Mereka berdua duduk di taman reaksi berdekatan dengan expo sekadar melepaskan penat dan membasahkan tekak.
Farhan menyedut air milo ais yang berada di dalam bekas cawan plastik itu dengan deras sekali. Dahaga sangat dia malam ini. Baju sejuknya di buka lalu diikat pada pinggang.
Sambil Farhan menyedut air, sambil itu juga Farhan menjeling ke sebelah melihat Sufi yang kelihatan gembira tak terhingga itu.
Farhan pun sekali terikut terjebak membeli sesuatu di situ. Dia membeli sebuah gelang untuk di pakai esok sekadar pelengkap eksoseri.
“Sukanya orang tu dapat baju raya baru.” Kata Farhan yang berada di sebelah Sufi.
Sufi terhenti daripada membelek baju melayu cekak musang lantas, dia memandang ke arah Farhan yang duduk disebelahnya itu.
“Siapa je yang tak suka oii baju baru. Pakai duit sendiri pulak tu.”
“Haha, yalah.. Aku faham je. Saja nak usik.” Balas Farhan lalu dia membuang bekas minumannya yang sudah kosong itu ke dalam tong sampah.
Sufi kembali tersenyum manakala Farhan kembali duduk di sebelah Sufi.
“Esok kau plan nak ke mana?” Tanya Sufi perlahan seraya meletakkan plastik berisi baju melayu dan sampin itu disisinya.
“Ha? Siapa? Aku?” Farhan tersentak.
“Yalah.. Siapa lagi.”
“Entahlah. Tak sure lagi. Err.. ingat esok lepas pergi kubur ayah aku terus balik rumah tengok TV rasanya. Kenapa?” Tanya Farhan kembali.
Sufi diam sejenak.
“Bosan gila hari raya kau.” Balas Sufi dengan nada selamba.
“Ughh.. dah tu kenapa?” Tanya Farhan kembali dengan dahi berkerut tepat memandang muka Sufi.
“Esok ikut aku beraya jom! Aku bawa kau.” Pelawa Sufi.
Farhan mengeluh sejenak.
“Urm, tengoklah.” Itu sahaja yang mampu di balas oleh Farhan. Mood dia untuk esok pun entah melayang ke mana.
“Okaylah. Tak nak paksa tapi kalau kau bosan kau call je aku. Nanti aku pergi ambil kau.” Balas Sufi sambil duduk bersila di situ.
Farhan terdiam sejenak seraya merenung tajam ke arah Sufi. Dia dapat rasakan seperti ada sesuatu yang disembunyikan antara Sufi dan Rafiq.
“Sebenarnya Rafiq kan suruh kau berkawan dengan aku?” Tanya Farhan secara tiba-tiba.
Tak semena-mena Sufi terkedu sesaat.
“Eh, takdelah. Mana ada. Aku memang nak berkawan dengan kaulah. Takda kena mengena dengan dia. Haha, tak sangka pulak kawan dengan kau ni best gila. Tengok macam krik-krik je dekat sekolah. Bila dah kenal ramah gila kau ni sampai tak terlayan aku.” Ucap Sufi panjang berjela.
“Hmm, kalau orang yang tak kenal aku memang akan cakap macam tu. Bila dah kenal hmm ambik kau. Berbuih mulut nak melayan. Hahaha.” Balas Farhan sambil bersandar pada sebatang pokok di belakangnya. Yang peliknya nyamuk langsung tak ada pada malam ni. Balik kampung beraya juga ke nyamuk ni?
“Itulah kan? Tak sangka aku pun.”
Mereka berdua senyap seketika sambil memerhatikan orang busking dari jauh.
“Esok kau pergilah rumah Rafiq, berbaik balik dengan dia tu.” Ucap Sufi perlahan sambil termenung jauh.
Farhan tersentak sebaik sahaja nama itu disebut oleh Sufi.
“Masalahnya, bukan aku yang punca kau tahu tak? Dia yang dah buang aku. Kau tak faham lagi ke?” Sikap panas baran lama Farhan muncul kembali. Dah lama dia tak marah orang ni. Panas pula bila Sufi bangkitkan isu ini.
Sufi tersenyum seketika sebelum memulakan bicara.
“Dia cakap dekat mulut je tu. Hati dia tak. Kita pun kenal kan dia macam mana? Baik, tak pernah carut cakap lucah. Senyum je 24 jam. Tapi entahlah, tiba-tiba dia berubah baru-baru ni. Kau kawan baik dia, mesti dia akan lembut hati juga nanti.” Pujuk Sufi sambil mengusap bahu Farhan.
Farhan hanya mampu mengembuskan nafasnya keluar dari perut lantas dia mendecitkan bibirnya.
“Entahlah, aku pun harap macam tu jugak. Kita pun lagi berapa bulan je nak habis sekolah. Lepas ni semua bawa haluan masing-masing. Aku kalau boleh tak nak gaduh lama-lama tapi dah dia yang kata tak nak tengok muka aku lagi. Nak buat macam mana? Biar jelah.” Farhan sudah mati akal.
Kini, Sufi pula yang terdiam. Tak mahu dia tengok Rafiq dan Farhan bermasam muka terlalu lama.
“Wey, tak nak payung satu lagu ke dekat orang tengah busking tu? Mana tahu kau viral. Boleh jadi Aiman Tino.” Usik Sufi.
“Haha, taknak lah aku. Suara sedap takpe jugak. Ni macam katak panggil hujan.”
“Eh, suara kau boleh tahanlah.” Puji Sufi.
“Kau tahu mana ni?” Tanya Farhan kembali mula kehairanan.
“Alah, dulu kau buat persembahan hari guru. Lupa ke? Masa tahun lepas, tahun 2014?" Usik Sufi sambil menjeling-jeling manja ke arah Farhan.
"Ouh, shit.. Kau jangan nak ungkit balik! Sumpah aku malu bila fikir balik." Habis merah padam muka Farhan ketika ini. Kedua-dua belah tapak tangan cuba untuk menutup wajahnya yang tengah menahan rasa malu tak terhingga ketika ini.
Habis memori bersejarah dalam hidupnya terimbas kembali ke dalam minda. Sufi yang berada di sebelah sudah ketawa berdekah-dekah.
"Arghh.. Diam ahh!" Farhan marah-marah manja kepada Sufi yang berada di sebelahnya itu tapi Farhan turut ketawa sedikit memang dia tak tahan apabila memori itu terimbas kembali. Memang malu tapi pada masa yang sama memori itu kelakar.
Masa dia tengah buat persembahan hari guru boleh pula dia tersepak wayar mikrofon dan dengan tidak sengajanya dia terjatuh dari pentas. Nasib pentas tu rendah, kalau tidak boleh cedera parah dia masa itu.
Cikgu-cikgu yang berada di atas pentas habis semua terjerit apabila melihat Farhan jatuh tergolek macam nangka busuk.
Kawan-kawan Farhan apa lagi? Semuanya ketawa berdekah-dekah. Nasib Farhanlah tak ada orang yang merakamkan kejadian itu kalau tidak viral dia masuk Youtube, Twitter, Facebook, Instagram dan media sosial yang lain.
"Tulah, lain kali nak nyanyi tu buka mata luas-luas ni tak. Kan dah tersepak wayar. Hahaha!" Sufi masih lagi tidak boleh berhenti dari ketawa kuat macam kena rasuk setan.
"Haha, berguling aku masa tu jatuh pentas, yang bestnya aku macam blur kejap lepastu boleh sambung nyanyi lagu tu balik. Hahaha." Kini Farhan turut ketawa membahan dirinya bersama Sufi.
"Itu okay lagi yang bestnya, boleh pulak mikrofon tak terlepas dari tangan. Haha. Apo lah kau ni Farhan." Kata Sufi dengan sisa ketawa yang masih tersisa.
"Ahh, dah jangan gelak dekat aku sangat. Jomlah balik dah takde apa-apa kot?" Ucap Farhan seraya sudah bangun dari situ.
"Loh, nak balik dah ke?" Wajah Sufi bertukar monyok.
"Kau nak duduk dekat sini lagi ke?" Soal Farhan sambil menyarung kembali baju sejuknya pada tubuh.
"Okay last! Satu round lagi dekat expo, lepas tu kita balik. Boleh?" Pujuk Sufi.
"Hmm, okaylah. Setahun sekali je kan. Dah, jomlah." Farhan setuju sahaja.
"Okay dah. Jom." Balas Sufi seraya bangkit dari situ lalu mereka berdua meninggalkan tempat itu dan menuju kembali ke tempat expo buat kali terakhir sebelum mereka beredar dari situ.
YOU ARE READING
SAMPAI SYURGA (COMPLETED)
Non-Fiction(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memi...