epilogue

659 87 22
                                    

Bunyi loceng dari gereja mula berdering dan suasana pada hari tersebut sangat cerah, sesuai untuk hari perkahwinan Jihae dan Jaemin. 

Ya, selepas lapan bulan Jaemin melamar pada Jihae, majlis perkahwinan mereka telahpun berlangsung setelah lapan bulan mengumpul duit, menziarah keluarga Jaemin dan melakukan segela perkara agar perkahwinan mereka akan berjalan lancar. 

Pintu terbuka luas setelah pengantin perempuan telah sampai. Jihae yang memakai gaun perkahwinan dengan memegang sejambak bunga dalam tangannya, perlahan dia berjalan ke pengantin lelakinya yang sedang menunggu akan ketibaannya.

Jaemin tersenyum gembira apabila Jihae datang dengan penuh gembira dan cantik di matanya itu. Dia tidak percaya bahawa dia akan menjadi suami Jihae dalam beberapa minit lagi. 

Setelah dua pengantin itu mengatakan ikraf mereka, mereka berdua cium di bibir dan semua orang dalam gereja itu menepuk tangan mereka sambil bersorak kerana mereka berdua telah menjadi suami isteri yang sah. 

"Nana takkan lepaskan Hae dari Nana dah lepas ni." Jaemin berbisik pada Jihae yang membuat Jihae tersenyum. Sesungguhnya itu membuatnya gembira kerana Jaemin akan bersama dengannya buat selamanya. 

;;;

3 bulan sudahpun berlalu dan kehidupan Jihae tak pernah tak gembira sejak perkahwinan dia dengan Jaemin. Kini, Jihae sudah berkahwin dengan Jaemin maknanya, Jaemin berpindah dengan Jihae. 

Rumah Jaemin yang dikongsi dengan Jeno itu telah diberi pada Jeno sendiri dan rumah itu Jeno kongsi dengan Jisung pula memandangkan Jisung sudahpun tamat pengajiannya di universiti. 

Walaupun Jeno sedih yang Jaemin pindah tapi dia juga gembira pada rakannya itu kerana telah melakukan suatu perkara yang dia lama inginkan. Dreamies yang lain juga gembira pada pasangan kahwin itu.

Jihae gembira dan bahagia dengan kehidupannya sekarang kerana mempunyai Jaemin dan semua orang baik di sekelilingnya. Dan dia cukup bersyukur dengan apa yang diberi padanya. Renjun mesti gembira untuknya kerana dia telah tunaikan janji Renjun untuk sentiasa gembira selalu. 

Tambahan pula, dia bahagia dengan Jaemin, laki yang dulunya seorang heartbreaker tetapi kini menjadi sweetheart pada Jihae. 

𝙒𝙝𝙖𝙩 𝙄 𝙤𝙣𝙘𝙚 𝙡𝙤𝙨𝙩 𝙛𝙞𝙣𝙖𝙡𝙡𝙮 𝙧𝙪𝙣𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙘𝙠 𝙩𝙤 𝙢𝙚 𝙩𝙤 𝙨𝙖𝙫𝙚 𝙢𝙚 𝙗𝙖𝙘𝙠, 𝙬𝙝𝙖𝙩 𝙖 𝙨𝙬𝙚𝙚𝙩𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩

THE END

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now