040

436 85 1
                                    

Percutian ke Jeju mereka telah sampai ke pengakhirannya. Semua orang sedih yang percutian mereka telah habis tapi semestinya ini merupakan percutian yang mereka nikmati sangat.

Jihae tidak sabar untuk balik dan berikan segala cenderahati pada Renjun dan ceritakan apa yang berlaku di Jeju walaupun sudah diberitahu melalui mesej mereka. 

Jaemin gembira yang dia sudah ada hubungan yang baik dan Jihae dan mengharapkan yang terbaik untuk mereka berdua pada masa hadapan. 

Selepas perterbangan mereka sampai ke Seoul, semua orang berpisah arah, berpulang ke rumah masing-masing. Haechan sempat ucapkan terima kasih pada Jaemin dan Jeno sebab jemput dia datang ke percutian ini. 

"Bye korang! Harap kita jumpa lagi next time!" Ujar Haechan sebelum dia masuk ke dalam teksi dia dan beredar dari sana. 

Jaemin dan Jeno sukarela untuk tunggu hingga semua orang berpulang dengan selamat dan sedar akan Jihae sahaja yang tinggal, masih lagi tidak pulang.

Jihae sudah menelefon Renjun sebanyak 10 kali tapi tiada satu pun dijawab. Mana pula Renjun ni sampai tak angkat telefon?

"Jihae tak balik lagi?" Soal Jeno yang melihat Jihae dalam kesusahan untuk cuba memanggil Renjun. Jihae angguk kepalanya dengan mengatakan ya. 

"Apa kata kami hantar Jihae balik? Mungkin Renjun tengah sibuk sekarang..?" Jaemin cadangkan dan memberi tawaran untuk bawa Jihae pulang jikalau Renjun tidak sampai. 

"Tak apa ka? Susahkan korang ja..." Jihae was-was untuk terima tawaran mereka. 

"Tak apa. Jom, nanti lewat pula sampai rumah." Jeno kata. Dengan itu, mereka bertiga berjalan pergi ke kereta mereka, kereta Jaemin. 

Jihae pernah menaiki kereta Jaemin maka, ini bukan pertama kali dia jadi dia tidak berasa janggal. Setelah meletak beg dan barang Jihae di bonet dengan pertolongan Jaemin dan Jeno, mereka memandu pergi hantar Jihae ke rumahnya. 

Sepanjang dalam perjalanan itu, lagu dari radio memekak telinga mereka dan Jaemin dan Jeno berborak bersama manakala Jihae masih tidak lekang dari telefonnya, risau akan keadaan Renjun.

Jaemin yang nampak Jihae dalam kerisauan melalui cermin itu yang menjadi risau kerana Renjun tidak memberi apa-apa balasan pada Jihae. 

Setelah 30 minit dalam kereta, akhirnya mereka sampai ke rumah Jihae. Jihae tidak mahu susahkan mereka dengan mengangkat barang Jihae tetapi degil hendak bantu juga. ihae tak boleh tolak pertolongan mereka. 

Apabila mereka masuk ke dalam rumah Jihae, mereka mendapat tahu apa yang berlaku pada Renjun hingga tidak angkat panggilan Jihae. Ternyata, dia tertidur hingga tidak sedar akan telefonnya berdering. 

Jihae berasa lega yang tiada apa-apa yang bahaya berlaku pada Renjun dan benarkan mereka untuk masuk ke dalam seketika. 

Ruang rumah Jihae dan Renjun itu dilihat oleh dua jejaka itu. Gambar perkahwinan mereka tergantung pada dinding dan beberapa dekorasi mencantikkan lagi rumah mereka. 

Ini pertama kali Jaemin datang ke rumah Jihae dan Renjun. Jaemin melihat gambar perkahwinan pasangan itu yang bergambar dengan mereka berenam bersama. Muka gembira Jihae ketika itu sangat cantik dan menawan terbuat Jaemin tersenyum. 

"Injoon, Injoon. Hae dah balik ini." Jihae perlahan-lahan kejutkan Renjun agar tidak terkejutkan dia dan Renjun membuka matanya perlahan untuk lihat siapakah itu. 

Renjun tersenyum apabila melihat isterinya sudahpun pulang dari Jeju. Jihae berikan kucupan pertama dia di pipi Renjun setelah tiga hari di Jeju. 

"Oh, tak tahu pula Jeno dan Jaemin akan datang." Kata Renjun setelah menyedari kewujudan dua jejaka itu di dalam rumahnya. 

"Sorry ganggu kau time ni, Renjun. Kitorang cuma bantu Jihae balik sebab kau tak angkat call kau." Kata Jeno dan Renjun meminta maaf pada mereka kerana telah susahkan mereka tetapi mereka maafkan sahaja Renjun. 

"Kitorang taknak duduk lama-lama, ganggu korang lak so, kitorang balik dulu ah." Jaemin berkata walaupun Jeno masih mahu duduk di sana lebih lama tapi jika dia cuba membantah, tak pasal-pasal Jeno kena tinggal pula.

"Oh okaylah, thanks tau sebab tolong Jihae." Ujar Jihae dan membawa mereka ke depan pintu. 

Mereka berdua memandu pergi setelah diucap selamat tinggal oleh Jihae. 

Mereka berdua lega yang dapat bawa Jihae pulang ke rumah dengan selamat dan ketahui Renjun tidak apa-apa. Mereka akan panik jika ada sesuatu yang buruk berlaku pada Renjun. 

Sepanjang mereka pulang balik, Jeno kelihatan senyap memandangkan dia yang selalu memulakan perbualan. Ada sesuatu di minda Jeno ketika itu tetapi tidak tahu ingin memulakan perbualan itu. 

"Kau kenapa senyap? Penat dah ka?" Jaemin mengambil insitiatif untuk soal Jeno dan Jeno mengambil peluang itu untuk soal.

"Aku asyik dengar dari Jihae yang Renjun sakit dan bagai. Kau sebagai kawan baik Renjun, kau mesti tahu kan sesuatu yang aku atau Jihae tak tahu. Renjun ada kata apa-apa tak kat kau?" Jeno akhirnya tanya apa yang tengah berlarian dalam kepala dia: kesihatan Renjun. 

"Nanti kita sampai rumah, aku bagitau." Jawab Jaemin dengan nada suara serius. 

Jeno mula menjadi gementar untuk ketahui apa yang berlaku pada Renjun. 

.
.
.

t b c

ara's note

hi semua! sorry if chapter ni agak rush and messy sikit, aku nak percepatkan lagi cerita ni sebab taknak slow kan dah so lepas ni, mungkin ada banyak fast forward so hope semua get ready lah ^^

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now