018

983 124 11
                                    

Jihae dan Renjun masuk kerja seperti biasa. Jihae berjumpa dengan rakan-rakan sekerjanya seperti dia selalu buat pada setiap hari. Dan semestinya dia akan berjumpa dengan Jaemin kerana beliau telah memanggil Jihae ke pejabatnya.

" Terima kasih sebab sudi datang ke parti itu semalam. " Ucap Jaemin tentang hal yang berlaku pada semalam. Jihae terima sahaja terima kasih Jaemin. Ia tidak menyusahkan Jihae pun, sekurang-kurangnya dia dapat bantu Jaemin.

" Dengan itu, saya menawarkan jemputan untuk sama-sama makan tengahari bersama saya untuk balas budi baik awak. " Kata Jaemin sambil tersenyum. Pada mulanya, Jihae hendak menolak permintaan tersebut tetapi Renjun pernah pesan padanya untuk berbaik dengan Jaemin lalu dia terima.

" Baiklah, saya terima jemputan tuan. " Balas Jihae sambil senyum tapi dia tahu, bukan ikhlas mana pun senyuman itu. Sejujurnya dia tidak mahu pun pergi tapi nak jaga hati suami dia.

Jaemin tersenyum riang apabila Jihae terima jemputan dia kali ini tapi dia tidak dedahkan bahawa dia gembira kerana dia tidak mahu kelihatan tidak tegas ketika waktu pekerjaan.

" Okay. Awak boleh teruskan kerja awak. " Dengan itu, Jihae pun keluar dari pejabat Jaemin. Sebaik pintu tertutup, Jaemin terlompat dengan riang kerana dia telah berjaya membuat Jihae makan tengahari dengan dia.

Sekarang, dia perlu fikirkan di mana perlu mereka makan tengahari.

Sebaik jam telah menunjukkan waktu untuk mereka boleh berehat, Jihae berhenti menaip laporannya pada komputer dan meregangkan otot-otot dia.

" Jihae, jom lunch sama-sama. " Ujar Hyejin yang telah berdiri dari tempat duduknya dengan dompetnya dalam dakapannya.

" Sorry, unnie. Hari ni Jihae lunch dengan orang lain. " Balas Jihae. Hyejin soal siapakah dia akan lunch bersama.

" Maaf menganggu tapi bolehkah kita pergi sekarang? " Datang Jaemin entah dari mana, menganggu perbualan dua wanita itu. Hyejin telah tahu jawapannya dan beredar agar tidak mengekokkan lagi situasi mereka.

Jihae berdiri dari tempat duduknya dan mencapai dompetnya bersama. Jaemin dan Jihae pun berlalu pergi ke tempat makan yang Jaemin telah cadangkan. Sesungguhnya Jihae mahu semua ini berakhir dengan pantas, bersama dengan Jaemin sudah buatnya menjadi jengkel akan kehadiran Jaemin sahaja.

Jihae menjangkakan mereka akan makan di gerai makan di sekitar kawasan tempat kerja mereka tetapi melihat Jaemin memandu keretanya ke arah lain, membuat Jihae tertanya.

" Ke mana kita nak pergi? Kedai makan kat sana. " Kata Jihae yang mengikut Jaemin dari belakang.

" Kita makan di tempat lain. Yang lagi bagus dan mewah. " Kata Jaemin, membuka kunci keretanya dan memasuki ke dalamnya. Jihae tidak tahu mengapa Jaemin mahu buang masa mereka untuk makan di tempat berlainan padahal di tempat kerja mereka mempunyai makanan yang lebih baik.

" Tunggu apa lagi, jangan kita buang masa. " Kata Jaemin yang sedang menunggu Jihae masuk ke dalam keretanya. Jihae memasuki ke dalam kereta Jaemin dan mereka berdua beredar ke lokasi mereka.

" Bertuahnya Jihae. " Ujar Hyejin yang ternampak kereta Jaemin berlalu keluar dari premis pekerjaannya. Hyejin yang makan dengan rakan sekerjanya yang lain; Mina dan Wooyoung.

" Jihae pergi mana? " Soal Wooyoung yang sedang makan makanan yang telah dia pesan itu.

" Dia keluar makan dengan Encik Na. " Balas Hyejin. Kedua-dua mereka tergamam akan jawapan Hyejin.

" Serius lah? Encik Na suka kat Jihae ka apa.. " Kata Mina, menghirup minumannya.

" Entahlah. Sejak ni pun, Jihae selalu masuk pejabat dia, minta buat macam-macam padahal kita ada staf lain untuk buat. " Kata Wooyoung. Dua wanita itu setuju dengan pernyataan tersebut.

" Apa-apapun, aku suka tengok diorang berdua-duaan. Walaupun Jihae dah kahwin...tapi diorang nampak comel bersama. " Kata Hyejin, memakan mee goreng yang dia pesan.

" Unnie lebih suka diorang dua bersama daripada Jihae dengan suami dia sendiri. " Kata Mina, pelik dengan Hyejin yang suka melihat dua invidividu yang dibincangkan itu.

Sedang mereka bertiga berborak, sepasang telinga sedang mendengar perbualan mereka yang terbuat orangnya menjadi bara. Dasar perempuan gila Nam Jihae. Apa kau cuba buat ni? Nak cuba hasut Encik Na agar dia naikkan pangkat kau kah? Sebab tu kau asyik rapat dengan dia? Kau sabar, Nam Jihae.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now