020

938 117 5
                                    

Selepas segala kekecohan berlaku, pihak restoran meminta maaf kepada Jaemin dan Jihae atas apa yang telah berlaku tadi. Jaemin mahu sahaja menyalahkan pelayan yang jatuhkan minuman pada Jihae tapi Jihae halang dan maafkan pelayan tersebut.

" Saya minta maaf sangat-sangat, noona! Saya masih tak biasa lagi dengan pekerjaan baru ni. " Ujar pelayan atau namanya yang Jihae kenal, Haruto, ketika mereka sedang mengemas kekecohan tadi.

" Jangan risau, Haruto. Noona maafkan awak. " Ujar Jihae sambil mengusap perlahan kepala Haruto, menandakan dia maafkan Haruto.

" Saya dah selesai hal tadi. Nasib tiada apa-apa yang teruk berlaku. " Kata Jaemin selepas selesai bercakap dengan pihak restoran. Haruto masih lagi rasa bersalah dengan apa dia buat tadi. Dia betul-betul tidak sengaja.

" Ini semua salah saya. Please, bagi saya ganti baju noona balik. " Ujar Haruto, tidak melepaskan peluang dia untuk melakukan sesuatu balik kepada Jihae. Jihae menolak permintaan dia tetapi Haruto tidak mahu melepaskannya.

" Kalau macam tu, biar saya yang bagi hukuman untuk awak. " Jaemin mencelah dalam perbualan Jihae dan Haruto. Ini sepatutnya hal antara Jihae dan Haruto sahaja, mengapa Jaemin nak masuk campur?

" Disebabkan awak dah memalukan pekerja saya, maka terimalah hukuman awak iaitu bekerja dibawah saya sebagai seorang intern. " Jihae menjangka sesuatu yang teruk tetapi mendengar Jaemin meminta Haruto untuk kerja di syarikat mereka?

Haruto keliru dengan apa maksud Jaemin, apa kena-mengena dengan memalukan pekerja dia dengan bekerja dibawah dia?

" Tapi kerja saya..." Haruto tidak sempat sambung kerana Jaemin telah mencelah.

" Saya berbicara dengan manager restoran ni untuk pecat awak dan kerja dibawah saya. Saya tahu cara awak kerja di restoran ni pun sudah susah. Kalau awak kerja bawah saya, awak tak perlu nak buat semua kerja restoran di syarikat saya. Awak tetap perlu layan orang tetapi tidak seteruk ini. " Kata Jaemin, menerangkan apa yang dia perlu lakukan jika dia kerja dibawah syarikat dia. Jihae tak percaya perkara ini berlaku depan dia.

Haruto tidak tahu bagaimana hendak dia reaksi. Gembira bahawa dia akan kerja di tempat yang tidak seteruk restoran atau takut bahawa dia akan lakukan sesuatu yang buruk hingga buat Jaemin marah.

" Tak perlu fikir banyak. Esok awak dah boleh masuk kerja. Nanti Jihae kongsikan segala butir-butir pada awak. " Ujar Jaemin, berjalan pergi ke keretanya, tinggal mereka berdua keliru. Bukan buat Haruto sahaja keliru tetapi Jihae juga.

Haruto bertanya pelbagai soalan pada Jihae mengapa 'rakan' dia begitu baik hati untuk tawarkan dia pekerjaan baharu kepadanya. Jihae pun tidak tahu apa yang buat Jaemin hendak berbuat demikian. Dia harap Jaemin terangkan lagi tentang hal ini kepada dia.

Ketika perjalanan pulang ke tempat kerja mereka, ia sangat senyap diantara dua mereka. Radio yang sedang mainkan lagu sahaja yang memenuhi suasana senyap mereka. Disebabkan Jihae mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku, Jihae bersuara.

" Kenapa awak suruh Haruto kerja dengan kita? "

" Entah, rasa macam nak pekerja baru di syarikat kita. " Jaemin jawab dengan senang sahaja. Jihae terkejut untuk dengar jawapan Jaemin. Dia jangkakan ada isi tersirat disebalik dia menawarkan pekerjaan ini kepada Haruto tapi bukan.

" Saya melawak sahaja. Dia ada potensi untuk kerja dengan kita sebagai seorang intern. Semestinya dia akan lakukan banyak kesalahan tapi saya pasti dia boleh buat. " Kata Jaemin sambil senyum. Dia akan pastikan Haruto mampu bekerja dengan mereka.

Jihae tersentuh hati mendengar itu, tidak sangka Jaemin begitu baik dan mempunyai kepercayaan pada Haruto.

" Dan nampaknya awak dengan budak tu kenal sebelum ini. Boleh beritahu macam mana awak dengan dia boleh kenal? " Soal Jaemin, ingin ketahui lagi tentang Haruto dan bagaimana Jihae dan Haruto boleh kenal.

Sebelum dia kerja di syarikat ayah Jaemin, dia pernah menjadi guru peribadi Haruto disebabkan Haruto bukan penduduk Korea dan belajar bahasa Korea dengan Jihae. Jihae tidak begitu pakar dalam bahasa Jepun tetapi dia cuba sedaya-upaya dia untuk belajar demi Haruto.

Jihae dan Haruto diibaratkan sebagai kakak dan adik disebabkan Haruto selalu tanya dia pelbagai soalan pada Jihae berkenaan Korea. Renjun tahu tentang hal ini dan tiada masalah bahawa Jihae mengajar seorang pendatang asing tentang Korea. Ia buat Renjun lagi gembira bahawa Jihae bantu seorang pendatang Jepun. 

Jaemin mengangguk kepalanya selepas mendengar penerangan dari Jihae. Haruto mungkin nampak gementar dan takut tetapi itu semua kerana dia takut untuk lakukan apa-apa kesalahan dan tidak mahu ramai orang jangka dia buatnya dengan sengaja.

Jaemin rasa dia boleh percaya Haruto mampu berubah.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now