52

441 33 2
                                    

Farhan memusing satu kampung kerana dia tidak tahu hendak ke mana. Matanya asyik sahaja melihat semua budak-budak kecil itu sedang beraya. Teringat pula kenangan semasa dia kecil-kecil dahulu.

Farhan teringat akan suatu tempat. Tempat kali terakhir dia dan Rafiq bertemu sebagai seorang kawan. Sepantas mungkin dia menderaskan pemanduannya untuk menuju ke tempat itu.

•••

Setelah sepuluh minit, akhirnya Farhan sampai juga ke tempat yang dia ingin tuju itu.

Di mana lagi, kalau bukan di sawah padi pada malam itu mereka pergi? Farhan memakirkan motosikalnya jauh kerana tanah agak lecak dengan lumpur.

Farhan ingin menuju ke arah satu pondok kecil yang berada di tepi sawah padi. Seronok juga kalau dia dapat duduk di situ sambil berehat-rehat melihat sawah padi.

Tanpa membuang masa, Farhan terus melangkah pergi ke arah pondok kecil itu dengan berhati-hati takut pakaiannya nanti kotor pula.

"Yes, sampai pun!" Sorak Farhan seorang diri. Dia terus duduk di atas pangkin bersebelahan pondok kecil itu. Matanya tepat memandang ke arah sawah padi yang indah menghijau di hadapannya itu. Angin pun lembut memukul langit. Tenang dan nyaman sahaja Farhan rasakan.

"Eh, Farhan tak beraya ke?" Tegur satu suara.

Farhan tersentak, pantas dia memandang wajah orang yang mengejutkannya tadi. Lalu dia tersenyum.

"Eh, Pak Aman. Hari raya pun buat sawah lagi ke?" Tanya Farhan setelah melihat Pak Aman bersama tong racun di belakang badannya.

"Ya, tapi dah siap ni. Nak balik makan pulak. Yang kau ni, tak pergi beraya ke? Orang-orang sebaya kau semua beraya sakan, kau je duduk sini kenapa?" Tanya Pak Aman dalam kehairanan.

"Saja Farhan duduk sini. Farhan malas nak beraya. Pak Aman tak kisahkan Farhan pinjam kejap pangkin Pak Aman ni?" Tanya Farhan sambil tersenyum.

"Hmm, macam-macamlah kau ni Farhan. Haa, duduklah Pak Aman okay je. Haa, nah Pak Aman tinggalkan radio Pak Aman dekat sini. Bosan-bosan kau pasanglah ya." Kata Pak Aman sambil meletakkan radio kecilnya di tepi tiang.

"Eh, ada radio ke? Pasanglah Pak Aman." Arah Farhan tanpa rasa malu.

"Haiya, macam-macamlah anak Rosmah ni. Okay dah.. Pak Aman dah pasang. Lepas habis dengar tutup tau." Kata Pak Aman seraya berlalu pergi dari situ.

"Ya, terima kasih Pak Aman." Balas Farhan.

Kini, Farhan duduk bersendirian kembali. Suasana sepi kini bertukar sedikit ceria setelah lagu-lagu raya berkumandang di corong radio.

Tiba-tiba lagu raya kegemaran Farhan berkumandang di stesen radio tersebut. Farhan tersentak. Tak sangka lagu kegemarannya akan di putarkan. Lagu ini seolah-olah kena sekali dengan situasi yang di alaminya sekarang ini.

Perlahan-lahan Farhan ikut bernyanyi lagu yang bertajuk Pulanglah nyanyian Aisyah itu sambil mengoyang-goyangkan kepalanya mengikut rentak lagu tersebut dengan sepenuh jiwa dan pengayatan.

"Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah"

"Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga"

"Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama "berteman" (bercinta)
Kau tiada di hari mulia"

"Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu "teman" (sayang)
Ku menanti dengan hati rela"

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now