033

619 97 4
                                    

Setelah Jaemin keluar dari bilik, Jihae yang dari rasa keras itu terus lembik sebaik terdengar bunyi pintu tertutup. Bukan dia tidak selesa apabila bersama dengan Jaemin, kerana Jaemin seorang yang dia pandang tinggi disebabkan pangkat dia dan terasa janggal untuk bermain-main depan dia.

Jihae terfikir bahawa dia memang perlu berbaik dengan Jaemin. Mana tahu, pada masa hadapan, Jaemin boleh bantu dia pula. Dia harus ikut apa yang Renjun suruh dia buat.

Tanpa membuang masa, Jihae mencapai beg bajunya dan mencari tuala, pakaian yang dia mahu pakai dan beberapa bahan mandian untuk mandi. Dia tidak mahu mengambil masa yang lama disebabkan tidak mahu Jaemin menunggu dia habis, baru dia boleh masuk. 

Jihae tanggalkan semua pakaian dia dan lempar semuanya atas katil. Jihae tidak selesa untuk berbogel di suatu tempat yang asing untuk dia lalu menutup badan dia dengan melilit tuala dia. Sambil memegang bahan-bahan mandian dia, terus masuk ke dalam bilik mandi selepas menekan suis lampu bilik mandi.

Jihae terpegun melihat bilik mandi mereka yang menggunakan tab mandi kerana tidak pernah dia bermandi dalam bilik mandi sebegitu. Paling kerap dia mandi guna shower head sahaja. 

Setelah Jihae meletak bahan-bahan mandian dia berdekatan dengan tab mandi, dia masuk ke dalam tab mandi setelah air memenuhi tab mandi itu. 

Selepas 10 minit Jihae mandi, baru dia perasan bahawa dia tidak ambil berus gigi dan ubat gigi. Jihae yang suka berasa bersih walaupun dalam mulutnya juga, dia perlu mencuci giginya tidak kira dia akan makan selepas itu atau tidak. Kebersihan dia harus utamakan. 

Jihae bangun dari tab mandi dan keluar darinya. Sebelum Jihae keluar dari bilik mandi, dia terfikir haruskah dia memakai tuala memandangkan tiada sesiapa dalam bilik dia sekarang. 10 saat dia memikir dan akhirnya dia memutuskan untuk menutup begitu sahaja badannya dengan tuala kerana dia tidak mahu tuala dia lembab sebelum dia mengelap badan dia dengan tuala itu. 

Jihae pun keluar dari bilik mandi dengan menutup 20% sahaja badan (payudara dan bahagian kemaluan) dia dan cepat-cepat ambil barang dia agar tiada sesiapa atau Jaemin ternampak dia. 

Tetapi nasib malang berada pada sisi dia sentiasa kerana sebaik dia keluar dari bilik mandi, Jaemin berada di dalam bilik juga. Jaemin yang sedang membelek telefonnya itu, terdengar pintu bilik mandi terbuka lalu memandang ke arah tersebut.

Jaemin terkejut dan bertukar menjadi merah apabila melihat Jihae yang 80% bogel dan termenung untuk beberapa saat manakala Jihae bereaksi sama seperti Jaemin; terkejut dan perasaan malu menakhluki badan dia. 

"Y-YAH! APA KAU BUAT KAT SINI?!" Jihae bertindak pantas dengan mencapai apa yang paling dekat dengan dia dan baling pada Jaemin sebab dia tidak mahu bergerak banyak sangat jika tidak mahu betul-betul bogel depan Jaemin. 

Jaemin tersedar apa sedang berlaku dan cepat-cepat keluar dari bilik dia, tidak lupa untuk ambil telefon dia kali ini. Jaemin terus hempas pintu tutup kerana banyak sangat barang sedang dilempar padanya. 

Kerana hempasan pintu, terbuat Hyejin yang bilik depan Jaemin itu buka pintu untuk periksa apa yang sedang berlaku.

"Bos, apa dah berlaku?" Soal Hyejin sebaik dia nampak Jaemin terjegat berdiri di depan pintu bilik dia dengan muka tomato dia. 

"Ta-tak ada apa-apa! Nak pergi tandas sekejap." Balas Jaemin yang segera pergi sebelum Hyejin boleh tanya apa-apa. Kemudian, Jeno pula buka bilik pintu dia untuk lihat apa sedang berlaku tetapi gagal untuk ketahui selepas bertanya pada Hyejin. 

"Entah kat dia. Tiber hempas pintu, macam baru gaduh tapi tak tau kenapa muka merah sangat." Hyejin jawab pada persoalan Jeno akan apa telah berlaku.

"Apa jadi? Ada orang gaduh ka?" Soal Haechan setelah Jeno mendapat informasi apa telah berlaku.

"Dari apa yang Hyejin noona kata, Jaemin yang hempas pintu tu and terus blah kata pergi tandas dengan muka merah." Jawab Jeno, duduk pada katilnya semula. 

Haechan cuba untuk memikirkan apa yang berlaku sampai Jaemin berkelakuan sebegitu dan mendapat jawapan dia selepas satu minit berfikir. Haechan tersenyum sinis selepas tahu apa yang berlaku.

"Hehe, Na Jaemin you sneaky fox." 

"Ish, kau okay tak harini? Takut pula aku dengan kau." 

.
.
.

t b c

ara's note

hi helo semua! harap korang enjoy chap kali ni dan stay safe semua sbb kes covid di malaysia makin naik T.T

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now