043

419 96 9
                                    

Waktu pekerjaan telahpun sampai dan semua orang sudah mula mengemas barang mereka untuk pulang balik ke rumah manakala Jihae masih lagi menghabiskan beberapa kerja dia. 

Jeno mengemas barang-barang dia dan mengucapkan selamat berjaya dalam bekerja dengan Jaemin. Jihae pelik mengapa Jeno kata begitu, Jaemin akan dera aku ka nanti? 

"Jihae." Jihae terkejut apabila namanya dipanggil oleh Jaemin untuk masuk ke dalam pejabatnya dan Jihae mematuhi arahannya dengan mengambil beberapa barangnya untuk masuk ke dalam pejabat Jaemin. 

Jihae duduk di sofa yang tersedia dalam pejabat Jaemin seperti Jaemin arahankan dan terlihat beberapa timbunan kertas di atas meja depan sofa itu. 

Jihae mula bekerja apabila Jaemin terangkan apa yang patut dia lakukan. Jihae menjangkakan yang Jaemin akan paksa dia lakukan beberapa kerja yang berat tetapi tidak. 

Kebanyakkan kerja yang Jaemin suruh Jihae buat adalah senang dan sering dilakunya ketika pekerjaan dia. Dan jika Jihae mahukan alat tulis, Jaemin akan ambilkan untuk dia. 

"Eh, takpa. Saya boleh ambilkan sendiri." Ujar Jihae apabila Jaemin ambilkan stapler dari meja kerjanya. 

"Tak mengapa, awak kan tengah mengandung, jadi biar saya yang ambil apa-apa barang yang perlukan awak berdiri." Jaemin berkata sambil menyerahkan stapler itu kepada Jihae. 

Jihae pun benarkan sahaja Jaemin lakukan demikian kerana dia pun tidak boleh tolak pertolongan dia. 

Sepajang Jihae melakukan kerjanya, matanya akan melilau ke arah lain seperti memandang bilik pejabat Jaemin yang kemas teratur, pasu yang terletak di sebelah tingkap pejabat agar pokok itu tumbuh dengan segar dan juga memandang Jaemin.

Sesungguhnya Jaemin berubah sangat-sangat sejak pertama kali dia kenal Jaemin, perangai dia turut berubah dan juga kelakuan dia terhadap orang juga. Dia sedar bahawa Jaemin telah berubah menjadi orang yang berguna dalam hidup semua orang, termasuk juga pada Jihae. 

Jihae bersyukur dapat berjumpa dengan Jaemin kerana tanpa dia, Jihae tidak akan berada di mana dia berada sekarang. 

Jaemin sedar yang Jihae sedang dalam dunia dia sambil termenung pada Jaemin yang terbuat Jaemin bermerah muka dan terus sembunyikan mukanya dari pandangan Jaemin agar Jihae tidak nampak muka merah dia. 

Jihae kembali semula ke realiti dia dan sambung semula kerja dia agar tidak bazir masa untuk siapkan kerja dia. 

;;;

Jam telah menunjukkan sudah pukul 8 malam dan semua orang di pejabat mereka sudahpun pulang balik, tinggal mereka berdua sahaja yang masih di pejabat. 

Mereka berdua telah habis kerja mereka dan akan bersiap untuk pulang balik. Jaemin sedang tunggu akan Jihae yang sedang kemas barang dia di tempat kerja dia. 

"Banyaknya barang, ingatkan nak pindah duduk sini.." Jaemin komen sambil melihat meja Jihae yang penuh dengan barang. 

"Kata dia yang ada bantal dan selimut dalam pejabat dia." Jihae serang balik.

"Eh? Nampak rupanya, ingatkan aku sembunyi dekat tempat tiada sesiapa nampak." Jaemin balas balik.

Mereka berdua berbaik semula seperti mereka kenal dulu dan mampu membuat jenaka pada sesama sendiri. Ini yang Jaemin mahukan hubungan mereka: rapat seperti kawan baik. 

Selepas menaiki kereta Jaemin untuk pulang ke rumah Jihae, mereka memasang lagu melalui radio dan ikut lagu yang terpasang di radio itu, menikmati masa mereka bersama. Walaupun mereka sudah melepasi usia remaja, masih lagi berkelakuan seperti remaja. 

Jaemin gembira melihat Jihae gembira dan mengharapkan semua perkara baik berlaku padanya pada masa hadapan dan sedia untuk memberikan bahu apabila diperlukan.

Mereka akhirnya sampai ke rumah Jihae dan Jihae ucapkan terima kasih pada Jaemin kerana telah hantar dia balik ke rumah manakala Jaemin ucapkan terima kasih pada Jihae kerana telah bantu dia ketika Jeno tiada. 

Dengan itu, Jaemin pandu pergi setelah menghantar Jihae dan Jihae masuk ke dalam rumahnya yang terus dijemput oleh Renjun yang sedang lakukan kerjanya di ruang tamu. 

Jihae terus peluk Renjun kerana seharian di tempat kerja dan mengatakan bahawa dia rindu Renjun.

"Aigoo, baru tadi pagi kita jumpa. Dah rindu dah?" Renjun berkata sambil mengucup dahi Jihae.

"Mestilah, dah lah balik lambat. Nasib Jaemin tak seksa Hae buat kerja berat." Jihae memberitahu apa yang telah berlaku hari itu dan Renjun dengar sahaja apa yang Jihae hendak luahkan. 

Renjun lega yang Jaemin telah jagakan Jihae seperti yang dia janjikan dan harap Jaemin boleh teruskan perkara ini hingga ke akhir. 

.
.
.

t b c

ara's note

hi semua! story ni dah hit 28k reads! thank you so much sbb support story ni, tak sangka dah seramai tu baca story ni 😭 take this chapter sbgai hadiah dari aku 😜 anyways, kemungkinan dlm masa terdekat aku lambat sikit nk update sbb nak siapkan final project so yeah but i will update, cuma lambat ja ☺️ hope yall enjoy chap ni dan stay safe semua 💖

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now