057

442 78 4
                                    

Setelah beberapa hari kemudian, Jaemin dan Jihae pulang ke Korea dengan selamat. Jihae cuba sedaya-upaya dia untuk berbuka pada Jaemin kerana seperti yang dia dengar dari mulut Jaemin sendiri, dia akan jaga Jihae demi Renjun. 

Sebaik Jaemin telah hantar Jihae ke rumah ibunya, Jaemin memanggilnya untuk berikan sesuatu padanya. 

"Nah, surat dari Renjun. Dia suruh aku bagi dekat kau lepas dia...dah tak ada. Jadi, bacalah. Aku tak tahu apa dalam tu jadi buka lah." Jihae mengambil surat yang Jaemin hulurkan itu dan mengenali bahawa tulisan Renjun tertulis pada surat tersebut. Jihae mengambil surat itu tanpa ragu-ragu.

"Okay. Btw, thanks sebab hantar Hae balik..." Jihae kata dengan nada suara rendah, mencuba untuk membuka pada Jaemin. Jaemin sebenarnya tak dengar tapi anggap seperti dia dengar. 

"Okay, aku pergi dulu. Bye~" Dengan itu, Jaemin pandu pergi dari kejiranan Jihae dan pulang ke rumahnya. 

Jihae kembali masuk ke dalam rumahnya yang dijemput dengan pelukan dari ibunya dan Jihoon. Mereka berdua memahami ia susah untuk Jihae terima kenyataan ini tetapi mereka akan cuba sedaya-upaya mereka untuk berada di sisi Jihae sehingga dia kembali ke Jihae yang gembira. 

Setelah malam tiba, Jihae bercadang untuk buka surat yang Renjun arahkan Jaemin untuk berikan pada Jihae itu. Apabila diperiksa balik, surat itu bukan sahaja mempunyai surat tetapi ada barang lain juga. Berat sedikit apabila dipegang. 

Jihae buka surat itu dengan hati terbuka dan tergamam kerana kandungan dalam surat tersebut. Ada beberapa gambar polaroid Jihae bersama dengan Renjun ketika mereka bercuti di Kanada dan juga Paris.

Jihae terpegun yang Renjun masih lagi simpan gambar tersebut dan membuatnya menjadi gambar fizikal pula itu. Beberapa gambar itu mengingat balik kenangan mereka di sana dan Jihae tersenyum kerana kenangan manis itu. 

Setelah dia melihat semua gambar itu, akhirnya Jihae membuka pula surat yang ditulis kepadanya itu. Sekali lagi, Jihae tergamam melihat surat itu. Sudah pasti tulisan dalam surat itu ialah tulisan Renjun.

Renjun's Letter

Dear Jihae,

Hae sihat tak? Mestilah kan, sebab Injoon nak Hae sentiasa sihat dan gembira selalu! So, bila Hae dah dapat surat ni, kemungkinan Injoon dah tak ada di sebelah Hae, di sisi Hae untuk jaga Hae tapi tahulah Injoon selalu jaga Hae tidak kira di mana saja pon. Maka, Injoon nak Hae gembira, senyum selalu walaupun sakit sekalipun, bergembiralah sebab kita tiada masa untuk berfikir pasal benda buruk semua. Kita hidup di bumi ni tidak lama maka, gunakan semua masa yg kita ada untuk bergembira selalu jadi, Hae kena senyum ok?

Janji dengan Injoon yg Hae akan senyum selalu dan gembira tidak kira apa jua pon. Maafkan Injoon sebab simpankan rahsia Injoon dari Hae sebab Injoon taknak tengok Hae risau selalu dekat Injoon, untuk kebaikan anak kita. Dan maafkan pada Injoon kalau Injoon pernah sakitkan hati Hae dan maafkan Injoon sebab tak boleh jaga Hae sampai ke akhir tapi Injoon dah pesan pada Jaemin untuk tolong jagakan Hae.

Dulu, Jaemin suruh Injoon jagakan Hae lepas dia lepas study di Australia dan kali ni, Injoon pesan kat dia suruh jaga Hae buat selamanya. Mungkin Hae tak suka tapi Jaemin sorang ja tahu bagaimana nak jaga Hae, selain ibu Hae. Tiada manusia lain yg setanding kami berdua untuk jagakan Hae. Please terima Jaemin sepenuhnya walaupun Hae tak suka tapi Injoon tahu Hae dah berubah untuk melepaskan perkara yg lama. Kenangan lama biar dilepaskan, fokus pada masa hadapan.

Harap kita boleh berjumpa lagi di kehidupan lain. <3

From your lovable husband,
Renjun. 

Airmata mula mengalir dari mata Jihae yang membasahi surat yang Renjun tuliskan untuk Jihae. Dia makin sedih apabila baca surat itu dan terus memeluk surat tersebut sambil menangis. Hae janji Hae akan tunaikan janji Injoon!

Sedar atau tidak, Jihae telah tertidur sambil memeluk surat Renjun dan termimpi Renjun masih lagi dengan Jihae, indah sungguh mimpi hingga Jihae tidak mahu bangun dari tidurnya.  

.
.
.

t b c

ara's note

hi hello semua! happy birthday to jaemin🥳 aku harap korang enjoyed story ni setakat ni and aku akan ambil rehat dripda story ni untuk beberapa hari untuk cari inspirasi, idea, tenaga dan masa untuk sambung balik story ni jadi hopefully korang tak lupakan story ni yea. also jgn lupa stream cover renjun & xiaojun <unbreakable love> ! aku dah letak video di atas untuk siapa yg nk dengar <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now