049

396 68 0
                                    

25 Disember sudahpun tiba, Hari Krismas disambut dengan penuh kemeriahan oleh mereka yang menyambut. Pada siang hari, Jihae dan Renjun berpulang ke rumah ibu Jihae untuk menyambut hari perayaan itu. 

Seperti yang dijanjikan, Renjun telah menghadiahkan Jihoon sebuah komputer padanya kerana telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. 

"Thank you so much, Renjun hyung! Jihoon sayang hyung!~" Jihoon memeluk Renjun dengan erat kerana telah hadiahkan sesuatu yang dia idamkan. 

"Tapi ni bukan bermakna Jihoon kena berhenti belajar tau, gunakan komputer ni untuk study dan pada yang sama, have fun juga." Jihae pesan pada Jihoon.

"Okay!" Jihoon balas dengan penuh keriangan. Keluarga mereka tersenyum riang melihat dua anak beranak itu berpelukan. 

"Nah, eomma. Hadiah dari kami berdua." Jihae hulurkan sekeping sampul pada ibunya. Ibunya intai sedikit apakah kandungan dalam sampul itu dan terkejut apakah dalam itu. 

"Jihae..." Ibunya tidak tahu apa harus dikatakan dan terus menitiskan airmata gembira yang membuat Jihae memeluk ibunya. 

"Jihae nak cakapkan terima kasih pada eomma sebab selalu jaga Jihae walaupun di waktu gelap Jihae. Tanpa eomma, rasanya Jihae takkan ke tahap ni." Jihae memberi kata-kata luahannya pada ibu kesayangan dia. 

"Tapi...tak rasa ni banyak sangat ke?" Ibunya soal dengan kerisauan kerana mereka telah hadiahkan sesuatu yang begitu lumayan. 

"Jangan risau, eomma. Eomma dah besarkan anak yang baik dan bertimbang rasa terhadap orang sekeliling dia." Renjun mencelah masuk dalam perbualan mereka dan Jihae tersenyum akan pujian dari Renjun itu. 

Ibu Jihae tersentuh hati dengan apa yang mereka telah lakukan untuk dia. Bersyukur dia untuk ada mereka berdua dalma hidupnya. 

Mereka sekeluarga luangkan masa mereka dengan memakan makanan yang dimasak oleh ibu Jihae, bermain beberapa permainan sesama sendiri dan gunakan masa mereka sebagai sebuah keluarga. 

Sebaik malam menjelang, pasangan itu bersiap sedia untuk ke parti Krismas yang telah mereka dijemput hadir dengan makanan yang telah mereka sediakan untuk parti tersebut.

"Kotor sikit je pun." Renjun merungut apabila mereka sampai di depan rumah Chenle. Ya, parti tersebut diadakan di rumah Chenle. 

"Tak boleh, sikit ke banyak ke, kena kemas juga." Jihae membalas sambil mengemas pakaian Renjun yang sedang memegang bekas makanan yang telah mereka masakkan. 

Kemudian, pintu rumah dibuka oleh seseorang yang mereka berdua tidak kenal. Seorang wanita yang berpakaiannya yang mengikut tema Krismas menjemput mereka. 

"Hai! Korang dua mesti Renjun dan Jihae?" Soal wanita itu dan mereka menjawab soalannya.

"Dan awak pula?" Jihae soal balik dengan curiga. 

"Renjun hyung! Dah sampai dah." Chenle kemudian menjemput mereka sambil meletak lengannya atas bahu wanita itu. Pasangan suami isteri itu keliru siapakah wanita ini kepada Chenle. 

"Ha, masuk lah. Mesti sejuk kan tunggu luar ni lama-lama." Tanpa membuang masa, Chenle dan wanota itu beri ruang pada Renjun dan Jihae masuk. Semestinya mereka ingin tahu siapakah wanita tersebut. 

Kemudian, mereka berjumpa dengan Dreamies yang lain. Ternyata, hampir semua telah sampai, kecuali Jaemin dan Jeno yang masih dalam perjalanan. 

"Hi noona." Suara garau telah menyapa Jihae yang terbuatnya terkejut dan Jisung telah memanggilnya. Sejak bila budak ni makin tinggi? Dan suara dia...

"Jisung, lama dah tak jumpa. Makin tinggi dah dia." Ujar Jihae yang membuat Jisung malu akna pujian itu. 

"Jihae-" Datang Haechan dengan penuh riang dan ingin memeluk Jihae tetapi diberhentikan oleh Renjun disebabkan keadaan Jihae sekarang. 

"Ah, lupa. Dia mengandung dan makin besar dah dia." Haechan berkata sambil tujukkan itu pada anak Jihae yang dalam perut itu. 

"Jangan main-main, Haechan. Jihae ada bodyguard dengan dia." Mark pula mencelah masuk dalam perbualan mereka. 

"Yelah, dan Renjun sekarang dah makin kental. Dah ready nak jadi appa?" Haechan berkata sambil meletak lengannya atas bahu Renjun. 

"Of course! Bukan macam korang, partner pun tak ada lagi." Renjun berkata, menyerang mereka kerana masih tiada pasangan hidup. Mereka mula bising dan merungut kerana masih single.

"Tapi siapa perempuan tadi dengan Chenle?" Jihae soal pad Renjun dengan perlahan.

"Entah, Injoon saja nak sakat diorang je." Jihae cuma tersenyum sengih pada jawapan Renjun. Ada saja dia nak kacau kawan-kawan dia. 

.
.
.

t b c

ara's note

hi semua! dreamies membuat kemunculan diorang balik setelah lama tak muncul XD anyways harap korang enjoy chap kali ni, stay safe dan have a nice day <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now