3

1K 56 2
                                        

Farhan sudah terpacak di hadapan rumah Rafiq. Jam baru sahaja menunjukkan 6.47 pagi dengan setia Farhan menunggu sahabat baiknya itu.

"Haih... Lambatnya." Farhan berkata seorang diri sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Matanya asyik memerhati ke arah jalan. Ramai budak-budak sekolah sudah pergi ke sekolah.

"Nek... Rafiq pergi dulu. Assalamualaikum." Jerit Rafiq dari jauh sambil menyarungkan kasut sekolahnya.

Farhan yang tadinya leka kembali tersedar lantas, dia memandang Rafiq dengan sekeping biskut di bibirnya.

"Sorrylah, Farhan lambat sikit. Hee..." Rafiq terus duduk di belakang Farhan.

"Tak apalah. Lagi pun aku datang awal sangat tadi. Jomlah kita pergi."

Enjin motosikalnya dihidupkan lalu mereka berdua semakin hilang masuk ke dalam kabus pagi sambil sawah padi berwarna hijau dibasahi embun pagi. Sungguh cantik permandangan di kampung ini.

"Farhan. Nanti aku cari orang ya... Kau jangan risau. Don't worry!" Kata Rafiq dengan penuh semangat.

"Aku fikir-fikir balik kan semalam. Rasa baik aku yang carilah." Kata Farhan lalu bibirnya digigit.

"Hah! Kenapa?" Jerit Rafiq sedikit kuat kerana takut tidak dengar pula. Yalah, angin lagi, bunyi bising motosikal lagi.

"Heii, kau ni pun satu. Lupa ke kau tu 'Famous' kat sekolah tu. Semua orang gila kat kau. Kalau kau yang ajak. Confirm! Satu sekolah nak join. Sekali dengan budak-budak yang tak ambil SPM pun nak join. Macam mana?"

Rafiq ketawa.

"Hahahaha... Macam tu ke?"

"Yalah... Tulah siapa suruh ramah sangat. Lain kali sombong sikit macam aku ni haa... Hahaha... Jual mahal sikit." Bebel Farhan. Sejujurnya, dia juga kacak tetapi dia tidaklah peramah seperti Rafiq. Mungkin, sikap panas barannya membuatkan orang tidak berani dekat dengannya.

"Tak maulah aku. Aish... Buat apa nak sombong-sombong sangat. Kau tu pun, panas baran sangat. Cubalah relaks sikit." Rafiq memicit-micit bahu Farhan.

"Haha, dah aku memang panas baran nak buat macam mana?"

"Iyalah... Tapi kawal sikit." Kata Rafiq dengan tenang agar kawannya itu dapat terima apa yang keluar dari mulutnya..

"Just be yourself okay?" Kata Farhan sambil mengangkat keningnya sebelah.

Mereka berdua semakin hampir dengan kawasan sekolah. Dari jauh sudah melihat cikgu-cikgu dan beberapa orang pengawas sekolah berdiri di pintu pagar menunggu para pelajar masuk ke dalam sekolah.

Farhan terus memberhentikan motosikalnya di luar kawasan sekolah. Jika masuk ke dalam dia kena menuntun motosikalnya sampai ke kawasan meletak kenderaan bagi para pelajar. Dahlah jauh, kena tolak motosikal berat pula. Buang masa!

Dari jauh Farhan dan Rafiq melihat Hafizul, seorang pengawas berpakaian serba hijau berdiri di hadapan pintu pagar.

"Hai Hafizul." Tegur Rafiq dan Farhan.

"Hai... Cepatlah masuk. Nak dekat pukul 7.15 dah ni. Terus pergi ke dewan ada bacaan Yasin macam biasa." Bebelnya dengan tegas.

"Okey-okey. Nanti kami pergi." Balas Rafiq.

Mereka berdua terus masuk ke dalam kawasan sekolah. Mereka hanya tersenyum sambil memberi salam kepada cikgu-cikgu perempuan yang berada di situ. Sapaan mereka dibalas mesra.

Pagi ini rasa sejuknya lain macam. Seluruh tangan seperti beku.

Farhan meniup ke arah tapak tangannya sambil digosok-gosok.

"Sejuk sangatkan pagi ni?" Tanya Rafiq sambil memeluk tubuh.

"Haah, sejuk lain macam kot."

"Hai Rafiq!!!"

Langkah Farhan dan Rafiq terus terhenti. Ahh! Sudah!!! Farhan amat kenal dengan suara itu. Siapa lagi kalau bukan Dania. Budak bajet lawa. Kalau Dania ni cakap, mahu tak sampai ke dewan mereka berdua ni. Merapu banyak!

"Err... Hai." Rafiq membalas dengan senyuman comelnya itu. Kalau dia senyum sahaja mak aihh... Tercabut jantung dibuatnya.

Mereka terus berjalan sama-sama sambil diikuti Dania tanpa dipelawa.

"Semalam kenapa tak tunggu saya. Balik sama-sama?" Dania sengaja merapatkan badannya dengan Rafiq membuatkan Rafiq rasa tidak selesa. Jamila hanya diam berada di belakang sambil memegang fail. Kasihan Farhan melihat Jamila menjadi kuli kepada Dania.

"Semalam kena balik cepat sikitlah. Ada hal." Tipu Rafiq. Bukannya dia benci kepada Dania cuma dia tidak selesa.

Tubuh Dania semakin rapat dengan Rafiq sambil tersenyum-senyum gatal.

"Weh, Dania. Tolong jauh sikit boleh tak? Ni kawasan sekolah kot? Nampak kat cikgu tak pasal kena!" Tegur Farhan dengan tegas.

"Aish!" Dania mendecit sambil memandang ke arah Farhan dengan pandangan yang tajam.

"Syuh! Syuh! Jauh sikit." Farhan menggoyangkan tangannya ke muka Dania sebagai tanda supaya dijauhi.

Mahu tidak mahu, Dania terpaksa jauhi sedikit.
Tubuh Rafiq mula selesa selepas Dania jauhi sedikit jarak di antara mereka berdua.

"Hah... Dania nak join tak kami..." Tanya Rafiq.
Mata Farhan terbeliak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Rafiq dengan segera dia menutup mulut Rafiq. Sudahlah Rafiq tinggi sakit kakinya melompat.

"Hmp! Hmp!" Rafiq terkejut mulutnya ditutup oleh Farhan. Bulat matanya memandang Farhan. Farhan menggelengkan kepala sebagai tanda 'jangan'.

"Hah? Join mana?" Dania mengerutkan keningnya sambil memandang Rafiq yang ditutup mulut oleh Farhan.

"Eh, mana ada... Err... Rafiq dia nak ajak join baca Yasin kat dewan... Hahaha..." Balas Farhan dengan ketawa yang dibuat-buat.

"Alah, itu aje ke? Kan semua orang kena pergi sana."

Kini, Farhan barulah melepaskan tanganny dari mulut Rafiq. Biji mata Farhan dijegilkan ke arah Rafiq. Rafiq menggeleng-gelengkan kepala ke arah Farhan.

"Kami pergi dululah Dania. Lambat nih. Kelas kami dahla jauh. Bye." Kata Farhan lantas, tangan Rafiq ditarik kuat olehnya. Rafiq menggikut sahaja rentak Farhan.

"Ehh... Tu... Tunggulah." Kata Dania. Dia semakin ditinggalkan di belakang.

"Ish! Kau ni kenapa Farhan!" Langkah mereka diteruskan. Nada Rafiq sedikit berubah kasar. Rafiq mengerutkan dahinya. Tanggannya direntap kuat. Serta merta tangan Farhan terlepas dari pergelangan lenggan Rafiq.

"Kau lah! Dah gila ke hah? Gila? Nak ajak minah bajet tu join sekali? Kau pun tak selesakan dengan dia? Dahtu, gatal nak ajak lagi."

"Yalah, memanglah aku tak selesa dengan dia duk tergesel-gesel sana sini tapi tu ilmu kan? Kenalah kongsi. Nak berjaya sama-sama." Kata Rafiq dengan nada yang tinggi.

Jarang dia lihat Rafiq marah seperti itu. Lagi-lagi dengannya.

"Yalah, tapi, bukan dengan dia. Aku aish... entahlah. Dari dulu tak suka dia."

"Itu kau punya pasallah. Aku tengok aje perangai kau ni sombong semacam aje. Panas baran tak tentu pasal!" Mood Rafiq benar-benar berubah.
Farhan terdiam.

"Sudahlah. Aku pun malas dah nak study group. Biarlah. Aku dah tak kisah. Lagi-lagi dengan orang panas baran macam kau ni." Marah Rafiq.
Farhan terdiam lagi. Tidak terkata dibuatnya. Kali pertama dia dimarahi oleh Rafiq.

Pantas langkah Rafiq meninggal Farhan seorang diri di belakang tanpa berkata apa-apa.

Serba-sedikit membuat Farhan berasa serba salah. Bukan niatnya ingin jadi seperti ini. Tengok sekarang, Rafiq sudah benci dengannya.

Farhan menggigit bibirnya sambil jalan perlahan di belakang Rafiq yang semakin hilang dari pandangannya.

"Haih..." Farhan menghela nafas panjang. Wajahnya terus bertukar suram.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang