59

440 25 0
                                    

Mereka berdua berhenti seketika di RnR berdekatan untuk menunaikan solat Magrib dan Isyak di surau yang ada di RnR situ.

Jam sudah tepat pukul sembilan malam. Baju sejuk Farhan dibuka seketika. Mahu sahaja ketika ini dia mandi walaupun hanya duduk di dalam kereta dan terkena pendingan hawa dari tadi tapi dia tetap rasa nak mandi. Tubuhnya terasa sangat melekit.

Farhan tersandar sebentar di tepi kereta mahal itu sambil diterangi lampu jalan dari atas kepalanya. Entah kenapa dia yakin sangat untuk ikut lelaki ini pun dia sendiri tidak tahu. Gerak hatinya terlalu kuat untuk menyuruh dia mengikuti lelaki serba hitam bernama Nick ini. Nampak gaya baik sahaja lelaki itu walaupun panampilan dia sebaliknya.

"Nah." Nick mengulurkan kain tuala putih dan pakaian lengkap kepada Farhan secara tiba-tiba.

Farhan memerhatikan sahaja barang yang berada di tangan Nick itu dengan wajah berkerut.

"Untuk apa ni Abang Nick?" Soal Farhan dengan masih berwajah kerut.

"Tahu Farhan tak selesa sebab tak mandi lagi. Nah, ambil ni, pergi masuk tandas, mandi." Balas Nick seringkas yang boleh.

"Tak payahlah. Tak selesalah mandi dekat tempat awam." Farhan cuba untuk menolak. 

"Takpe, abang Nick tak tinggalkan Farhan. Abang Nick tunggu je dekat sini, lepas tu kita makan dulu sebelum bertolak."

"Tapi tak terlambat ke?" Soal Farhan. Dia sendiri tak tahu apa yang dikejarkan sangat oleh mereka ini.

"Tak." Balas Nick dengan teragak-agak namun, wajahnya kelihatan yakin sahaja.

Farhan mengeluh kecil.

"Hmm, okay." Balas Farhan seraya mengambil kain tuala dan pakaian bersih itu. Tanpa membuang masa lagi Farhan terus menuju ke tandas awam.

•••

Sepuluh minit masa berlalu.

Farhan kembali ke tempat asal tadi bersama pakaian yang sudah dia tukar. Kini dia mengenakan baju t-shirt putih dan seluar track suit adidas berwarna hitam. Baju sejuk kegemarannya yang di simpan di dalam beg sekolah tadi disarung kembali pada tubuh.

Nick menoleh ke belakang untuk memandang Farhan yang sudah kembali. Segaris senyuman menghiasi wajah Nick.

"Macam mana, segar dah?" Tanya Nick sekadar mahu beramah mesra.

"Ya." Balas Farhan sepatah. Kain tuala lembab itu diserahkan kepada Nick dan baju dan seluar sekolahnya tadi disimpan kembali ke dalam beg sekolah.

"Jom makan?" Pelawa Nick pula selepas menyimpan kain tuala itu di tempat duduk belakang.

"Takpe, tak lapar." Balas Farhan perlahan.

"Bukan tak lapar, tapi malukan?" Balas Nick sambil tersenyum sinis.

Farhan hanya terdiam.

"Perangai sebijik macam Rafiq." Kata Nick seraya mengeluarkan sesuatu dari beg plastik.

"Nah, makan. Lepas ni kita tak berhenti dah tau." Ucap Nick seraya menyerahkan sebungkus sandwich dan sebotol air oren kepada Farhan. Dia tahu Farhan akan menolak nanti jadi dia beli siap-siap.

Farhan mengeluh lagi, dia mengambil sahaja makanan dan minuman itu tanpa banyak bunyi.

"Nak makan sini ke makan dalam perjalanan?" Soal Nick lagi.

"Makan dalam kereta takpe ke? Tak kotor?" Tanya Farhan dengan wajah tertanya-tanya.

Nick ketawa kuat.

"Haha! Boleh je, kenapa tak boleh pula. Kotor? Farhan bukan budak-budak lagi nak makan comot-comot." Ucap Nick lalu dia terus masuk ke dalam kereta.

Farhan turut masuk ke dalam kereta dengan pantas. Selepas beberapa saat, kereta itu mula membelah jalam dengan deras sekali.

•••

Suasana sepi kembali semasa di dalam perut kereta. Hanya kedengaran bunyi radio di buka perlahan di corong radio. Mata Farhan fokus sahaja di hadapan sambil minum air oren. Sandwich yang dibagi tadi oleh Nick dia langsung tak makan sebab dia tak suka makan sandwich tapi takkan nak cakap depan Nick, jadi dia simpan sahaja di dalam beg sekolahnya.

"Farhan rapat sangat ke dengan Rafiq?" Tiba-tiba Nick bersuara memecahkan kesunyian malam.

Farhan tersentak.

"Hmm, rapat sangat Abang Nick. Dah macam adik-beradik dah pun rapat dia tu. Susah senang kami sama-sama." Balas Farhan dengan perlahan.

"Macam mana boleh kenal dengan Rafiq? Setahu abang, Rafiq dia tak berapa pandai bergaul sangat dengan orang." Tanya Nick lagi mula tertarik ingin tahu dengan lebih mendalam. Matanya tetap fokus pada jalan di hadapan.

Farhan tersenyum seketika sebelum bersuara.

"Haha. Ya ke Rafiq tu tak pandai bergaul. Farhan tengok dia okay je. Dia baik sangat, sentiasa senyum. Semua orang sayangkan dia termasuklah cikgu-cikgu." Balas Farhan, lantas dia meneguk seketika.

"Wow, Rafiq banyak betul berubah sejak kali terakhir Abang Nick jumpa dia. Abang Nick last jaga dia masa dia umur dua belas tahun. Masuk umur tiga belas tahun dia pindah duduk dekat kampung dengan opah dia." Ucap Nick secara ringkas tapi padat.

"Ya, tahu. Dia selalu cerita pasal Abang Nick dekat Farhan dulu. Okaylah, Farhan lupa nak jawab soalan abang tadi. Macam mana kami boleh kenal? Okay macam ni, dulu dia masa pindah duduk dekat kampung dia tak pandai cakap melayu. Budak-budak kampung pula tak pandai nak cakap Bahasa Inggeris sangat. Jadi, Farhan je yang boleh cakap Bahasa Inggeris walaupun tak berapa fasih sangat. Tapi kadang-kadang tu Farhan garu kepala jugalah dengar dia punya slang dia tu. Sumpah tak faham." Balas Farhan sambil diselit ketawa di hujung-hujung ayatnya.

Nick turut ketawa mendengar kisah yang keluar dari mulut remaja ini. Patutlah Rafiq sayang sangat dengan budak ni. Budak ini istimewa.

"Tapi, abang bawa saya jauh-jauh ni kenapa? Sampai ke KL? Ini ada kena mengena dengan Rafiq ke?" Tanya Farhan setelah mula curiga kembali.

Nick teragak-agak untuk menjawab. Dia tidak mahu nanti Farhan gelabah tak tentu pasal.

"Err.. Ya." Itu sahaja yang mampu dibalas oleh Nick.

"Rafiq nak balik London ke?!" Soal Farhan dengan mata mula membutang. Wajah Nick dipandang lama.

"Err.. Itu, nanti dululah abang bagitahu. Abang tak boleh cakap sekarang." Balas Nick masih lagi mahu berahsia.

"Uish, Rafiq ni. Nak balik London tak bagitahu dekat aku pun. Ni mesti dia dah ada dekat airport!" Teka Farhan secara meluru. Dia sudah memeluk tubuh melayani perasaan merajuknya sendiri.

Nick mula menelan liur setelah melihat tingkah laku Farhan. Ini belum lagi dia melihat Rafiq depan-depan. Kalau dia nampak Rafiq depan-depan entahlah apa reaksi budak ini nanti. Nick minta semuanya baik-baik sahaja nanti.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now