022

694 97 0
                                    

"OMG, comelnya Haruto dalam pakaian formal!" Ujar Jihae apabila terjumpa Haruto di pintu masuk tempat kerja dia sebaik Renjun hantar dia. 

Haruto menoleh kepalanya ke arah suara itu dan terkejut untuk menjumpa Jihae di pagi itu. Haruto menjadi malu dan bermerah muka apabila Jihae memuji akan pakaiannya. Bukan selalu dia memakai pakaian formal itu. 

Jihae membawa Haruto ke tempat kerja mereka setelah Jihae mengimbas kad pekerjaan untuk kehadiran kerja. Haruto kelihatan gementar untuk masuk kerja di tempat baharu itu. Dia takut untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekerja baharu dia itu. 

Jihae nampak betapa risaunya Haruto itu lalu berkata...

"Jangan risau, Haruto. Noona akan bantu Haruto jika ada apa-apa masalah nanti. Jangan takut untuk bertanya." Jihae berkata untuk memberi semangat kepada Haruto agar Haruto tidak takut untuk bekerja di tempat baharu itu. 

Mereka berdua sampai ke tingkat tempat mereka bekerja dan beberapa pandangan diberi pada Haruto ketika mereka berdua berjalan ke pejabat Jaemin. Haruto menjadi gelisah dengan pandangan-pandangan yang diberi itu. 

Apabila sampai di depan pejabat Jaemin, Jeno sedar akan kehadiran Jihae dengan pekerja baharu itu. 

"Ah, sampai dah. So, ni yang pekerja baharu yang Jaemin cakapkan?" Soal Jeno dan Jihae angguk bagi pihak Haruto yang masih gementar itu.

"Baiklah. Awak tak perlu risau dan takut sebab kita semua boleh tolong awak jika perlukan pertolongan okay? So, ambil borang ni dan isi. Lepas tu, masuk ke pejabat bos sebab dia nak jumpa awak." Jeno ujar sambil menyerahkan borang kemasukan pekerja baharu itu kepada Haruto. 

"Awak dah boleh sambung kerja awak, Jihae. Biar saya uruskan dia." Ujar Jeno sambil memberi senyuman kepada Jihae. Jihae pun beredar ke tempat kerjanya dan tidak melupakan untuk mengucapkan selamat berjaya pada Haruto. 

"Siapa tu, Jihae? Intern baru ka?" Soal Hyejin yang curiga itu. Jihae angguk kepalanya dan menceritakan bagaimana Haruto dapat pekerjaan ini. Hyejin terpegun akan Jaemin yang menerima seorang budak mentah untuk bekerja dengan mereka. 

"Baik pula bos kita nak ambil pekerja baru." Kata Hyejin yang tidak percaya Jaemin yang tegas dalam pekerjaannya itu dapat bertoleransi untuk menerima pekerja baharu. Jihae turut juga sedar akan perubahan Jaemin dan kagum dengan Jaemin. 

Sedang Jihae ingin menyambung kerjanya itu, datang Sungho dengan fail-fail yang bertimbun diletak atas meja Jihae dengan tiba-tiba. 

"Jihae, tolong siapkan kerja ni sebelum balik please? Terima kasih." Ujar Sungho yang dengan nada suara yang menjengkelkan. Ini pertama kali Jihae mendengar Sungho berkata 'tolong', 'please' dan 'terima kasih' dalam satu ayat kepadanya. 

"Encik Kang menambah perkataan baru pada Jihae kali ni. Ada apa-apa yang berlaku kat Encik Kang ka harini?" Soal Jihae yang keliru dengan Encik Kang. 

"Oh, tadi dia kena panggil ke pejabat bos dan nampaknya dia kena ceramah pasal cara dia layan kau tapi dia masih lagi yang sama, tiada perubahan." Jawab Hyejin yang telah hadir kerja lebih awal dan ternampak Sungho keluar pejabat Jaemin pada awal pagi itu.

Jihae pun mampu bertabah sahaja dengan kerja-kerja baharu yang dia terima itu. Jeno yang ternampak situasi Sungho dan Jihae, mengharap Sungho akan berubah setelah Jaemin bebel tentang cara dia layan Jihae tetapi masih tiada perubahan. Jeno hanya boleh melihat dari jauh sahaja. 

"Urm..boleh saya panggil awak 'hyung' tak?" Soal Haruto yang menunggu masa untuk berjumpa dengan bos dia dan kelihatan gelisah pada waktu yang sama.

"Ah, boleh boleh. Haruto kan nama? Haruto tak perlu takut yea, bos kita tak garang pun, Haruto perlu berbuat baik dengan dia kalau tak nak dia marah Haruto." Jeno jawab yang berdasarkan pengalaman kerana pernah membuat Jaemin marah akibat tidak berbaik dengan dia. 

Itu bukan membuat Haruto hilang resah malah, membuat dia lagi gementar. Dia tidak biasa untuk membuat orang sekeliling dia selesa dengan kehadiran dia, entah bagaimana hendak dia selesaikan hal ini. 

"Ah, sorry sorry! Hyung bukan nak takutkan Haruto! Serius, bos kita tak garang, percaya lah." Jeno cuba untuk buat Haruto tidak gelisah tetapi kelihatan tidak berkesan. Mengharapkan yang terbaik kepada Haruto di tempat kerja baharunya itu.

.
.
.

t b c

ara's note

hi helo semua! chapter baru telahpun publish! maafkan saya jika ambil masa lama nk update, busy dgn dunia sendiri ^^'' anyways, aku nak ucapkan good luck untuk adik-adik form 5 promax yang akan ambil spm nanti! aku mengharapkan korang semua berjaya menjawab soalan <3


Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now