024

661 99 29
                                    

Jihae akhirnya terjaga setelah dibawa ke hospital oleh Jaemin, diikuti oleh Hyejin dan Haruto bersama kerana mereka risau akan Jihae. 

Hyejin orang pertama memeluk Jihae setelah dia bangun, Haruto dan Jaemin datang bersama dan lega bahawa Jihae telahpun bangun tanpa ada rasa apa-apa sakit. 

"Apa dah berlaku?" Soal Jihae yang masih dipeluk oleh Hyejin. 

"Noona terpengsan waktu kerja tadi, so Haruto, Hyejin noona dengan bos kita bawa noona ke hospital." Jawab Haruto ynag masih risau pada Jihae. 

Jihae terfikir akibat dia pengsan kerana Jihae terlalu berusaha dalam kerja dia sampai berehat pun tidak cukup. Bukan itu sahaja, kesakitan mula menakluki badan dia semenjak ini, walhal berlakunya perkara yang merisaukan kepada para pekerja dia. 

"Jihae maaf sangat-sangat sebab susahkan korang! Jihae ingatkan Jihae boleh uruskan sendiri tapi tidak rupanya." Kata Jihae, rasa bersalah dan meminta maaf pada mereka kerana telah menyusahkan mereka.

Jihae melihat riak wajah mereka menjadi lagi gembira walaupun Jihae telahpun meminta maaf pada mereka dan itu membuat Jihae keliru dan bertanya apa yang mereka gembirakan. 

"Jihae, kau dah mengandung dua minggu. Congrats!" Kata Hyejin dengan gembira dan memeluk Jihae lagi. Haruto juga tersenyum bahawa dia gembira akan berita mengembirakan itu. 

Jihae tidak sangka dia mengandung dan turut juga gembira yang dia akhirnya akan mempunyai anak dengan Renjun. Jikalau Renjun tahu ni, mesti dia juga gembira. 

Tiba-tiba, datang seseorang dengan segera ke bilik rawatan Jihae dan ternyata Jaemin telahpun menelefon Renjun akan keadaan Jihae dan serta-merta turun ke hospital untuk pastikan Jihae tidak apa-apa. 

Renjun yang tercunggap-cunggap selepas berlari itu melihat mereka yang tersenyum gembira itu, Renjun juga keliru apa yang sedang berlaku.

"Injoon, Hae mengandung. Injoon akan jadi appa." Kata Jihae yang sudah menitis airmata itu. 

Renjun terkejut untuk mendengar berita itu dan turut juga gembira bersama dengan mereka. Sambil itu, dia terus memeluk Jihae dengan erat dengan titisan airmata mula mengalir pada mukanya. 

Hyejin dan Haruto gembira untuk pasangan suami isteri itu kerana mereka akhirnya akan membina keluarga mereka sendiri. Jaemin turut juga berasa gembira untuk Jihae dan bercadang untuk ucapkan tahniah pada Jihae bersendirian. 

Perasaan Renjun bercampur-baur pada ketika itu. Bukan sahaja dia gembira yang Jihae mengandung malah, dia sedih bahawa dia tidak dapat nak besarkan anak dia dengan Jihae dengan kesihatan dia yang semakin teruk itu. 

;;;

Setelah kesemua itu berlaku, Jihae dapat pulang ke rumah awal kerana Jaemin melepaskan kerja dia pada waktu awal dan tidak mahu susahkan Jihae yang sedang mengandung itu. 

Apabila Renjun membawa Jihae pulang, Jihae tidak berhenti memberitahu bahawa dia gembira dan tidak sabar untuk besarkan anak mereka sama-sama setelah bertahun menunggu saat ini berlaku manakala Renjun dengar sahaja imaginasi Jihae itu. 

Renjun tidak mahu rosakkan saat ini bersama Jihae maka, dia akan berdiam sahaja. Dia tidak mahu Jihae menangis lagi disebabkan kehilangan orang yang dia sayang untuk kali kedua. 

Maka, Renjun bercadang untuk memberitahu orang yang paling terdekat dia tentang hal ini dan orang itu tak lain dan tak bukan, Jaemin. 

Mereka berdua berjumpa pada keesokan harinya atas permintaan Renjun. Renjun kata dia ingin memberitahu sesuatu yang penting pada Jaemin dan mengharapkan dia terbuka hati untuk terima kenyataan ini. 

"Bro, tahniah untuk kau dengan Jihae. Akhirnya korang dua akan ada anak dan aku tak lama lagi akan jadi pakcik." Kata Jaemin yang gembira itu tetapi riak wajah Renjun tidak menunjukkan sebarang keceriaan yang membuat Jaemin risau. 

"Jaemin, aku tak rasa aku boleh berada di sisi Jihae sepanjang masa." Renjun mulakan dengan nada suara yang lemah. 

"Apa maksud kau? Jangan kata kau akan tinggalkan Jihae. Renjun, kau janji dengan aku yang kau akan jaga Jihae tapi-" Tidak habis ayat Jaemin, Renjun telah potong dia. 

"Jaemin, aku ada kanser! Aku tak rasa aku boleh jaga Jihae dah." Kata Renjun, membuat Jaemin terkejut dan matanya menjadi besar akan apa yang dia katakan. 

.
.
.

t b c

ara's note 

hello hai semua! saya berada di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada pembaca sekalian kerana story ni dah mendapat sebanyak 16k reads! 🥳  thank you sbb membaca story ni dan sebagai hadiah, terimalah chapter terbaru ini <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now