jumaat, dia tidak hadir ke sekolah dan hari ini sabtu, hari perlawanan bola sepak pasukan sekolahnya. Demamnya, langsung tidak surut. Tetap sama. Farhan jadi gelisah tidak menentu.

"Haih, kenapalah hari ni aku demam lagi? Aku dah plan elok dah nak pergi tapi aduh..." Kata Farhan seorang diri dengan penuh rasa hampa.

Sudah jam 8.30 pagi. Mesti sudah ramai di sekolah memberi sorakan kepada pasukan bola sepak sekolah masing-masing.

"Aishh.... Mesti meriah! Nak pergi tengok!" Marah Farhan sambil menghentak-hentakkan kakinya di atas tilam. Tubuhnya masih lagi terbaring kaku.

"Nak pergi tengok, tapi nanti ibu kata apa pulak. Demam pun nak pergi juga, cari maut!"

Farhan fikir sejenak. Lebih baik dia fikir-fikirkan dahulu. Lama dia berfikir. Akhirnya dia membuat keputusan.

"Lebih baik aku pergi. Kalau tak menyesal seumur hidup tak pergi. Dahlah final tak ada dah lepas ni. Dah Form 5 dah aku ni, tahun depan takde dah nak pergi tengok macam ni lagi. Baik aku pergi!" Tegas Farhan.

Keras kepala!

Segera dia mengapai kain tuala untuk membersihkan badan sebelum pergi. Perlahan-lahan dia membuka paip air...

"Arghhhh!!! Sejuknya!" Teriak Farhan sekuat hati sebaik sahaja air sejuk itu terkena tubuhnya, dia hanya mampu menahan. Kalau mandi hilanglah sedikit rasa demamnya ini nanti.

Farhan berdiri di hadapan cermin. Dia perasan wajahnya sangat pucat teruk. Dah macam vampire puasa tak makan darah sebulan aje gayanya.

Dia mengenakan seluar track suit berwarna hitam dan baju t-shirt putih di dalam. Di luarnya dia memakai hoodie kegemarannya yang berwarna hitam itu. Cap yang diletakkan di atas meja digapainya lalu disarungkan dikepalanya.

Dua biji penadol ditelan bersama air kosong.

"Ahhh...." Farhan menghembus nafas lega.

Kunci motor skuternya digapai perlahan lalu dia keluar pergi dari rumah itu tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuklah ibunya.

Vroommm...

Motor skuter merah itu memecut perlahan meninggalkan kawasan rumah itu.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now