031

613 91 4
                                    

Mereka telahpun sampai ke hotel yang mereka akan duduk ketika percutian mereka. Jihae kagum dengan pemilihan hotel yang telah Jaemin buat kerana ia merupakan hotel yang seiras lima bintang dengan melihat lobi hotel tersebut sahaja. 

Jihae melabuhkan punggungnya di salah satu sofa yang tersedia di lobi hotel sementara Jaemin dan Jeno uruskan bilik-bilik mereka. Jihae berasa penat walaupun dia duduk dalam bas sahaja sebelum sampai ke hotel itu.

"Noona~" Ujar seseorang yang terus memeluk Jihae dari belakang itu. Ternyata, Haruto akhirnya berjumpa dengan Jihae setelah mereka sampai ke Jeju. Jihae tersenyum apabila melihat Haruto.

"Larh, ingatkan tak datang. Tak nampak muka tadi kat airport." Haruto mengambil tempat duduk di sebelah Jihae.

"Haha, teruja sangat sampai lupa nak tegur noona. Ha, Haruto datang dengan kawan Haruto." Haruto memperkenalkan rakannya yang telah datang ke Jeju bersamanya. Seorang muda yang hampir-hampir tinggi dengan Haruto dan kelihatan sangat innocence dengan melihat mukanya sahaja.

"Hai, noona. Nama saya Junkyu. Haruto selalu ceritakan noona kat Junkyu. Sayang sungguh dia kat noona." Ujar rakan Haruto yang bernama Junkyu itu dan memalukan kawan dia sebab beritahu bahawa Haruto selalu bercakap tentang Jihae di belakangnya.

"Woi, aku suruh introduce, bukan memalukan aku. Haha, maaf noona sebab dia ni terlalu jujur sangat." Haruto berkata sambil memaki hamun Junkyu di bawah nafasnya tetapi Jihae tidak dengar.

"Haha, nak malu apanya, Haruto. Haruto ni dah macam adik noona sendiri dah. Tak payah malu-malu." Balas Jihae sambil tersenyum dan juga mengusap perlahan kepala Haruto yang tebruat Haruto bermerah muka. Terlalu malu untuk terima kasih sayang di depan rakannya itu. 

"Arere? Siapakah jejaka kacak lagi muda ini?" Ujar sebuah suara perempuan yang terus memeluk lengan Junkyu tanpa sebarang amaran, membuat Junkyu terkejut kerana wanita itu peluk lengan dia.

"Mina, berapa kali aku nak kata jangan main peluk orang yang tak kenal..." Bantah sebuah suara lelaki pula, berkata tentang perbuatan wanita itu.

"Alarh, Wooyoung. Kau ni tak fun lah, kita di luar tempat kerja kot. Kau tak perlu jadi guardian aku." 

"Disebabkan aku lebih tua dari kau, Mina. Mestilah aku kena jadi guardian kau."

"Itu tiada kena-mengena dengan menjadi guardian aku." Jihae dan Haruto tertawa melihat dua rakan sekerja mereka; Mina dan Wooyoung berkelakuan dan bertengkar seperti selalu. 

"Mina, bukan kau kata nak bawa partner datang ka haritu? Bukan beria lagi." Tegur Jihae tentang perisitiwa tersebut sebelum mereka ke Jeju.

"Haha, biasalah, unnie. Saya ni single, mana ada partner. Sembang kencang macam ada boyfriend." Balas Mina, menggaru kepalanya yang tidak gatal itu dengan janggal. Wooyoung cuma memberikan jelingan sahaja pada Mina. 

"Tapi, terasa bertuah juga datang tanpa partner sebab ada cutie ni." Kata Mina sambil tersenyum riang dan merujukkan cutie itu pada Junkyu. Junkyu cuma menjadi lebih merah dari tadi akan usikan Mina. 

"Budak ni sama umur dengan Haruto. Kau nak couple dengan budak ka, Mina?" Ujar Wooyung, kedengaran seperti dia cemburu.

"Kalau dilamun cinta, umur tidak diperdulikan. Awak suka noona yang lebih tua tak?" Mina berkata dan soal Junkyu yang membuat Junkyu tergagap dalam percakapan dia. 

"Ah, sudah sudah. Kesian budak tu kau dera. Nanti jadi tomato juga dia." Wooyoung berkata smabil memisahkan Mina dengan Junkyu. Mina cuma merungut sahaja, terbuat Jihae dan Haruto tertawa melihat drama percuma di depan mereka itu. 

"Oh, teringat pula. Noona bukan kata nak datang dengan Renjun hyung ka? Tak nampak pun dia." Soal Haruto pada Jihae sementara semua kekecohan itu berlaku di belakang mereka.

"Ya, tapi itulah, Renjun hyung kau tu nak sangat jumpa dengan doktor dia. So, dia tak dapat nak datang." Jihae balas. Haruto mengangguk dengan kefahaman.

"Renjun sakit apa, noona? Dia asyik jumpa dengan doktor ja sejak ni." Haruto bertanya lagi kerana curiga.

"Tak tahulah, Haruto. Dia asyik terbatuk-batuk ja dan dia tak bagitau pun apa sebenarnya dia sakit. Noona tak nak soal banyak so anggap cuma penyakit yang boleh disembuh dengan segera lah." Balas Jihae lagi. Haruto keliru kenapa Renjun tidak mahu beritahu apa yang dia sakit pada Jihae, isterinya sendiri. 

"Noona tau Haruto pun risaukan Renjun, sama juga dengan noona. Kita mampu berdoa agar dia cepat sihat ja." Jihae berkata, memberikan senyuman kecil.

.
.
.

t b c

ara's note

hello hi semua! tengok, kalini aku update awal. kenapa? sbb aku dah type a few drafts story ni 🤣 anywas, harap korang enjoy chapter kali ni, tak berapa nak fokus sangat dekat mc kita but kepada side characters story ni. aku cuba nk beri sedikit perhatian kepada character lain so that story ni tak terlalu fokus on mc sngat jadi yea. hope semua stay safe <3

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now