050

408 75 3
                                    

Mereka memulakan parti mereka sebaik Jaemin dan Jeno telah sampai dengan menjamu selera dengan makanan yang telah masing-masing bawakan.

Jihae berasa dalam syurga kerana mereka semua masakkan makanan yang Jihae suka dan minat. 

"Kitorang masakkan sesuatu yang noona mampu makan sebab kami tak nak bagi noona rasa left out sebab tak boleh sesetengah makanan." Jisung terangkan. Yang lain mengangguk kepala mereka dengan setuju. 

"Dan ni semua idea Renjun, sebab sayang dekat isteri sangat." Mark tambah lagi dan Jihae tersentuh hati kerana Renjun sanggup menyuruh kawan-kawannya berbuat demikian. 

"Aku tahu sangat Jihae ni kalau tak boleh makan apa yang terhidang depan dia, mesti dia akan merajuk jadi, kena ambil selangkah awal." Renjun ujar yang membuat Jihae memeluk Renjun dari tepi kerana sayang padanya. 

Aksi itu telah buat mereka cair hati kerana kecomelan mereka. Walaupun mereka semua sudah berusia hampir 30, mereka masih lagi anggap Renjun dan Jihae comel bersama. Haechan paling cair melihat kecomelan Renjun. 

Selepas mereka telah habis makan, mereka tentukan siapakah yang akan cuci pinggan mangkuk semua dan malang sekali, Jihae yang harus mencuci. Walaupun Renjun menawarkan pertolongan dia pada Jihae, Jihae masih mahu cuci berseorangan. 

Disebabkan Renjun tidak boleh membantah lebih lalu dia biarkan Jihae cuci juga manakala yang lain berborak sesama sendiri tentang kehidupan mereka setakat ini. 

"So, perempuan yang Chenle bawa tu...girlfriend Chenle?" Jeno soal apabila wanita tersebut beredar ke dapur untuk bantu Jihae kepada Chenle. Chenle angguk kepalanya dengan gembira yang terbuat mereka semua terkejut akan berita tersebut. 

"Since when? Tak pernah bagitau pun?" Haechan menyoal dengan teruja Jisung dan Renjun mula melihat balik chatroom mereka jika mereka terlepas baca mesej manakala Jaemin, Jeno dan Mark masih lagi tidak percaya akan berita tersebut.

"Yeah, kami baru bersama untuk sebulan. Patutnya bagitau korang haritu tapi terlupa pula." Chenle berkata yang membuat Haechan memukul lembut kerana menyimpan rahsia sebegitu daripada mereka. 

"Jadi, Chenle dah ada partner, korang pula macam mana?" Renjun masih lagi tidak berhenti mengusik mereka tentang kehidupan bercinta mereka. 

"Hahaha! Cuak sungguh muka korang! Lawak tengok, aku melawak je pun." Renjun ketawa terbahak-bahak melihat reaksi muka mereka. 

Mereka sambung semula borak kosong mereka sesama sendiri. Mereka kembali menjadi rapat sepertimana mereka selalunya ketika di usia muda mereka. Walaupun sudah bertahun mereka telah berhenti sekolah, mereka masih rapat. 

"Jom kita main game dulu sementara menunggu agenda seterusnya." Ujar Chenle dan mereka pun setuju dengan cadangan Chenle. 

Chenle bercadang untuk main Truth or Dare sepertimana mereka pernah main dahulu ketika sekolah. Ia mungkin akan mengimbas balik kenangan buruk mereka dengan permainan tersebut tetapi mereka sudahpun melepaskan apa yang berlaku pada ketika dahulu. 

Mereka memulakan permainan dengan memilih Truth dimana mereka mendedahkan rahsia yang tidak tersangka boleh terbongkar. 

Kemudian, permainan tersebut menjadi lebih hangat apabila Haechan menyuruh mereka memilih Dare disebabkan seringkali memilih Truth. 

"Jangan Dare benda-benda yang mengarut sudah." Jisung memesankan kepada hyung-hyung dia dan teringat pula akan Dare Jeno yang dahulunya itu. 

Botol yang dipusing oleh Haechan berhenti pada Renjun, mangsa pertama Haechan dan Renjun sudahpun berasa menyesal kerana Haechan akan berikan cabaran yang munasabah.

"Takpa lah, Renjun special case sikit jadi aku bagi Truth je dekat dia." Haechan ujar yang membuat Renjun bersorak dengan gembira kerana Haechan takkan berikan dia Dare manakala yang lain merungut mengapa Renjun mendapat kelonggaran begitu.

"Kena faham lah, dia kan suami orang, then anak tengah on the way. Tak nak hubungan dia dengan Jihae kucar-kacir pula." Haechan memberi alasannya dan ini pertama kali Haechan begitu baik dengannya. Sebelum ini sungguh setan dia pada Renjun. 

"Okay, dalam kalangan kami semua, siapa paling banyak pegang rahsia kau?" Haechan soal sambil menunggu akan jawapan dari Renjun, mengharapkan Renjun menjawab Haechan.

Renjun tidak teragak-agak untuk jawab nama Jaemin. Walaupun Jaemin tidak kelihatan seperti mereka berdua rapat tapi sebenarnya mereka rapat dalam diam. Hingga Jisung pun terkejut mendengar jawapan Renjun. 

"Wah, after all we've been thru, Renjun? How could you?" Dan bermulalah Haechan menjadi dramatik terhadap Renjun yang terbuat semua orang tergelak akan aksinya. 

Benar, mereka berdua memegang rahsia masing-masing yang semua orang tidak tahu, walaupun Jihae, isteri Renjun dan orang yang paling rapatnya pun tidak tahu. Pada suatu masa nanti, mereka semua tahu rahsia Renjun. 

.
.
.

t b c

ara's note

happy international friendship day to all my readers! harap semua stay healthy and stay safe during this time, dan harap korang enjoy chapter kali ni. 💖

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now