012

1.1K 143 48
                                    

Keesokan harinya tiba dan sebaik Jihae bangun pagi, dia serta-merta masuk ke tandas kerana dia telah muntah. Renjun yang terdengar Jihae yang dalam kesusahan itu, terus terjaga dari tidur dia dan bantu Jihae.

" Hae okay dah? " Soal Renjun setelah Jihae habis muntah sambil menepuk perlahan belakang Jihae. Jihae angguk kepalanya dan menyandar badannya pada Renjun.

" Hae okay ka tak? Kalau tak, rehat saja di rumah. Tak perlu pergi kerja. " Kata Renjun sambil belai perlahan rambut Jihae. Kelihatan Jihae nampak penat untuk buat kerja tetapi dia bantah.

" Tak pa, Hae okay. Jom, siap pergi kerja. " Kata Jihae, bangun dari lantai, tinggal Renjun di sana. Renjun cuma melepaskan keluhan berat, dia tahu isterinya tidak okay tapi masih lagi mahu bekerja.

Jihae datang ke kerja seperti biasa dia datang. Dia sedang selesaikan beberapa kerja kertas yang dia memerlukan kepastian CEO lalu Jihae pergi lawat Jaemin di pejabat dia.

Kelihatan Jaemin juga sibuk membuat kerja dia dengan Cik Choi memerhatikan dia dari jauh. Jihae abaikan Cik Choi dan terus ke meja Jaemin.

" Tuan, boleh tak tuan terangkan sedikit tentang kerja ini?. " Ujar Jihae sambil menyerahkan kertas yang dia pegang pada Jaemin. Jaemin mencapai kertas itu dan mula menerangkan pada Jihae.

Sepanjang Jaemin sedang menolong Jihae, dia boleh rasa Cik Choi sedang merenung mereka berdua. Bukan pandangan pemerhatian tetapi pandangan tidak puas hati. Sedang Jaemin terangkan pada Jihae, Cik Choi datang ke Jaemin dan meletak tangannya pada bahu Jaemin.

Jaemin pun pandang belakang untuk lihat apa yang Cik Choi mahukan darinya. Cik Choi memandang Jaemin dengan penuh provokatif.

" Jaemin, boleh saya cakap dengan awak sekejap? Bersendirian? " Kata Cik Choi, menekan perkataan bersendirian sambil memandang Jihae. Jihae pun beredar setelah Jaemin memberikan isyarat pada dia untuk keluar dari pejabat dia dan dia akan terangkan pada Jihae lagi tentang kerja itu.

Jihae keluar sambil menutup pintu pejabat Jaemin. Jihae keliru mengapa Cik Choi mahu bercakap dengan Jaemin bersendirian sangat hingga dia mahu Jihae keluar. Jihae pandang Jeno yang meja dia tidak jauh dari pejabat Jaemin.

Jeno mengangkat kening dia, menandakan dia bertanya apa berlaku dan Jihae balas dengan mengangkat bahu dia, menandakan dia pun tidak tahu. Dia merasa Cik Choi ada hasrat lain mengapa dia datang sini.

" Baiklah, Cik Choi. Apa yang cik hendak cakapkan hingga mahu ganggu saya bekerja? " Soal Jaemin pada Cik Choi yang berdiri depan Jaemin yang duduk atas kerusi dia.

Cik Choi datang dekat pada Jaemin, pusing kerusi Jaemin hingga kedua-dua tangan Cik Choi berada di atas kerusi Jaemin. Jaemin terkejut akan apa yang Cik Choi sedang lakukan. Jarak dia dengan Cik Choi sangat dekat.

" Apa hubungan awak dengan perempuan tadi? " Soal Cik Choi dengan perasaan cemburu menyerlah dalam nada suara dia.

" Dia cuma pekerja saya. Kami tiada apa-apa hubungan selain itu. " Balas Jaemin. Cik Choi angguk kepalanya perlahan dan turunkan tangan dia dari kerusi Jaemin.

" Baiklah. Tak salah kalau saya buat macam ni.. " Kata Cik Choi dan terus duduk atas paha Jaemin. Jaemin menjadi panik dan tolak Cik Choi, jauh dari dia.

" Apa awak cuba buat ni? " Soal Jaemin dengan tegas. Dia benar-benar tidak mahu apa-apa dari wanita ini.

" Saya nak pastikan awak tiada sesiapa dalam hati awak kerana saya mahukannya. " Balas Cik Choi. Jaemin menjadi makin keliru. Ini semua hal kerja, kenapa dia nak naikkan hal hati pula?

Cik Choi tertawa kemudian selepas dia melihat muka keliru Jaemin. Cik Choi mendekatkan dirinya pada Jaemin dan cubit pipi Jaemin.

" Comel lah awak, Jaemin. Nanti saya akan pastikan awak milik saya. " Kata Cik Choi, mengambil begnya yang berada di sofa dalam pejabat Jaemin dan beredar dari pejabat Jaemin. Jaemin terkaku di situ untuk proses apa yang telah berlaku tadi.

Cik Choi keluar dari pejabat Jaemin. Dari muka riang dia itu terus bertukar ke serius sebaik dia berada di luar pejabat Jaemin. Dia cukup benci lihat budak yang Jaemin tolong tadi. Dia benar-benar mahukan Jaemin untuk diri dia.

Jihae yang pandang pejabat Jaemin yang dimana Cik Choi berdiri di luar, terus pandang ke tempat lain sebaik Cik Choi pandang Jihae yang sedang pandang dia. Cik Choi tersenyum sinis kerana dia tahu budak mentah seperti Jihae takkan boleh dapat Jaemin. Dia akan pastikan Jaemin akan jatuh hati pada dia dan dia seorang sahaja.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now