001

2.3K 228 24
                                    

Sepanjang hari Jihae di kerja dia, asyik termenung sahaja. Rakan sekerja dia cakap dengan dia pun tiada guna kerana dia sedang berfikiran lain atau badan dia bersama mereka tetapi roh dia berkeliaran di tempat lain.

Jihae tidak mahu percaya yang Jaemin, bekas teman lelaki dia, laki yang patahkan hati dia, kini menjadi CEO tempat kerja dia.

" Weh Jihae, ada ubat stapler? Aku dah habis lah. " Rakan sekerja dia, Hyejin, berkata kepada Jihae. Jihae berhenti mengalamun dan bagi apa yang Hyejin nak. Hyejin balas dengan terima kasih.

" Jihae, kau jumpa dah dengan CEO baru kita? Hensem weh. " Kata Hyejin, berbicara tentang CEO baru mereka.

" Dengar kata dia sama umur dengan kau. Lucky, aku nak jadi muda balik so aku boleh sama umur dengan dia. " Kata Hyejin yang sedang fangirl itu. Jihae dengar sahaja perkataan CEO pun sudah buat dia sakit hati.

" Kau dengan dia patut berjumpa. Mana tau kau dengan dia boleh...you know. " Kata Hyejin sambil membuat tangan isyarat yang dimaksudkan Jaemin dengan dia bersama.

" Unnie please. Saya dah kahwin, buat apa saya nak yang lain... " Jihae dengan kasar, berkata sambil menghentak papan kekunci dia dengan geram. Hyejin menjadi risau kepada Jihae.

" Kau okay tak? Tak perlu kau nak hentak keyboard tu. " Wanita yang lebih tua dari Jihae itu bertanya dengan risau kepada Jihae. Jihae tidak mendengar apa Hyejin cakap dan sambung kerja dia.

Jeno masuk ke dalam pejabat Jaemin selepas dipanggil olehnya.

" Aku nak tanya kau something. " Kata Jaemin dan Jeno memberi sepenuh perhatian kepada Jaemin.

" Kau ada jumpa Jihae tak tadi? " Kata Jaemin dan Jeno melepaskan keluhan berat kerana dia ingatkan Jaemin nak tanya soalan yang serius.

" Yes, tadi pagi aku jumpa dia. " Balas Jeno dan mata Jaemin menjadi bersinar apabila Jeno berkata itu.

" Dia ada cakap apa-apa tak? Anything about me? " Kata Jaemin dengan teruja dan Jeno menggeleng kepalanya.

" Dia nampak terkejut ada lah. Tau yang kau jadi CEO sini. " Kata Jeno dan Jaemin terus bersedih buat sementara.

" Kau okay tak? " Jeno lupakan pangkat mereka dan terus menjadi mod kawan kepada Jaemin.

" Aku just, takut nak jumpa dia, you know. Lepas apa yang aku buat kat dia. " Kata Jaemin dengan sedih.

" Dude, move on lah. Dia dah ada Renjun. Ada banyak ikan dalam laut kau boleh pilih but Jihae yang dah berpunya pun kau nak pilih. " Jeno sebagai kawan Jaemin, memberi nasihat kepada Jaemin kerana sudah terlalu lama untuk Jaemin meroyan tentang Jihae.

" Aku tau but, hati aku tak boleh lupakan dia. Dia terlalu baik kat aku sampai aku tak boleh lepaskan dia. " Kata Jaemin, meletak kepalanya atas meja. Jeno mampu melepaskan keluhan berat sahaja.

" Bro, kalau kau sayang kat dia, kau patut lepaskan dia. Kau sendiri kata ' dia lebih bagus dengan orang lain ' tapi now, kau kata lain. " Kata Jeno. Kali ini, Jaemin pula lepaskan keluhan.

" Tapi- " tidak habis ayat Jaemin kerana ada seseorang masuk ke dalam pejabat Jaemin. Jihae datang untuk meminta tandatangan dari Jaemin tetapi dia berhenti hasrat dia kerana Jeno sedang bercakap dengan Jaemin.

" Eh! Tak pa. Masuklah. Kami dah nak habis ni. " Ujar Jaemin kepada Jihae. Jihae pun masuk ke dalam dan tunggu hingga Jeno dan Jaemin habis.

" Kau patut lepaskan kalau tak, aku bunuh kau. Aku dah tak larat dengar kau membebel pasal dia. "

" Kalau buat macam tu, aku halau kau dari rumah. " Mereka berdua bertengkar secara senyap hingga Jihae berdehem supaya mereka berdua sedar bahawa Jihae masih berada di sana.

" Sorry. Kita jumpa kejap lagi, tuan. " Kata Jeno dan keluar dari pejabat Jaemin. Jaemin mula berserius balik.

" Iya? Kenapa nak jumpa saya? " Kata Jaemin kepada Jihae.

" Tuan, boleh tak tuan sign paper ni? Ni untuk projek yang haritu pasal nak bina bangunan baru. " Terang Jihae tentang kertas tersebut. Sepanjang Jihae bercakap, Jaemin tak boleh tahan untuk merenung muka Jihae. Sudah cantik wanita di depannya ini.

" Tuan, tuan. Dengar apa yang saya cakap? " Ujar Jihae sambil melambai tangannya di depan muka Jaemin dan Jaemin terus berhenti mengalamun.

" Ah yes. Beri kepada saya. " Jihae hulurkan kertas tersebut kepada Jaemin dan tidak ambil beberapa saat dia sudah tandatangan tanpa membacanya.

" Terima kasih, tuan. " Jihae berucap sebelum dia beredar tetapi Jaemin panggil Jihae sebelum dia keluar.

" Jihae! Waktu rehat, awak pergi mana? " Soal Jaemin, cuba untuk merapatkan hubungan mereka semula.

" Saya makan dengan Hyejin unnie. " Balas Jihae tanpa apa-apa perasaan.

" Awak nak tak kalau kita dua makan bersama? Untuk hari ini sahaja? My treat. " Jaemin mencuba untuk memikat Jihae untuk kali pertama.

Jihae dengan muka bengis itu, membalas...

" Tak apalah, tuan. Lagipun, saya ada duit untuk makan hari ni. " Ujar Jihae dan beredar dari pejabat Jaemin. Jaemin terasa dia dikena serang dengan kata-kata Jihae tadi.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now