Cukup lima hari Farhan tinggal di sini. Barangnya yang tidak seberapa ada itu sudah siap dikemaskan. Dia mengeluh sebentar di birai katil.
Telefon jenama Lenovo digapai olehnya seraya dia membuka internet. Tidak lama selepas itu, telefonnya berdering tanpa henti.
Betul jangkaannya.
Mesti ramai yang akan menghantar chat di aplikasi Whats'app nya. Farhan lihat di notifikasi telefonnya ada 2546 ribu chat yang masuk.
Yalah.
Lima hari tak buka telefon. Dalam 2546 ribu chat itu ada juga chat dari group kelasnya dan group-group lain yang dia masuk.
"Haish." Farhan mengeluh sebentar. Ke semua chat yang bertanyakan keadaanya di padam terus tanpa dibaca atau dibalas. Rasa malas pula nak balas nak jawab satu per satu chat itu. Tak penting pun baginya.
Moodnya juga sudah melayang jauh entah kemana dengan hal semalam lagi.
Dia yakin bahawa itu Rafiq. Dia kenal sekali dengan susuk tubuh tegap dan tinggi lampai itu walaupun dia tidak melihat wajah remaja lelaki itu.
"Kenapa Rafiq buat macam itu?" Farhan bertanya sendiri.
"Dia takut aku benci dia ke?" Farhan masih bertanya sendiri.
Sekotak coklat Cadbury di atas meja itu diambilnya pantas. Direnung sedalam-dalamnya kotak coklat yang masih belum dibuka itu lantas dia tersenyum nipis.
Dia tahu coklat ini Rafiq yang bagi sebab kali terakhir dia bercakap dengan Rafiq, dia teringin sangat nak makan coklat ini.
Tak sangka, dalam perangai pelik Rafiq sekarang ini dia masih lagi teringat akan Farhan.
Jadi, betullah jangkaan Farhan. Rafiq bukan jahat, dia masih baik dan masih lagi Rafiq yang dulu.
"Terima kasih Rafiq.. Terima kasih sebab masih tak lupakan aku." Ucap Farhan perlahan seraya setitis air matanya jatuh ke pipi.
•••
Segalanya sudah selesai.
Farhan kini sudah sampai di rumahnya sendiri.
Rumahku, syurgaku.
Tak pernah Farhan rasa sebahagia ini apabila melihat rumah sendiri.
Sepantas mungkin Farhan masuk ke dalam biliknya dan melabuhkan tubuhnya di atas katil.
Rasa tenang apabila berada di dalam bilik sendiri.
Esok hari isnin..
Jadi, hari persekolahan..
Farhan harus pergi ke sekolah juga walau macam mana sekali pun keadaanya kerana hari SPM makin tiba.
Hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk dia menduduki SPM, Sekarang sudah bulan sembilan. Raya bulan sepuluh. Hujung bulan sebelah mereka akan menduduki SPM.
Fikiran Farhan kembali serabut. Sejujurnya dia masih belum bersedia untuk semua ini. Lagi-lagi untuk melangkah keluar dari alam persekolahan.
Dia takut untuk tinggalkan zaman sekolahnya kerana dia tidak tahu apa yang akan terjadi apabila dia habis sekolah nanti. Ke mana arah yang akan dia pergi.
Dia takut untuk melangkah pergi seorang diri dan terpisah dengan sahabat baiknya iaitu Rafiq.
Ya, Farhan tahu hari itu akan tiba juga nanti. Hari perpisahan dia dengan semua kawan-kawan sekolahnya dan membawa hala tuju masing-masing di muka bumi ini.
Farhan takut, takut nak fikirkan semua itu.
Tiba-tiba sahaja kedengaran azan asar dari surau berdekatan dengan rumahnya. Perlahan-lahan mata Farhan mengerling ke arah jam pada dinding. Sudah jam 4.20 petang.
Dengan kudrat yang ada, Farhan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim selagi dia mampu.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Документальная проза(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...