"A'ah, betullah ni tempat dia." Kata Rafiq seraya melangkah masuk ke ruangan itu dengan bibir penuh dengan senyuman.
Farhan hanya mendiamkan diri dan ikut dari belakang Rafiq. Suara bising budak-budak jelas kedengaran di dalam makmal sains lama itu.
"Assalamualaikum, maaf lambat." Ucap Rafiq dengan senyuman.
"Waalaikumsalam!" Balas orang yang berada di dalam ruangan tersebut.
"Haish, lambatnya." Kata Hasyim yang tengah sibuk menyiapkan budak-budak perarakkan itu. Semua masih muka budak-budak. Pendek-pendek semuanya.
"Haih, Hasyim. Kau lagi ke gila? Semalam kau jugak, harini pun kau jugak? Hahaha." Kata Farhan sambil ketawa melihat Hasyim yang terpaksa menyibukkan diri membantu menyiapkan budak-budak perarakkan.
"Itulah setan betul. Nasiblah aku kena tolong siapkan budak lelaki je. Kau Rafiq tolonglah tegas sikit dengan dia orang ni. Kau kan pengerusi." Kata Hasyim sambil mula duduk kembali di atas meja cikgu di dalam makmal sains lama itu seraya tangannya laju memotong reben berwarna biru menjadi kecil. Dibantu juga oleh murid-murid perarakkan yang lain juga untuk melakukan tugas itu. Kalau nak harapkan dia sorang memang takkan siap.
Bajet tahun ni banyak lari, jadi Hasyim terpaksa kreatifkan otaknya yang tak berapa kreatif itu kerana dia diamanahkan tugas itu tetapi masih lagi ada kawan-kawan lelaki dan perempuan yang lain turut membantu.
"Alah, buat jelah. Ini kan tahu last. Aku pun malas lah nak marah-marah ni. Tak pandai nak marah orang hehe." Kata Rafiq sambil menggaru-garu bahagian tepi rambutnya.
"Hmm, apa-apa jelah." Kata Hasyim yang mula menarik muka.
"Tema apa kita tahu ni?" Tanya Farhan sambil mula melabuhkan tubuhnya di atas kerusi cikgu. Matanya tidak henti melihat kemeriahan dalam ruangan ini, bukan main gembira lagi semua orang nampaknya.
"Frozen." Balas Hasyim ringkas.
Reben berwarna biru itu siap dipotong lalu dia memanggil budak-budak itu untuk melekatkan reben biru itu ke baju tshirt putih mereka. Kepala budak-budak itu pula sudah siap diikat kain yang kelihatan seperti tanjak.
Rajin orangnya. Pukul 6.50 pagi sudah mula memotong reben itu. sekarang dah pukul 7.30 pagi. Pukul 8.00 pagi mesti sudah ada di padang sekolah dah.
"Serius? Siapa Elsa?" Tanya Farhan lagi dengan dahi berkerut. Setahunya Elsa itu kan perempuan? Takkan Rafiq jadi Elsa pulak kot?
"Penolong pengerusilah siapa lagi, takkan kau pulak?" Balas Hasyim sambil tangannya membuka penutup botol air untuk diminum.
"Habis Rafiq?" Tanya Rafiq dengan wajah semakin berkerut.
"Rafiq jadi prince dia lah, habis nak jadi apa lagi?" Kata Hasyim setelah selesai meneguk air mineralnya beberapa kali. Dia ni memang suka minum air kosong orangnya. Kurang minum minuman yang bergula dan bergas.
"Cerita Frozen mana ada prince lah ngek. Aduh.." Kata Farhan sambil menepuk dahinya.
"Yalah aku tahulah gila. Habis takkan nak suruh Rafiq jadi Elsa pulak kot, sebab tu Rafiq kena jadi Prince. Rafiq akan jadi Jack Frost."
"Pulak dah.." Kata Farhan sambil menepuk dahinya lagi sekali.
"Lah, kenapa pulak?" Rafiq pulak menyoal kepada Farhan setelah lama mendiamkan diri.
"Jack Frost tu kan cerita Rise of the Guardians." Kata Farhan sambil memandang ke arah Rafiq.
"Haa, memang pun." Kata Hasyim putar belit.
"Aish, aku dia ni kang. Kejap cakap itu kejap cakap ini. Mana satu kau ni?" Farhan mula rasa nak mengamuk dengan kawan sorangnya ini.
Hasyim mengela nafas sebentar sebelum mulakan kata-katanya. Wajahnya juga sudah bertukar bosan nak layan perangai Farhan ni. Dari dulu memang tak pernah berubah.
ANDA SEDANG MEMBACA
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Romansa(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...
