24

556 40 0
                                        

"Ahh!!! Sakitnya." Farhan memicit-micit kepalanya yang pening itu. Pendingin hawa di dalam biliknya langsung tidak dibuka tapi dia tetap berasa sejuk... Menggigil-gigil dibuatnya.

Ini mesti kes kena hujan pagi tadi. Badannya panas bukan main. Rasa dah macam 40°c . Dari kecil badannya tidak tahan demam. Kalau demam bukan sikit-sikit. Boleh pengsan dibuatnya. Antibody lemah katakan.

Perlahan-lahan Farhan cuba untuk bangkit dari tidur. Sangat perit!. Baru sahaja dia duduk, rasa macam bumi ni berpusing 10 kali ganda lebih laju.

"Mak aihh... Peningnya." Katanya lagi.

Tiba-tiba dia teringat Rafiq.

"Mesti tengah sedih sekarang ini. Yalah, putus cinta, lepas tu lagi dua hari sudah final untuk perlawan bola." Kata Farhan perlahan seorang diri.

"Aku mesti kena tengok Rafiq, bagi dia semangat balik. Tak kisahlah dia nak kata apa pun. Aku mesti kena tengok dia!" Tegas Farhan tanpa memikirkan kesihatannya.

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke almari bajunya, hoodie kegemarannya digapai lalu disarungkan ke badannya. Stokin berwarna hitam yang sedia ada di kakinya tidak dibuka.

Turun naik nafas Farhan menahan sakit. Dinding di pengang sebagai bantuan untuk dia berjalan. Kunci motor skuternya digapai lalu perlahan-lahan dia keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibunya.

Sebaik sahaja enjin motor skuter dihidupkan olehnya, dia terus berlalu pergi tanpa membuang masa lebih lama lagi.

Sempat lagi dia mengerling jam pada tangannya. Jam lima petang tepat.

'Rafiq, maafkan aku.' Ucap Farhan dalam hati. Egonya dilempar sejauh mungkin.

~~~~~•~~~~~

Dari jauh dia sudah lihat Rafiq duduk di bawah pondok rekreasi yang berada di taman botanika di sekolahnya. Duduk seorang diri sambil bermain handphone. Rafiq masih lagi berbaju bola. Baru habis latihan agaknya walaupun padang lecak tetapi pakaiannya kelihatan sangat bersih.

Cuaca petang ini pula mendung dan sangat sejuk.

Farhan tersenyum. Nasib baik tidak jauh. Kalau tidak, boleh pengsan dia nak berjalan.

"Fiq, Rafiq..." Tegur Farhan dengan suara seraknya.

Rafiq sepantas mungkin terus memandang ke arah Farhan yang berwajah agak pucat itu.

"Eh, Farhan." Balas Rafiq dengan nada terkejut.

Farhan tersenyum sambil menghulurkan tangan ke arah Rafiq untuk bersalaman.

Salamannya dibalas.

"Eh, sejuknya tangan kau. Okey ke ni?" Wajah Rafiq jadi cemas dan wajahnya bertukar risau.

Rafiq pantas bangkit dari kerusi itu untuk mendapatkan Farhan. Bahu Farhan dipegang erat olehnya untuk dipimpin. Perlahan-lahan Rafiq mendudukkan Farhan disebelahnya.

Dahi Farhan dipegangnya.

"Eh, demam kau ni." Balas Rafiq.

Farhan menepis perlahan tangan Rafiq sambil tersenyum.

"Em, taklah. Pening je bukan demam." Tipu Farhan.

Rafiq menggelengkan kepala. Matanya masih lagi memandang ke arah Farhan dengan penuh rasa risau.

"Aku datang ni kejap je. Tak nak kacau kau dah. Janji lepas ni tak kacau kau dah." Kata Farhan seraya matanya tepat memandang ke arah Rafiq. Senyuman dihadiahkan walaupun tawar.

Rafiq terdiam lalu dia tertunduk memandang ke bawah kerana tidak mampu untuk memandang muka Farhan buat sementara waktu ini.

"Kau mesti dengarkan pasal Dania gaduh rebut budak tingkat empat pagi tadi?" Tanya Farhan dengan sedikit senyuman tawarnya.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang