036

501 92 3
                                    

"Jihae." Jihae terkejut apabila namanya disebut oleh Jaemin secara tiba-tiba. Jihae, dengan beraninya, memandang muka Jaemin yang sedang memandang dia juga dengan perasaan kosong. Jihae pula sudah bermerah muka kerana muka inilah dia nampak ketika insiden buruk itu berlaku.

"Sorry." Mata Jaemin terus beralih ke arah lain sebaik dia berkata maaf dia. Jihae terkejut lagi sekali yang Jaemin meminta maaf padanya.

"Sorry sebab apa yang berlaku semalam. Aku tak sengaja dan aku harapkan kau maafkan aku." Jaemin berkata lagi yang mukanya kini berubah merah sepanjang dia berkata ayat-ayat itu.

Jihae tidak tahu bagaimana hendak bereaksi kerana apa yang Jaemin telah buat itu adalah salah tetapi dia juga tidak sengaja maka, Jihae membuat keputusan dia dengan mentaliti seorang wanita dewasa.

"Sure, saya maafkan awak, Jaemin. Lepas ni jangan buat dah. Sebanyak mana saya masih lagi benci pada awak, awak masih boss saya jadi saya tak nak ada pertelingkahan antara kita." Jihae berkata dengan nada lembut tetapi tegas.

Jaemin tersenyum gembira bahawa Jihae sudah maafkan dia dan dia tidak perlu berasa kekok dengan Jihae dah. 

"Makanan dah sampai!" Ujar Haechan dengan riang sambil memegang sedulang makanan dan turut sama juga dengan Jeno. Jaemin gembira yang makanan dia sudah sampai manakala Jihae meminta dirinya untuk pergi memandangkan makanan dia sudah habis. 

Kini, hubungan Jaemin dan Jihae kembali normal semula. Mereka berdua juga tidak mahu perkara bodoh ini menghalang mereka berdua berinteraksi lagi maka, mereka berdua meminta maaf segera. 

;;;

Hari mereka sambung semula dengan mereka melawat Gua Manjanggul yang terkenal di Pulau Jeju. Mereka semua menaiki bas yang mereka swea untuk ke lokasi pertama mereka. 

Mereka sampai setelah sampai dan semua orang kelihatan teruja untuk mengunjungi tempat terkenal itu. Jihae menangkap sebanyak gambar yang dia mampu dan menghantarnya pada Renjun agar Renjun tahu keadaan dia. 

Jaemin dan Jeno membayar tiket mereka menyebabkan mereka yang memegang perbelanjaan lawatan mereka ke Jeju. Jeno lega bahawa ia tidak mahal kerana mereka datang dengan kumpulan. 

Mereka semua perlahan-lahan turun ke gua tersebut dan Jihae sudah merasa suhu persekitaran mula menurun sebaik mereka menghampiri gua tersebut. 

Disebabkan ia gelap, beberapa mereka telah membuka lampu dari telefon mereka agar tiada sesiapa terjatuh atau hilang ketika itu. 

"Having fun. Jihae?" Suara Jaemin mengejutkan Jihae sedikit kerana ia sangat gelap sampai dia tidak nampak Jaemin. 

"Sure, first time saya masuk ke dalam gua dan tak sangka pula ia akan menjadi sesejuk ni." Jihae berkata sambil memeluk badannya dengan memanaskan badan dia dengan kepanasan dia. 

"Nah, ambil ni." Jaemin hulurkan jaket ekstra yang dia bawa sekiranya sesuatu perkara yang tidak diinginkan berlaku dan serahkan pada Jihae. 

"Eh? Tak apa ka?" Jihae risau jika dia tidak menyusahkan Jaemin.

"Tak mengapa, bawa pun kalau ada sesuatu berlaku kan...kita mana tau." Kata Jaemin. 

Jihae tidak memikir lama dan memakai jaket tersebut. Badan dia kembali ke suhu badan dia semula dan Jihae rasa selesa setelah memakai jaket Jaemin.

"Thanks, Jaemin." Jihae ucapkan sambil tersenyum kecil yang terbuat Jaemin senyum juga. 

Haechan dan Jeno yang berjalan sebelah mereka berdua itu, ternampak aksi Jaemin yang cuba untuk pikat Jihae itu tersengih sendirian mereka yang akan dibuat jadi bahan ejekan Jaemin nanti.

Kemudian, terdengar bunyi sesuatu sedang berterbangan di atas mereka dan ternyata kelawar yang tinggal di gua itu berterbangan yang terbuat beberapa antara mereka terkejut dan terjerit kerana kewujudan makhluk itu dalam persekitaran mereka. 

Jihae turut juga terkejut hingga dia terpegang lengan Jaemin kerana ada seekor kelawar terbang sebelah dia. Jihae serta-merta melepaskan tangan dia dari Jaemin sebaik dia sedar apa yang dia pegang lalu meminta maaf pada Jaemin. 

"Tak mengapa, asalkan kau tak apa-apa." Jaemin ujarkan dan Jihae terasa jantung dia berdegup seketika tetapi dia cuba tenangkan hati dia. 

Fokus, Jihae. Dia cuma bos kau, kau dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia kecuali pekerja dan majikan dia. 

;;;

Mata Renjun membuka perlahan sebaik dia sedar dan cahaya putih memancar ke mukanya dengan terang. 

Renjun mengenal pasti di mana dia berada dan ternyata, dia berada di hospital sambil terbaring atas katil hospital dengan sebuah tiub bercucuk pada pergelangan tangan dia. 

"Macam mana keadaan saya, doktor?" Soal Renjun kepada doktor yang berada dalam biliknya, sedang memeriksa keadaan Renjun. 

"Syukur yang kamu dapat diselamatkan tetapi penyakit kamu masih lagi merbahaya untuk ditangani tetapi kami akan mencuba yang terbaik kami untuk semburkan encik." Doktor tersebut kata sambil mengata kata-kata semangat pada Renjun.

Ternyata, Renjun telah terpengsan ketika dia sedang lakukan diperiksa oleh doktor seperti pemeriksaan dia yang selalu dan ditahan di hospital untuk sehari. 

Renjun mula risau akan keadaannya sekarang. Sudah banyak ubat dan pemeriksaan dia buat tetapi tiada apa-apa yang dia boleh lakukan untuk tangani penyakit ini. Dia mula memikirkan pekerjaan dia, keluarga dia, ibubapanya dan terutama sekali, Jihae dan anak mereka yang akan datang. 

Di mana pun dia berada, Renjun haruskan kuatkan semangat dia agar Jihae tidak tahu tentang hal ini agar Jihae tidak risaukan dia.

.
.
.

t b c

ara's note

hi hello semua! akhirnya aku dah selesai sem 2 aku(?) kinda lah, bcs aku masih ada projek yang kena hantar hujung bulan ni tapi abaikan itu, akhirnya dapat juga aku update story ni! harap korang enjoy chap kali ni <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now