045

417 80 0
                                    

Malam menjelang dan kedua-dua pasangan itu masih tidak pulang ke rumah malah, berada di restoran untuk makan malam disebabkan Renjun sudah penat untuk masak.

"Makan perlahan-lahan tau, fikir pasal anak kita sekali." 

"Okay, Injoon. Berapa kali nak pesan.." Renjun tertawa apabila dia memesan Jihae untuk jangan pulun semua makanan dia dalam satu masa, takut dia yang tercekik makan. 

Jihae makan daging yang telah Renjun bakarkan untuk mereka berdua dengan penuh kelazatan dan Renjun rasa hati dia sudah banyak kali cair tengok kecomelan Jihae untuk hari ini.

Hari ini terasa seperti hari yang seronok buat mereka berdua. Mereka berdua luangkan masa mereka bersama-sama dengan riang dan mereka tidak rasa menyesal bahawa mereka keluar bersama pada hari ini. 

"Appa harapkan anak appa dalam ni cepat keluar dan temankan eomma yea, bila appa pergi kerja.." Renjun mengusap perlahan perut Jihae yang ada baby bump itu. Jihae melihat sahaja aksi Renjun dengan penuh kasih sayang.

"Rasanya, anak kita laki atau perempuan?" Soal Jihae pada Renjun.

"Injoon nak anak laki so that dia boleh jaga Hae tapi anak perempuan pun boleh juga sebab comel dan dia boleh teman Hae." Jihae mampu tertawa dengan jawapan Renjun. Tak habis-habis dengan jaga Jihae....

"Apa-apa jantina anak kita, Hae tetap akan sayang juga. Sayang Injoon dan juga anak kita." Jihae berkata, menyandar kepalanya pada bahu Renjun. 

"Harapkan semua berjalan untuk kita berdua. Dah lah lama kita kahwin dan akhirnya syukur dapat juga cahaya mata." Jihae tambah lagi dan Renjun juga berperasaan sama: lega dan syukur pada Tuhan. Lepas ni boleh lah dia berlagak pada rakan sekerja dia yang dia sudahpun ada anak sendiri. 

"Lepas ni, Hae akan jaga kita semua: jaga anak kita dan juga Injoon sampai Injoon sihat, okay? Tak kisahlah apa jenis penyakit Injoon hadapi, Hae akan jaga juga Injoon." Jihae berkata dengan suara sayu sambil menggenggam tangan Renjun dengan tangannya. 

Apabila Jihae berkata begitu, Renjun pun tidak pasti jika dia boleh bertahan lama. Terfikir akan perkara ini sudah buat dia ingin menangis kerana dia tahu masa depan dia bersama dengan Jihae dan anaknya tidak akan kekal lama. 

Kemudian, Renjun mengelap airmata dia yang sudah mengalir pada pipinya yang terbuat Jihae terkejut bahawa Renjun telah menangis. 

"Injoon...Jangan nangis.." Jihae memujuk Renjun sambil mengelap airmata dia dengan ibu jarinya. Tetapi itu cuma buat Renjun menangis lebih lagi. 

Renjun tak boleh terima kenyataan yang dia tak boleh jaga Jihae sampai akhir. 

;;;

Hari Ahad menjelang dan mereka berdua singgah ke rumah mak Jihae. Sebab? Tiada sebab, Jihae cuma rindu pada ibunya. 

"Eomma!" Jerit Jihae sebaik kereta mereka parkir di depan rumah ibunya dan terus memeluk ibunya yang sedang menunggu ketibaan mereka.

"Aigoo, Jihae~ Dah besar macam ni pun masih nak kena manja juga ke?" Ujar ibunya sambil mengusap perlahan kepala Jihae. 

"Walaupun Jihae dah kahwin sekalipun, Jihae tetap anak eomma kan.." Jihae bantah balik, membuat kedua-dua ibunya dan Renjun tertawa dengan aksi Jihae. 

Mereka berdua masuk ke dalam premis rumah ibu Jihae seperti mereka selalu datang. 

"Jihoon mana, eomma?" Jihae soal akan keberadaan satu-satunya adik lelakinya. 

"Dalam bilik dia lah, mana lagi...Sejak Renjun buat deal dengan dia, dia asyik belajar ja. Dah tak keluar rumah pun." Ibunya menjawab dan Jihae kagum akan perubahan Jihoon. Apa-apa untuk komputer baharu. 

Jihae bercadang untuk buat kejutan padanya dengan mengejutkan dia apabila dia sedang belajar dan ibunya dan Renjun membiarkan berbuat demikian. 

Sedang Jihae membuat misinya, Renjun dan ibu Jihae berborak untuk sementara.

"Macam mana Jihae sejak ni? Tiada apa-apa yang buruk berlaku kan?" Soal ibu Jihae akan keadaan Jihae yang sedang mengandung itu.

"Tak, dia okay saja. Tapi makin manja pula sejak ni." Renjun menjawab sambil tertawa kecil akan isterinya semakin manja hari demi hari. 

"Baguslah, asalkan mental dan emosi dia okay. Kalau ada apa-apa berlaku, kamu call eomma yea?" Ibu Jihae berpesan dan Renjun angguk kepalanya. Semestinya dia akan telefon orang paling tersayang Jihae dahulu, selain daripada dirinya. 

"Mungkin awal lagi untuk eomma cakap ni tapi terima kasih sebab jagakan Jihae untuk eomma. Eomma tak tahu lah macam mana Jihae kalau dia tak jumpa kamu dulu." Ibu Jihae berkata. Renjun mampu tersenyum palsu sahaja.

Dia tidak tahu apa hendak balas kerana dia cuma melakukan tugas dia sebagai suami Jihae dan syukur yang Jihae sihat walafiat. 

"Ah noona! Bila noona sampai?!" Suara Jihoon boleh didengari hingga ke ruang tamu, terbuat Renjun dan ibu Jihae tertawa. 

.
.
.

t b c

ara's note

hi helo semua! firstly, nak ucapkan selamat hari raya aidiladha to semua yang menyambut ^^ secondly, aku ada publish new story: story renjun. aku akan mula start update story tu lepas habis story ni so, stay tuned on that story. oh, story renjun tiada kena-mengena dgn story ni yea 😅 so itu sahaja untuk aku di sini, hope korang enjoy chap kali ni <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now