030

607 87 1
                                    

Di dalam kapal terbang, Jihae terduduk di tempat hujung bersama dengan Hyejin dengan suami dia. Boleh saja dia mahu duduk diantara mereka tetapi dia tak mahu ganggu mereka berdua lalu, dia memutuskan duduk di tempat hujung memandangkan dia suka sangat masuk tandas. 

"Jihae, awak okay?" Soal Jaemin yang duduk di tempat duduk yang sebelah dengan dia. Jaemin turut juga duduk di tempat hujung dengan Haechan di tengah dan Jeno sebelah tingkap. 

Jihae mengangguk kepalanya, membalas persoalan Jaemin. Jaemin memberikan senyuman kecil, lega bahawa Jihae okay pada ketika itu.  Seperti dia janji dengan Renjun, dia akan bantu Renjun dengan menjaga Jihae dan berada di sisi dia apabila diperlukan. 

Haechan dan Jeno yang sedang bertengkar apa yang harus mereka lakukan di Jeju nanti, tersedar akan Jaemin yang sedang tersengih seorang diri yang membuat Haechan soal dia.

"Encik CEO, awak tersengih apa tu?" Usik Haechan sambil tertawa apabila Jaemin terkantoi yang dia sedang tersenyum seorang diri. 

Haechan melihat siapa yang terduduk di sebelah Jaemin itu dan memahami apa yang sedang berlaku yang terbuat Jaemin berkelakuan sebegitu.

"Kau bila lagi nak lepaskan Jihae? Benda dah lama kot, Jihae dengan Renjun sekarang." Haechan berkata.

"Itulah yang aku cakapkan kat dia tapi tak nak dengar." Jeno pula menyelit masuk perbualan mereka sambil menghirup minuman dia. 

"Apa korang ni? Aku senyum seorang diri pun salah, asyik-asyik nak babitkan aku dengan Jihae. Haih, penat lah aku." Jaemin berkata dengan nada menjengkelkan dan terus masuk ke airplane mode dimana dia memakai telefon telinganya dan menutup matanya. 

"Aik, aku tegur sikit, dah merajuk. Tak manly lah, Jaemin." Kata Haechan lagi. Jeno yang tidak mahu mereka berdua bergaduh itu, menyuruh Haechan berhenti mengusik Jaemin. Tak pasal-pasal, Jaemin jadi mod marah dia. 

;;;

Setelah satu jam dan lima belas minit dalam kapal terbang, akhirnya mereka telah sampai. Walaupun ia merupakan masa yang panjang, terasa seperti 5 jam kepada mereka yang tidak pernah naik kapal terbang. 

Hyejin membantu Jihae ketika membawa barang itu walaupun Jihae menolak tawaran pertolongan Hyejin, Hyejin masih mahu membantu. Jihae pun biarkan sahaja Hyejin bantu.

"Tak pa, Hyejin. Biar saya bantu bawa barang Jihae. Awak bawa lah barang awak. Kesian suami awak bawa semua tu." Datang Jaemin yang ternampak Jihae dan Hyejin dan perasan bahawa Yunho membawa hampir semua bagasi Hyejin termasuk dengan dia punya juga.

Hyejin serta-merta memberi beg baju Jihae pada Jaemin kerana dia tidak mahu Yunho membawa tiga bagasi yang berat seorang diri. Kesian suami dia nanti. 

"Eh, susahkan tuan ja. Tak pa, biar saya bawa. Saya kuat lagi ni." Jihae yang ingin mengambil beg dia dari Jaemin itu, dielak oleh Jaemin sendiri.

"Firstly, panggil ja saya Jaemin, kita bukan di tempat kerja. Dan secondly, awak kan tengah mengandung, baik saya tolong daripada tengok awak merana bawa beg berat ni." Ujar Jaemin, melarang Jihae membawa beg berat itu dengan menggunakan alasan dia menagndung itu.

Bukan apa, Jihae tidak mahu susahkan sesiapa di sana tetapi Jaemin yang kenal dia sejak sekolah menengah dan tahu bagaimana perangai Jihae itu, tidak mahu membantah lebih. Dia tahu dia akan kalah dengan Jaemin. 

Setelah semua orang sudah sampai, mereka menaiki bas yang telah Jaemin sewa untuk percutian ini dan Jihae terduduk di sebelah Haechan memandang Jeno duduk sebelah Jaemin dan Hyejin duduk sebelah Yunho. 

"Wah, terasa macam kita trip sekolah pula." Ujar keterujaan Haechan itu, membuat Jihae terawa melihat Haechan yang masih hidup dalam zaman persekolah dia. 

"Tapi yang membezakan ialah kita boleh bawa phone dan juga ada duit sendiri nak beli apa yang kita nak." Jihae berkata, berkongsi sekali keterujaan dia dengan Haechan. 

Haechan menjangkakan Jihae akan balas dengan jawapan yang bosan tetapi dia kembali dengan balasan yang bagus hingga dia terbuat Haechan terangsang akan percutian mereka ini.

Jaemin yang duduk berjauhan dari tempat Jihae dan Haechan itu, melihat sahaja mereka dari tempat duduk depan. Jeno sedar akan Jaemin lalu berkata...

"Sudah-sudahlah risaukan Jihae. Dia dah besar, dah jadi wanita dan juga isteri orang. Pepandailah dia jaga diri dia." Jeno kata sambil mengusap perlahan bahu Jaemin agar dia bertenang untuk sementara. 

.
.
.

t b c

ara's notes

hi helo semua! sorry sebab tak dapat nak update sejak dua menjak, salahkan assignment aku yang berlambak tu. anyways, harap korang enjoy baca chap bosan ni, aku sendiri taktau apa aku taip but yeah. stay safe everyone <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now