037

460 85 0
                                    

Setelah mereka ke Gua Manjanggul, mereka ke tempat yang mereka tidak sabar untuk pergi iaitu Air Terjun Cheonjeyeon. Mereka semestinya siap membawa barang-barang yang diperlukan untuk ke sana. 

Disebabkan mereka di kawasan hutan, mereka harus hati-hati untuk tidak tercedera di sana, terutamanya untk Jihae. Hyejin sentiasa berada di tepi dia agar tiada apa-apa berlaku. 

"Guys, kami bawa makanan!" Ujar Haechan dengan teruja kepada mereka dan mereka sorak dengan gembira kerana mereka telah membeli makanan untuk dijamu di suasana alam semula jadi itu. 

Jihae terduduk di sebelah Hyejin di tikar yang telah Hyejin bawa. Dengan itu, Jihae menjamu makanan yang dikongsi oleh Jeno kepada mereka dan sama-sama mereka makan makanan tersebut. 

"Haih, Yunho. Macam budak-budak dah main dalam air tu. Kalau si anak datang sekali, mesti layan ja dia. Si isteri ni pula diabaikan." Ujar Hyejin, simpati jika perkara tersebut berlaku.

"Haha. tapi unnie pun akan layan juga kan anak unnie. Takkan nak abaikan.." Jihae balas sambil menghirup minuman dia. Hyejin cuma melepaskan keluhan sahaja.

"Si anak dalam perut kau tu, bila pula nak keluar?" Soal Hyejin pada Jihae. 

"Entahlah, unnie. Kalau dia nak keluar, keluar lah." Jihae jawab sambil mengusap perut perutnya.

"Nanti bila kau dah keluar, tahulah yang aku akan jadi makcik terbaik kau, si kecil." Hyejin berkata pada perut Jihae itu yang buat Jihae tertawa sahaja melihat aksi Hyejin. 

Jaemin yang terduduk dengan tiada baju dan cuma memakai seluar mandi itu, melihat kawasan sekeliling agar tiada apa-apa yang bahaya berlaku. Dan semestinya perhatian utamanya pada Jihae. 

"Nah, makan ni." Ujar Jeno sambil menghulurkan sandwic pada Jaemin dan Jaemin mengambil dan terus makan. 

"Best kan, dapat rehat dari kerja." Ujar Jeno untuk membuat perbualan dengan Jaemin. Jaemin cuma termenung jauh sambil makan sandwic dia. 

Jeno sedar yang Jaemin termenung itu dan tahu yang Jaemin sentiasa risaukan semua orang dalam kehidupan dia selalu lalu Jeno menepuk kuat belakang Jaemin hingga Jaemin tersedak makanan dia.

"Stop worrying, bro. Nikmatilah masa ni sebelum kita masuk kerja balik." Jeno memarahi Jaemin. 

"Okay okay! Tapi perlukah kau tepuk belakang aku?" Ujar Jaemin sambil menyerang Jeno balik yang terbuat mereka berdua tertawa. 

Kemudian, mereka kembali senyap balik dengan bunyi alam semula jadi menjadi pendengaran mereka. 

"Tak sangka Jihae dah mengandung kan..." Jeno berkata dan Jaemin mendengar sahaja.

"Aku pasti akan jadi pakcik yang paling best untuk anak dia." Kata Jeno dengan teruja. 

"Excuse me, akulah pakcik paling terbaik nanti. Aku akan manja dia sampai ke tua." Haechan yang tiba-tiba masuk dalam perbualan mereka, mengejutkan kedua-dua jejaka itu.

"Hello, aku lah. Aku akan bagi dia semua gula-gula dalam dunia." Jeno pula menyampuk dan mula dah Haechan dan Jeno bertengkar siapa akan jadi pakcik yang terbaik manakala Jaemin cuba untuk leraikan pertengkaran mereka. 

"Jaemin! Hyung..?" Suara Haruto telah memberhentikan pertengkaran mereka dan melihat Haruto yang kelihatan dalam masalah itu. 

"Haruto...nak cakap something dengan hyung.." Haruto berkata lagi dan Jaemin berdiri agar dia dengan Haruto boleh bercakap. 

;;;

Mereka berdua berjauhan dari kumpulan mereka tetapi masih di kawasan awam kerana tidak mahu masuk ke dalam hutan terlalu dalam. 

"Ha Haruto, nak cakap pasal kerja ka? Just nak bagitau yang Haruto buat kerja yang bagus dan tak perlu risau jika Haruto rasa Haruto tak cukup baik.." Sebelum Jaemin dapat teruskan, Haruto berhentikan dia.

"Ni pasal Renjun hyung. Haruto tak tahu pun pasal Renjun hyung sakit." Apabila dicakap tentang Renjun, riak wajah Jaemin berubah menjadi serius. 

"Hyung tahu tak pasal benda ni...atau tak...?" Haruto teragak-agak untuk soal kerana dia tahu tentang sejarah mereka berdua akibat Jihae beritahu dia dan tidak mahu buat dia marah kerana soalan tentang Renjun.

Jaemin mengeluh perlahan dan terduduk di salah satu batu yang dia boleh duduk di sana, Haruto juga terikut akan gerakan dia. 

"Tak tahulah Renjun bagi tak hyung bagitau orang lain tapi...hyung tak mahu bawa benda ni seorang ni so, hyung bagitau ja lah.." Jaemin berkata dan Haruto gementar untuk apa yang Jaemin akan kata.

"Sebenarnya, Renjun ada penyakit kanser paru-paru, lama lah juga tapi dia tak benarkan hyung untuk beritahu kat Jihae sebab...Haruto sendiri tahu kenapa.." Jaemin berkata dan Haruto terkejut untuk ketahui berita mengejutkan itu. 

"Renjun tak mahu Jihae risau pada dia sebab dia nak semua kegembiraan pada Jihae dan tak mahu pasal benda ni buat Jihae sedih..." Jaemin berkata lagi dan Haruto dengar sahaja. 

Selepas itu, Haruto tidak tahu bagaimana nak keluarkan kata-kata sebab pertama dia dengar perkara ini dan jarang dia lihat Renjun dalam masalah. 

"So, hyung nak Haruto simpan benda ni dari Jihae hingga sampai waktu yang sepatutnya." Jaemin tambah lagi dan Haruto mampu mengangguk lemah kepalanya. 

Kedua-dua itu tidak tahu apa harus mereka lakukan dan semestinya mereka akan siap sedia untuk berada di sisi Jihae jika dia perlukan. Dan berada di sisi dia apabila masa telah sampai.

.
.
.

t b c

ara's note 

hi hello semua! disbbkan aku ada sedikit idea untuk sambung lagi, aku taip lah! dan ada orang nak aku sambung agar dia tak lupa storyline dia XD anyways aku harap korang enjoy <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now