36

381 23 0
                                    

Seperti biasa..

Setiap kali sahaja waktu rehat pada bulan puasa, Farhan akan mengabiskan masa lapangnya di pusat sumber sekolah.

Tapi kali ini dia hanya duduk saja di atas sofa empuk sambil santai-santai membaca buku. Kerja-kerja yang harus dilakukan olehnya sekarang ini telah diambil alih oleh orang lain.

Entah kenapa selepas dia kemalangan di sekolah semua orang baik kepadanya. Baru ada rasa nak menghargainya kot? Cikgu-cikgu juga mula baik kepadanya dan langsung tidak mengarahnya seperti selalu.

Selalu kerja-kerja berat yang akan diberikan kepadanya sampai dia tak ada masa untuk pergi berehat di kantin sekolah.

Farhan hanya duduk terbaring di atas sofa guru sambil mengoyang-goyangkan kakinya. Amboi, sila panggung nampak?

Dia buat macam tengah duduk dekat rumah pula sekarang ini. Semua mata hanya lihat ke arahanya tanpa berkata apa-apa termasuklah cikgu-cikgu yang berada di situ.

Ini kalau bukan bulan puasa, mesti lagi best kalau dapat duduk bawah pendingin hawa sambil menyedut air teh ais dalam ni.

Pergh! Rare!

Tiba-tiba Farhan rasa seperti ada seseorang mencuit telinganya. Segera dia menutup buku yang tengah dibaca itu seraya matanya laju memandang ke arah siapa yang mencuit telinganya itu.

Rasa nak marah kerana masa santainya diganggu oleh seseorang. Sepantas kilat Farhan merenung wajah seseorang yang tengah berdiri di sebelahnya itu.

"Sufi?"

Sufi tersenyum ke arah Farhan seraya mencangkung di sebelah Farhan. Farhan yang tersentak seraya mula duduk di atas sofa setelah tiba-tiba sahaja Sufiy berada di hadapanya.

"Sufi.. Err, duduklah dekat atas ni." Pelawa Farhan supaya Sufi duduk disebelahnya.

"Tak apa, kau baring jelah. Aku duduk bersila dekat lantai ni pun tak apa." Kata Sufi seraya mula duduk di atas karpet merah di bawahnya.

Farhan jadi agak kekok. Mana tidaknya, dia bukan rapat sangat dengan Sufi ni.

Farhan merenung sahaja wajah budak berkulit cerah, bermata bulat dan berkening tebal itu sedalam-dalamnya tanpa sebarang kata.

Dalam sekolah, Sufi berada dalam ranking Top 10 pelajar terkacak sekolah. Tiba-tiba fikiran Farhan teringat akan carta itu. Entah sekarang dia duduk di ranking yang keberapa. Selalunya ranking 2 hingga 3. Rafiq seperti biasa, tetap beradi di ranking pertama berturut-turut.

Apa budak bola ni nak daripada Farhan?

"Kau macam mana dah okay ke?" Tanya Sufi sambil matanya tak henti melihat ke arah dahi Farhan yang berbalut dengan kapas berbentuk petak itu dengan lama.

"Hah? Apa tadi?" Farhan tersentak dari lamunan. Kata-kata yang keluar dari mulut Sufi tadi langsung dia tidak dapat tangkap.

Sufi mengeluh sebentar seraya memusingkan bebola matanya..

•••
P/S: Sorry gucci geng. Bab ni pendek je sebab busy sikit.

Btw, nak cakap pasal carta pelajar kacak tu, dekat part sebelum ni pun saya dah ada cakap pasal carta tu.

I don't know lah kalau korang still ingat ke tidak.

Haha.

SAMPAI SYURGA (COMPLETED)Where stories live. Discover now